RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Sunday, January 30, 2011

Reaksi Umum Bila RB Bercerita Pasal Emas

Bila kepala dah penuh dgn emas. Tiap kali ada peluang, confirm RB selitkan EMAS dlm perbualan. X kira tempat, Chat box, Fesbuk, Kedai Mamak, Depan Rumah, Kenduri, Tempat Kerja, pendek kata semua tempat yg bleh masuk daun. Blog-blog RB x usah cerita la. Tiap kali dgr org bercerita bab kewangan, RB mesti intro sket2 bab EMAS ni. Bagi hint sket2 supaya diorg bertanya.... Kononnya nak sebarkan ilmu emas pada semua rakyat jelata (sebenarnya nak promosi). Hehehe...

Ada yg bagi fedback positif, ada yg senyum, ada yg berkerut dahi macam x percaya, ada jugak yg awal2 dah jatuhkan RB... Xpe la, janji diorg dah tau pasal emas. Percaya atau tak, tu perkara kedua. Tak kenal maka tak cinta...... Yg positif akan memulakan pencarian sendiri. Ye la, mesti segan nk bertanya RB yg setahun jagung dlm bab Emas ni.

Post kali ni RB nk share sket beberapa reaksi yg pernah RB temui sepanjang 5-6 bulan mempromosi emas ni.

1. Dengar, Senyum, Komen Sket dan Terus Senyap
Ni yg paling ramai RB jumpa. Kebanyakannya dari kalangan sahabat terdekat RB sendiri. Bila masuk sket intro, geng yg tau sket bab emas akan kata, "Betul, aku pernah dgr tu". Yg x tau menahu pasal emas pulak, "Ni bisnes org kaya ni, ktorg cukup makan je". "Wah, dah jadi tokey emas pulak ker?" ada jugak yg berkata,"Biar betul ni, macam x logik pulak". Betul seperti yg sifu RB katakan, susah nak bukakan hati org yg dah tutup peluang awal-awal. RB tak salahkan mereka, mungkin banyak sebab yg jadikan mereka tak memberi peluang pada diri sendiri . Biasanya perbualan awal tadi terhenti mcm tu je. Semoga rakan-rakan RB ni terbuka hati untuk melihat peluang dalam EMAS suatu masa nanti.


2. Berminat, Tapi Tiada Duit
Ni pun ramai yg RB jumpa. Sikit yg RB bagitau, berdozen soalan yg ditanya. Tapi kesimpulan akhirnya, "aku xde duit, x boleh nak mula. Nak simpan satu dinar pun x dapat, tengoklah hujung tahun nanti". Xpe, sekurang-kurangnya diorg dah tau pasal emas, sebulan atau setahun, pilihan mereka utk bermula. RB tau, ramai yg teringin utk pelbagaikan simpanan, tapi kekangan kewangan membataskan semua perancangan yg ada. RB sendiri ambil masa hampir 3 bulan sebelum dapat cukupkan modal untuk simpan dan jadi pelabur emas. Bermula dgn sedikit emas kat GIA Public Bank, kini dah mula tambah stok dgn bantuan pinjaman peribadi. Sebenarnya byk cara utk bermula jika benar-benar dah melihat sinar dlm Pelaburan Emas ni...

3. Berminat, Excited dan Selalu Bertanya
Stakat ni RB baru berjumpa beberapa rakan yg benar-benar excited bila bercerita bab emas ni. Awal-awal lagi dah tetapkan temujanji bila dgr cerita kali pertama. Siap bawak kertas kosong dan kalkulator utk kira pulangan. Depa ni akan jd pemberi maklumat percuma pd RB setiap masa. Bila ada kenaikan dan kejatuhan harga emas, cepat2 diorg msg utk berkongsi cerita. Bestnya, bila ada peluang berbual, byk cerita dan info pasal emas yg diorg bleh kongsi bersama.

4. Bagus Tu, Buat La Dulu
Golongan ni pun ramai yg RB jumpa. Bila bercerita, banyak jugak info yg diorg dah tau. Tp akhirnya, "kau buatlah dulu ye, nanti bila dah berjaya, bagitau aku semula". Hehe. Sebenarnya, bila dah mulakan langkah pertama menyimpan emas, kita dah dikira berjaya.

