Nampaknya kejutan yg dibuat oleh Agro Bank utk tidak menerima Gold Bar dalam pajakan mereka dah makin reda.. Panas lagi gelanggang Maharaja Lawak kot..... hehe.. Pada awal penguatkuasaan yg depa buat tu, satu malaysia kecoh dgn isu ni. Mcm2 versi keluar. Ramai yg terkentut, ramai jugak yg terkincit... Tp yg paling teruk terkena penangan ni semestinya pemajak skim 35:65 dan suku sakat geng SE....
Pada pemajak yg ada back up plan @ tau kenapa mereka pajak, kejutan Agro tu dah dpt mereka baca. Setahun yg lepas, Bank Rakyat dah buat kejutan yg sama, dan sehingga kini, mereka tetap tidak menerima Gold Bar dalam pajakan mereka. Tentu ada sebabnya kan?
Nak masukkan Gold Bar (GB) dlm Bank dah tak boleh. Kat mana pulak tempat berpaut seterusnya ni agaknya...
Selain dari Bank Rakyat & Agro Bank, ada banyak lagi tempat yg menerima pajakan emas especially Gold Bar ni. Ada bermacam Ar Rahnu dibawah kendalian koperasi tertentu di Malaysia ni. Korang search sendiri Ar Rahnu yg ada kat Malaysia ni.... Beberapa Ar Rahnu ada RB dah masukkan link kat
Pages (klik utk link)...
Dan satu lagi berita baik untuk pemegang Gold Bar Public Gold, korang ada satu lagi tempat untuk menyimpan emas. Iaitu public safe dibawah kelolaan Public Gold. Termnya ialah simpanan. Bukan Pajak Gadai. Kirannya pajak konvensional la ni.... Korang baca term kat bawah tu atau hubungi sendiri Public Gold terdekat untuk maklumat lanjut..
(Maklumat kat bawah ni RB perolehi dlm satu blog. RB belum menghubungi PGold berkenaan simpanan Public Safe mereka ni. Maklumat dibawah hanyalah sekadar panduan awal )
Public Safe
1- Public Safe adalah satu kemudahan simpanan yang disediakan oleh Public Gold dan ianya bukan pajak gadai.
2- Pelanggan boleh memilih samaada ingin menyimpan di dalam peti simpanan selamat dan membayar sewa peti selama setahun, atau menyimpan dan mengambil tunai 70% dari nilai semasa emas dan membayar upah simpan pada bulan ke 6.
3- Nilai Simpanan di kira berdasarkan harga semasa PG SELL, dan pelanggan boleh mengambil tunai 70% dari harga semasa simpanan dibuat.
4- Upah yang dikenakan hanya 1% sebulan dan perlu dibayar ketika barang diambil, bukannya secara bulanan.
6- Pada bulan ke 6, emas perlu diambil dan dibayar upah, jika tidak pelanggan akan didenda sebanyak 3 peratus sebulan dari nilai simpanan emas tersebut. Bermakna, anda perlu ambil dan bayar upah pada bulan ke 6, kemudian anda boleh simpan semula dengan nilai semasa emas yang baru pada waktu itu. Biasanya kalau di arrahnu ianya dipanggil overlap.
7- Ianya memang bukan islamik kerana ternyata ia bukan pajak gadai islam atau pajak gadai konvensional, tetapi hanya satu kemudahan yang diberi kepada pelanggan dan Dealer2 Public Gold dan saya rasa mungkin emas dengan hallmark selain PG tidak diterima untuk kemudahan ini.
8- Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan cawangan PG yang berhampiran.
* Kemudahan ini hanya ditawarkan kepada Master Dealer sahaja, sila berhubung dengan Master Dealer anda untuk sebarang bantuan.
0 comments:
Post a Comment