Info Raja Bukit
- MaLaYNeuM aka Raja Bukit
- Manager : -- Rangkaian Emas Raja Bukit --------- ERB MILLENIUM GOLD (JM0607971-P)-----Kerjaya : Pendidik di Selatan Johor Apex TM : Internet n affiliate biz, marketing n ebook seller. EMAS : Khidmat nasihat pelaburan dan manipulasi emas. Dealer Sinar Gold, Public Gold n GCP. Contact : (0127594049)
MODUL EMAS RAJA BUKIT
MODUL EMAS RAJA BUKIT
Pelawat Minggu Ini
Rakan RB
Harga Emas Terkini
Blog Sifu-Sifu
Web Sykt Penaung
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049
Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas
Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.
Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)
Sebagai contoh,
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!
Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!
Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!
Berbaloi kan???
Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.
Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?
2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.
Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar
Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)
Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :
1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas
Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.
Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..
MODUL EMAS RAJA BUKIT
-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-
Sunday, June 5, 2011
Emas Pelaburan diMalaysia.. Mana Yang Terbaik???
Sebenarnya, pilihan terbaik bergantung pd kita sendiri. Sekadar menyimpan, nak gunakan utk muamalat, melabur biasa-biasa atau melabur tahap ekstrem..
Antara peluang yg ada dinegara kita ni selain dari simpanan emas dlm bentuk akaun (Maybank, Public Bank, Cimb & KFH), kita berpeluang menyimpan emas secara fizikal. Pilihan yg RB dapati paling selamat, menguntungkan dan 'thrill'..
SELAMAT kerana semua emas berada dlm tangan kita, tak melibatkan pihak bank klu2 depa bangkrap, boleh disandarkan jika perlukan wang dan bebas risiko.
MENGUNTUNGKAN kerana emas fizikal merupakan 'base asset' dlm semua pilihan pelaburan kita kerana ianya bersifat unik, & ................ (Rujuk artikel RB terdahulu)
THRILL. Memang thrill klu dapat pegang sendiri emas yg kita beli selepas tahu 'nilainya' yg sebenar.
Jadi mana yg TERBAIK? Bar/Jongkong, Dinar atau Barang Kemas? Pada RB, pilihan terbaik adalah Barang Kemas. Kenapa Barang Kemas yg menjadi pilihan terbaik?
1. Barang kemas memang dah digunakan sejak berzaman. Bukan sekadar hiasan, ianya adalah satu bentuk pelaburan yg menjadi pilihan ramai sejak dulu lagi.
2. Tidak terikat dgn trend semasa. Barang kemas sentiasa berada disekeliling. Bar & Jongkong yg dikatakan bentuk pelaburan terbaik sebenarnya adalah trend semasa. Walaupun jongkong telah lama beredar dlm simpanan pelabur, diMalaysia ia adalah satu bentuk pelaburan emas terbaru. Benar jika dikatakan jongkong mempunyai kelebihan berbanding Barang Kemas, tetapi kelebihan hanyalah dari segi teknikal dan fizikalnya. Dari segi nilai dan praktikaliti, Barang Kemas adalah pilihan terbaik untuk kita diMalaysia.
3. Barang Kemas mudah diperolehi, dicairkan dan diterima diseluruh dunia tanpa banyak songeh..
4. Barang Kemas boleh diperolehi dengan harga paling kompetitif. Maksudnya, harga B Kemas tidak terikat sepenuhnya dgn harga pasaran walaupun harganya dah ditetapkan oleh Persatuan. Berbeza dgn harga Jongkong yg agak sukar diturunkan dibawah harga pasaran oleh pengeluar. Hanya dealer yg mempunyai stok lama (belian semasa harga rendah atau melalui buy back) memberi sedikit diskaun kepada pembeli. Jika anda pernah ke Kelantan atau Terengganu, harga yg ditawarkan biasanya lebih murah (RM20-RM30 setiap gram) berbanding harga KL, Johor atau bandar tumpuan yg lain. Harga ditawarkan lebih rendah dgn kualiti yg sama kerana kos operasi, persaingan dan bilangan pembeli didua negeri itu tak putus-putus.
5. Barang Kemas merupakan hiasan golongan wanita.
6. Boleh disandarkan (dipajak) tanpa banyak soal oleh mana-mana institusi kewangan.
7. Masih "bernilai" walaupun putus atau mengalami kerosakan. Kebanyakan jongkong yg mengalami kecacatan tak diterima langsung oleh pengeluar.. Jika diterima, harga belian semula akan jauh lebih rendah dari harga asal.
TIPS RB :
1. Jika Barang Kemas menjadi pilihan, harga terendah & kadar upah termurah adalah kriteria utama. Emas 916 adalah pilihan terbaik. Pilihlah barang kemas yg tidak dicampurkan rekabentuknya dgn bahan lain (emas putih atau permata). Dan pilih BKemas yg padu....
2. Jika ingin mempelbagaikan simpanan, dan Jongkong menjadi pilihan. Pertimbangkan beberapa aspek seperti harga belian, harga jual balik. harga spread, jaminan ketulenan, jaminan jualan balik, jaminan BNM jika ada, assayer bertauliah, mudah dibeli, mudah dijual dan mempunyai sykt yg diakui (ramai dealer).
Kategori artikel
- ANALISIS RAJA BUKIT (12)
- AR RAHNU (9)
- Artikel/Keratan Akhbar/Majalah (20)
- DINAR (6)
- EMAS DAN PELABURAN (12)
- Emas Sana Sini (6)
- INFO AM (45)
- PERAK dan DIRHAM (6)
- PERLU TAHU (24)
- RAJA BUKIT (5)
Entri Popular RB
-
Emas Batangan Palsu Lambakan produk emas dipasaran sekarang memungkinkan kita terkena atau tertipu semasa membeli emas. Lebih-lebih lagi ...
-
SERAMBI EMAS : SIMPANAN EMAS AR RAHNU ADALAH PERNIAGAAN Menarik bukan? Simpanan yang menjadi perniagaan yg menguntungkan... Tapi betul ke ia...
-
Tentunya pembaca semua pernah terdengar bab emas lelong ni kan. Cuma mungkin ada yg belum pernah mencuba atau mungkin tak tau cara bagaimana...
-
Beberapa hari ni RB ditawarkan peluang menyertai VGMC, sebuah sykt pelaburan emas yg melibat jual beli saham secara maya. Dah jd tabiat RB, ...
-
Nampaknya bank-bank tempatan dah mula mempelbagaikan produk pelaburan khususnya melibatkan emas ni. Kini CIMB pula melancarkan produk pelabu...
-
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah: Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) Perbezaan utama antara A...
-
Apa tunggu lagi... Diskaun tetap 4% menanti anda... Diskaun tambahan hingga 8% jika kena caranya Klik Untuk Ke Galeri Produk 4% disk...
0 comments:
Post a Comment