5. Baru Dengar Sikit, Dia Pulak Bercerita Lebih
Cerita kita belum abis intro lagi, tapi dia pulak bercerita lebih. Kalau semua cerita yg diberitahu berfakta xpe la jugak, tp dikaitkan dgn cerita kawan2 dia yg lain terkena skim cepat kaya, pelaburan tipu, MLM dan macam2 lagi. Kisah yg dia ceritakan pun belum tentu betul lagi. Semua peluang dicopnya sebagai tipu. Siap bagi nasihat pulak suruh RB berhati-hati. Memang kita perlu menanam prasangka, tapi kadang2 elok jugak kalau dgr dulu peluang yg ada.

6. Pelabur Poyo
Poyo... Ambil bahasa budak-budak sekarang. Bila cerita sikit bab pelaburan, terus dia letak contoh puluh2 ribu. Bila bab kira untung, contohnya cecah ratusan ribu. Takut jugak RB bila mendengarnya. Maklumlah x pernah jumpa lagi rakan yg nak melabur hingga berkilo-kilo emas ni. Lagak dia bercakap, macam ada ready cash berguni-guni. Tapi bila RB buat follow up, jawapannya, " nanti aku call balik, cash dah guna la". 3 rakan RB yg poyo tu, semuanya senyap sampai sekarang.... Rupanya diorg tak nak kalah bila bercakap. Apa untungnya berlagak kalau ilmu yg ada x dapat dimanfaatkan.

7. Pendengar Yg Baik, Pengkaji Yg Baik
Diorg ni suka mendengar, banyak bertanya dan selalu contact RB utk dapat info. Rupanya diorg ni banyak buat kajian sendiri. Memang langkah yg paling baik cuma rugi kerana bermula lewat. RB dulu pun ambil masa 3 bulan sebelum mula menyimpan dalam GIA. Dan bila betul-betul confident, barulah RB mula menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan... Memang rugi bermula lewat....

8. Mengikut Rakan
Beberapa pembeli yg RB jumpa, mula menyimpan kerana rakan mereka yg lain bercerita dan mula menyimpan emas. Biasanya mereka ni mula dgn 1 Dinar. Semoga mereka ni bukan terikut kerana trend menyimpan emas, tetapi kerana kesedaran bahawa emas penyimpan nilai yg sebenarnya. 

9. Pelabur Agresif
Stakat ni, RB hanya berjumpa dgn beberapa org yg benar-benar agresif bila masuk bab emas. Bermacam-macam soalan ditanya hingga tak terjawab. Bukan setakat penerangan lanjut, siap pi seminar free yg sifu Public Gold buat. Buat kajian, surf internet dan beli 2-3 buku sebelum bermula. Yg paling best, dah mengira untung sebelum dapat stok. Diorg ni semuanya dalam proses menjadi atau dah jadi dealer bersama RB. Semoga diorg ni akan terus melebarkan ilmu emas ni....

ANDA BILA NAK BERMULA? Hehe

Friday, January 28, 2011

CIMB BGDA - Produk Pelaburan Emas Terbaru

Nampaknya bank-bank tempatan dah mula mempelbagaikan produk pelaburan khususnya melibatkan emas ni. Kini CIMB pula melancarkan produk pelaburan emas melalui buku akaun yg dinamakan CIMB BGDA (CIMB Bank Gold Deposit Account). Kini kita dah ada 4 peluang menyimpan emas melalui buku akaun selain Maybank, Public Bank dan KFH kat Malaysia ni. BGDA ni dilancarkan pada 17 Januari 2011 lepas dan mempunyai syarat yg hampir sama seperti akaun emas yg lain.

