Ramai jugak yg bertanya, bila dh beli emas, kat mana nak simpan? Klu barang kemas, boleh jugak dibuat melaram. Tp klu beli gold bar, takkan nak tambah cangkuk buat jd key chain pulak kan...
Kat bawah ni ada 3 tempat terbaik yg RB fikirkan sesuai sangat utk kita simpan emas yg berkepuk-kepuk tu.
1. Simpan di rumah : Tempat majoriti dari kalangan kita simpan barang berharga mereka. Cuma perkara paling penting, tempat tu selamat dan kita boleh ingat. Rasanya kalo simpan kat luar rumah, lg selamat kot. RB x terdengar lagi perompak yg mencuri kat luar rumah. Semua barang yg depa angkut biasanya amik kt dalam lepas diorg pecah masuk. Hehe.. Korang try la dulu.
Oklah, RB bagi sket idea apa yg terlintas kat kepala ni, mana tempat yg paling sesuai...Simpan dlm kotak fius, dlm buku/majalah, mainan anak2, box DVD, bekas kain busuk, dlm tong sampah, flush tandas, peti sejuk, bawah tong gas dan ...... Korang takut sangat, lilit je kat pinggang..
2. Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi jika nilai kenaikan emas boleh belenkan kos simpan. Box kecik x sampai Rm100 pun stahun. Selain dari kalis api & kecurian, kita boleh insurankan barang yg kita simpan tu. Thrill kan? mcm crite James Bond pulak dah...
3. Simpan di ar-rahnu: Sama mcm simpan kat SDB cuma Ar Rahnu biasanya bukan sekadar tempat menyimpan, "main" biz dia adalah pajakan. Dgn pajakan hingga 70% pada kadar upah 7.2% stahun, mcm2 benda lg kita boleh buat dgn emas kita tu. Ianya turut dilindungi insuran..
P/S : RB menawarkan perkhidmatan Simpan Emas Anda.. Tanpa sebarang upah.. hehehe
Nak tau lebih lagi, tanya Pak Cik Google
0 comments:
Post a Comment