  • Buka Akaun   : Pembelian awal minima 10 gram & dapat buku simpanan.
  • Beli & Jual     : Minimum 5 gram dgn tambahan 1gram
  • Debit / Kredit Simpanan / Pengeluaran Emas melalui Akaun Simpanan / Semasa.
  • Pengeluaran dalam bentuk emas fizikal dgn berat 100g setiap satu
 Untuk maklumat lanjut, korang bacalah sendiri kat web CIMB. Cerita byk pun RB x dpt komisyen. Hehe
 Maklumat lanjut : 1 300 880 900 / www.cimbbank.com.my / CIMB Gold Deposit Account
    PS : Akaun Emas ni sesuai utk penyimpan jangka panjang yg x nak pening2 simpan emas depa yg berketul-ketul tu. Keuntungan hanya berlaku bila jualan balik melebihi harga belian. So, manipulasi dan peluang menggandakan pelaburan agak terbatas berbanding emas fizikal.

    Tuesday, January 25, 2011

    Dinar Borneo

    Dalam asyik merayau smlm, RB terjumpa satu web yg menjual Dinar dan Dirham Borneo. Agak menarik, Dinar ini dihasilkan oleh anak tempatan, saudara Akmal Kudong dari Tawau, Sabah. Syabas kepada anak tempatan yg berjaya menghasilkan Dinar sendiri walaupun masih dalam skala yg kecil. Ini merupakan berita baik kepada penggemar atau pengumpul dinar tempatan atau luar negara untuk menambah kepelbagaian koleksi peribadi.

    Seperti yg pernah dikatakan oleh sifu RB, kemunculan ramai individu atau syarikat yg menghasilkan Dinar bukanlah perlu dilihat disebalik persaingan perniagaan semata, tetapi yg paling penting, mengembangkan ilmu emas kepada seluruh pelusuk manusia, lebih-lebih lagi sesama islam. Jadi jom sama-sama kita menyokong produk keluaran tempatan/melayu/islam ini. RB sediakan link ke web Dinar Borneo utk keterangan lanjut.



    Pengeluaran Dinar oleh individu amat dialu-alukan oleh kami pengumpul Dinar selagi ianya tetap mematuhi syarat, timbangan dan purity yang seragam. Dinar itu mempunyai Ruh tersendiri hinggakan ianya tetap bernilai sepanjang masa.

    Sunday, January 23, 2011

    Harga Emas Jatuh Lagi... Macam Mana Ni???

    Ramai rakan yg mula berminat nak menyimpan emas, tapi bila RB suruh tambah ilmu dulu sebagai step pertama, diaorg datang balik dgn soalan yg lebih kurang sama... " Kata harga emas sentiasa naik, kenapa jatuh teruk sangat sekarang ni?" "Bagus ke tak kalau aku nak beli ni?" dan "Boleh gerenti ke harga emas tak jatuh lagi teruk?"

    Kejatuhan Yg Menakutkan.. Ye ke?

    USD1426 ke USD 1342 dalam masa 3 minggu. Turun hampir 6% dari kenaikan tertinggi yg dicapai sebelumnya. 
    Antara penyebab utama yg boleh RB katakan ialah kerana pengukuhan nilai Dollar pada akhir tahun 2010 dan Dasar Simpanan Emas China yg ingin mengatasi negara lain (India n US) dari segi simpanan emasnya. Oleh kerana simpanan stok ini, emas yg dikeluarkan kurang berpusing ke dalam market dunia. Dasar FED juga sedikit sebanyak menyumbang penurunan ini.
    TAPI, 2 hari yg lepas, CNN melaporkan US mengalami krisis hutang menjangkau 14 Trillion.. Hehe, tu petanda baik. China, India dan Rusia juga dilaporkan mengekalkan permintaan emas yg berterusan untuk beberapa tahun akan datang.. Apa maknanya tu??

    Secara ringkas kita boleh katakan, dalam jangka masa terdekat, harga emas akan kembali meningkat dan dalam jangka masa yg panjang, peningkatan secara konsisten akan tetap berlaku....

    TEORI RB : Tentunya semua org tau pasal Tsunami kan. Sebelum tsunami datang, air akan surut perlahan-lahan hingga pada satu tahap dan seterusnya bila tsunami melanda, bukan stakat air naik mendadak, tapi akan naik hingga melepasi bangunan-bangunan tinggi... Macam tu la dgn keadaan sekarang. Harga emas turun sedikit, konsisten untuk beberapa ketika dan akan memulakan pendakian hingga melepasi puncak. 

    Wah, positif betul la RB ni. Ntah2 nak habiskan stok sendiri ni. haha....

    TAPI PERLU DIINGAT     Apapun yg berlaku, EMAS ialah pelaburan jangka masa panjang. Stahun adalah masa minimum untuk melihat hasil yg steady. Jgn terlalu mengikut emosi, jgn terikut dgn strategi penjual emas, jgn hanya melihat keuntungan jangka pendek, jangan percaya seratus peratus pada analisis yg positif kerana emas juga komoditi. Walaupun emas tetap stabil sepanjang masa, dalam masa tertentu ianya turut terkena sedikit tempias manipulasi dan pengaruh permintaan. Simpan lah sedikit demi sedikit jika baru bermula dan tambahkan ilmu sebelum melabur.. Gud Luck semua....

    Thursday, January 20, 2011

    Ramalan Harga Emas 2011

    $1500, $1600, $1700, $1800 atau $2000 per auns: Setinggi mana kenaikan harga yg anda percaya? 
    Sehingga artikel ni ditulis, emas telah mengalami penurunan dan masih mengekalkan harga $1350 seauns. Penurunan sebanyak $50 dalam masa sebulan dari kenaikan tertinggi akhir bulan lepas. 
    Boleh ke harga emas mencapai sehingga $2000 seperti yg dijangkakan? Agak sukar untuk meletakkan sepenuh kepercayaan kepada komoditi ni tapi berdasarkan sejarah lepas dan kestabilan yg ditunjukkan sehingga kini. Angka $2000 bukanlah sesuatu yg mustahil.

    Berikut merupakan beberapa ramalan kenaikan Harga Emas 2011 :

    Bullion Research Desk of Commodity Online: "Gold price to hover around $1500-$1600 range in 2011. Gold price will go up in 2011, driven by the fluctuations in US dollar and other currencies, dwindling productions, increasing mining problems and rising demand for jewellery and investment for the yellow metal. Gold price is definitely going to cross the $1500 mark per ounce in 2011 and it will remain in the range of $1500-$1600.”

    Global commodities guru Jim Rogers: “Gold price would eventually rise above $2,000 an ounce. Gold will be $2,000 certainly in the decade, it'll probably be much higher than $2,000 in the decade but maybe even sooner I don't know. But to me it seems pretty clear that it'll go to at least $2,000. If you adjust the old high back in 1980 for inflation, gold should be over $2,000 now.”

    Saxo Bank: “Gold price will be at $1800 per ounce in 2011 if the US Dollar strengthens, sparking fresh currency wars across the Pacific. Pressure piles on China and as investors flee to metals in search of some stability, gold shoots up to $1800 an ounce.”

    Henderson: "Gold price will rise to $1600 in 2011."

    PricewaterhouseCoopers: A new survey of 44 investors and gold mining executives conducted by PricewaterhouseCoopers's Canadian Mining Group forecasts a peak of $1500 per ounce for 2011.

    BNP Paribas: Has forecast an average of $1,500 in 2011.

    Goldman Sachs: It has set a 12-month target of $1690 per ounce.

    Capital Economist: “As inflation fears mount, the price of the precious metal will be pushed to £1,600 in 2011 and reach $2,000 by the end of 2012, it has been forecast, as investors clamour to buy safe haven assets.”

    ABN AMRO/ VM Group: It has raised its previous average 2011 gold forecast by $35 to $1,459, up from $1,424 in November.


    RAMALAN RB berdasarkan kajian yg tak seberapa ni, Penurunan harga akan berlaku hingga selepas hari raya cina, mungkin serendah $1300. Kenaikan akan mula berlaku dan Harga emas mungkin akan mencapai paras $1450 pertengahan Mac 2011, dan akan meningkat secara sederhana sehingga Ogos 2011. Kenaikannya akan melepasi $1600 sebaik Ogos berakhir dan memuncak ke $1750 pada akhir bulan Nov dan kemudiannya mengalami sedikit penurunan pada akhir tahun 2011.....

    Saturday, January 15, 2011

    Bila Anda Nak Mula?

    Awal 2010, RB mula terdengar pasal emas ni dari seorang sahabat. Dia beri sikit info sambil bertanya pandangan RB. Masa tu, RB masih kosong bab Emas ni. Dalam kepala, mesti sahabat RB ni nak "terkena" lagi. Al maklumlah, kitaorg ni suka mencuba kalo masuk bab nak cepat kaya. Dalam 5-6 tahun ni, dah lebih 10K RB terkena. Semua lingkup. MLM, skim cepat kayap (Ntah Apa Apa Fund) termasuk bisnes pawah, semuanya x menjadi.
    Sambil berborak tu, RB nasihatkan sahabat tu agar berhati-hati.

    6 bulan selepas tu, skali lagi terjumpa sahabat tu. Kali ni info yg dia bagi lebih detail. Nampak macam betul dan meyakinkan. Dia tunjukkan beberapa Jongkong Emas dan Syiling Emas pada RB. Bila dapat tgk depan mata, boleh pegang emas betul, timbul minat nak tau lebih lanjut pasal emas ni. Bermulalah langkah pertama RB dgn emas ni...

    RB ambil masa 3 bulan untuk study, buat kajian sendiri, baca 2-3 buku, beli e-book n pegi 2-3 seminar bab emas ni dan akhirnya RB ambil keputusan untuk bermula dgn cara yg dirasakan paling selamat. RB bukak akaun kat Pulic Bank dgn pembelian pertama 34g emas. Memang x terasa sangat thrill dia sebab x dapat pegang emas kat tangan. Bulan Nov 2010, RB mengikuti seminar En Syukor Hashim (Jutawan Emas). Rupanya emas bukan sekadar menyimpan nilai wang kita sahaja, tapi dgn kaedah yg betul, Kita boleh gandakan nilai emas kita tu semaksimum mungkin untuk dapat pulangan kenaikan berganda. 2-3 cara asas melalui kaedah Pajak Gadai boleh menjadikan emas kita tu semakin bersinar.. Hehehe... Kalo dah masuk bab pulangan berganda ni, RB memang xkan lepaskan peluang. RB luaskan pencarian ilmu hingga bertemu beberapa otai yg menggunakan beberapa kaedah termasuk Pajakan, Pinjaman dan Kad Kredit untuk menambah emas mereka.

    Kesimpulan dari apa yg RB dapat, menyimpan emas hanyalah permulaan. Untuk mendapat pulangan maksimum, RB mesti lebih setapak kehadapan, menjadi pelabur dan tokey emas..... Pelabur yg memanipulasi sistem kewangan yg ada dan tokey emas yg sentiasa untung sepanjang masa.

    Sekadar berkongsi cerita, sehingga kini pulangan yg RB dapat dari Public GIA selepas 3 bulan dah melebihi 10%... Lebih lumayan dari ASB selama setahun... Mempunyai koleksi Jongkong dan Dinar dari beberapa keluaran sebagai pelaburan dan stok jualan dgn nilai lebih 2 kali ganda dari modal asal (Teknik Pajak). Modal yg diperolehi dari pinjaman bank dan digandakan dengan kaedah pajakan kini memberikan sedikit side income kepada RB setiap bulan....

    RUGI
    RB bermula lewat walaupun mengetahui bab emas ni dari dulu lagi. Sahabat RB yg mula memperkenalkan emas pada RB kini dah bergelar tokey emas dan Master Dealer Public Gold. Anda Bila Lagi???? jangan bertangguh lagi untuk bermula. Simpanlah emas walau sedinar... Tapi sebelum memulakan langkah pertama, kutiplah seberapa banyak ilmu mengenai emas dahulu. Jgn hanya mengikut, tapi jadilah seorang pelabur yang benar-benar tahu apa yg kita lakukan....

    Sunday, January 9, 2011

    Dinar Emas dan Kelebihannya

    SPESIFIKASI DINAR EMAS

    Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang kedua telah menetapkan piawaian Dinar adalah seperti berikut :
    • 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
    • 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999


    Kelebihan Dinar Emas :
    Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
    Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
    Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
    Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
    Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.



    Di antara kegunaan Dinar Emas ialah :

    1) Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.

    2) Boleh digunakan untuk membayar zakar.

    3) Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.

    4) Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.

    5) Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.




    Kelebihan Membeli Dinar Emas Daripada Public Dina Sdn. Bhd.
    Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
    Harga jualan adalah termurah di seluruh Malaysia.
    Anda boleh menjual balik Dinar Emas dengan harga yang tertinggi kepada syarikat pada bila-bila masa.
    Stok sentiasa ada.
    Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.
    Mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (Mudah dibeli dan dijual).

    Friday, January 7, 2011

    Utusan Malaysia 7 Jan 2011

    Tuesday, January 4, 2011

    Emas Palsu, Tips Mengenalinya

    Emas Batangan Palsu
    Lambakan produk emas dipasaran sekarang memungkinkan kita terkena atau tertipu semasa membeli emas. Lebih-lebih lagi barangan kemas yg biasanya diisytiharkan lebih tinggi dari nilai Karat sebenar. Walaupun bukan pakar, kita masih boleh mengenali emas yg tulen berdasarkan maklumat yg RB dapat dari Pak Cik Google ni. Mungkin sikit membantu kita utk menilai tahap ketulenan emas tersebut. Yg paling penting, kita tak didakwa jika tiba-tiba emas yg kita nak gadaikan tu palsu... Penjara free beb.
    Serbuk Emas tiruan yg dirampas dari sindiket luar negara


     Antara Tips mudah yg RB dpt kongsikan :-

    1. Pakai barang kemas tu at least sehari, tgk perubahan pd warna emas atau tindak balas pada kulit pemakai (Kulit yg sensitif sahaja. Emas tidak bertindak balas dgn kulit kita)

    2. Cucuk dgn lembut emas tu, jika tidak berlaku tusukan atau jarum tu patah, confirm palsu. Tp ni hanya sesuai utk emas 999 kerana sememangnya ia bersifat lembut.

    3. Gunakan magnet utk mengesan tindak balas. Emas asli tidak tertarik pd magnet.                                    

    4. Jika emas anda berupa gelang atau rantai, cuba putar/pulas dgn lembut dan perlahan. Rasakan emas     tersebut keras atau lembut. (Emas 14 Karat kebawah terlalu keras utk gunakan cara ni) Tp kena hati2, kuat sgt pulas, boleh putus emas tu, haru nanti.

    5. Pada cangkuk atau penyambung emas, biasanya terdapat tanda kualiti seperti 916, 750 dll. Ada juga emas yg ditanda dgn rajah tertentu yg biasanya dibuat oleh tukang2 lama. X dapat pulak den maklumat pasal gambar apa dan kualiti emas tu.

    6. Jika anda tanda seperti GP, atau ZGP (Zhulian) maka ia adalah emas celup, lagi banyak tanda pada cangkuk atau penyambung emas, maka lagi besar kemungkinannya ia adalah tiruan. GP (Gold Plate).

    7. Kalo kita x kisah barang kemas tu ditoreh, cuba toreh guna batu hitam, jika torehan bukan bewarna keemasan, confirm tiruan. Emas putih pun menghasilkan torehan kuning keemasan.

    8. Emas tidak berbau. Cuba gosok pada kain, seluar jeans atau apa saja fabrik sehingga panas. Emas tidak akan menghasilkan bau, tetapi emas tiruan akan berbau sedikit hangit, bau besi atau apa saja bau yg pelik.

     
    9. Jika emas tersebut tertera beratnya, cuba timbang dan jika ianya mempunyai perbezaan, sah la emas tu palsu. Ketumpatan emas xkan sama dgn ketumpatan bahan lain.

    10. Emas tulen bersifat lembut. Cuba gigit, jika tiada kesan atau keras semacam, memang kita boleh ragui ketulenannya.

    11. Semua kat atas tu hanya kaedah ringkas. Mungkin kita masih belum dapat mengenali ketulenan sebenarnya. Jadi, cara terbaik ialah pi jumpa pakar utk sahkan ketulenan emas kita. (Pi try check kat pajak atau jumpa otai emas yg boleh dipercayai)

    X payah check, Saya memang TULEN bang....

    Monday, January 3, 2011

    Berita Harian 3 Jan 2011