RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Showing posts with label Artikel/Keratan Akhbar/Majalah. Show all posts
Showing posts with label Artikel/Keratan Akhbar/Majalah. Show all posts

Tuesday, November 1, 2011

Simpan Lah Sebelum Terlambat

Wednesday, October 5, 2011

7 Soalan Popular Mengenai Jual Beli Emas



Artikel ini RB amik dari Tuan Suzardi Maulan (Pak Di), iaitu penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang. Beliau menjawab 7 soalan popular berkenaan pelaburan emas. Semoga ia bermanfaat untuk para pembaca.

pak di rancang wang dari sekarang


Berikut adalah soalan yang sering ditanyakan.
1. Membuat pembiayaan bank untuk beli emas.
2. Beli emas untuk buat untung.
3. Akaun pelaburan emas.
4. Skim pelaburan emas beri dividen.
5. Gadai emas.
6. Pembelian emas online.
7. Lock harga.

Soal jawab tersebut dapat kita baca di Majalah Niaga. Klik di sini untuk bacaan penuh.

Tuesday, August 2, 2011

Berita Harian Online 2 Ogos 2011

Prestasi Harga Emas diUnjur terus Melonjak - Jangkaan Pulangan 24% setahun


Monday, July 18, 2011

Paras Tertinggi Dalam Sejarah Emas

Titik permulaan untuk emas kembali bangkit. Ramai yg mengatakan paras 1600 merupakan angka turning point utk emas memulakan pendakian yg lebih 'thrill'. Dlm artikel terdahulu (Ramalan Harga 2011), RB meletakkan Ogos sebagai masa terbaik utk emas melepasi USD1600. Berdasarkan analisis & trend beberapa tahun terkebelakang, kenaikan sebulan lebih awal ni lebih didorong oleh keadaan politik dan ekonomi semasa.
Tapi jgn bimbang, momentum kenaikan akan tetap sama dan mata pelabur tegar akan lebih terjojol bulan November nanti... Jadi, rancang pelaburan anda sebaik mungkin bermula sekarang. Peningkatan lebih 15% dari awal tahun 2011 akan tetap berterusan.. Jadilah pelabur yg bijak dgn merebut peluang yg ada....

PETIKAN BERITA HARIAN 19 JULAI 2011

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).(Klik link untuk dapatkan laporan penuh Berita Harian)

PESANAN RB: Peningkatan harga emas berterusan tetap akan disusuli dengan penurunan berkala... Pastikan anda merancang pelaburan anda dengan bijak. 2013 adalah turning point untuk emas kembali pasif... Anda perlu bersedia....

Monday, May 30, 2011

Berita Harian 30 Mei 2011


Wednesday, April 27, 2011

Demam Emas Semakin Terasa - The Star

Apa Jua Bentuk Emas, Ia tetap Bernilai..



Thursday, April 21, 2011

Berita Harian 21 April 2011

Thursday, April 14, 2011

Harian Metro 14 April 2011

Kosmo 14 April 2011

Tuesday, February 22, 2011

Berita Harian 22 Feb 2011

Friday, January 7, 2011

Utusan Malaysia 7 Jan 2011

Monday, January 3, 2011

Berita Harian 3 Jan 2011

Saturday, December 18, 2010

Utusan Malaysia 18 Dis 2010

Saturday, December 4, 2010

Harian Metro 4 Dis 2010

Saturday, November 27, 2010

Harian Metro 27 Nov 2010

Thursday, November 18, 2010

SCAM : Bank Negara Malaysia Investigates The Gold Label Sdn Bhd

Scam: Bank Negara Malaysia Investigates The Gold Label Sdn Bhd

Bank Negara Malaysia has commenced investigations into The Gold Label Sdn Bhd under suspicion of conducting illegal deposit taking and money laundering activities in breach of subsection 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and subsection 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA) respectively.
The Gold Label Sdn Bhd

The raid on The Gold Label Sdn Bhd was conducted yesterday at its premises in Northpoint Offices, Tower A Mid Valley City, Kuala Lumpur following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the company were seized for purpose of investigation. 

Members of the public are reminded to remain cautious and avoid placing money or deposits with companies not licensed by Bank Negara Malaysia. The list of licensed institutions authorized to accept deposits is available on Bank Negara Malaysia's website (www.bnm.gov.my).


Members of the public should be wary of investing in get-rich-quick schemes to avoid losing their savings and money to fraudulent parties. Further information on illegal financial schemes can be obtained from the Financial Fraud Alert site athttp://fraudalert.bnm.gov.my/.
For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:

BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-2174 1515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
(Business hours: Monday - Friday, 9:00 am - 5:00 pm)

Monday, November 8, 2010

SCAM : Pelaburan EMAS ditempat yang tidak sah

 SCAM : Pelaburan EMAS ditempat Yg tidak SAH
 
ADUAN

I Mdm R, IC no:XXXXXX-XX-XXXX have invested RM10,000 in Bestino Golden Horse Sdn.Bhd (80-B, Jln Sultan Yussuf, 30000, Ipoh, Perak). I signed an agreement with the above party on 23/6/08. In return they gave us a certificate and a gold wafer worth RM9,000 plus to hold as a guarantee for the money that we have invested. We were promised RM300 monthly and we were paid as promised for 6 months.

When the agreement matured after 6 months, they took back the gold wafer and converted it into share units. I received RM300 monthly dividend until May 2009. After that, i didn't receive any payment until now. When i enquired Bestino, they said that their documents have been confisticated by Bank Negara. They promised that they will deposit my money but until now i didn't receive anything. Each time i ask, they keep on going excuses. They sent me a letter asking for time to pay back the money but they didn't state the time frame of when they are going to return back my money.

I am writing this to Consumer Complaints Centre because i am desperate for help. I would like to get back my deposit money, the promised monthly dividend until now and overall interest. Please advise me on what should i do. Thank you.

TINDAKAN 

Aduan tersebut telah dibawah kepada perhatian pihak-pihak Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kemenenterian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan penguatkuasaan.

MAKLUMBALAS DARI PIHAK KPDNKK 

Siasatan telah dijalankan terhadap Syarikat Bestino Golden Horse Sdn Bhd dan didapati Syarikat ini menjalankan perniagaan Jongkong Emas dan mempunyai lombong emas diluar Negara seperti Papua New Guinea. Pengadu ini telah membuat pelaburan sebanyak RM10,000 dengan syarikat ini.

Bank Negara telah mengambil tindakan terhadap Syarikat ini dan semua asetnya dibekukan.Wang pelaburan dari semua pelabur-pelabur dibekukan sehingga arahan lanjut dari Bank Negara.

Hasil rundingan dengan pengurus syarikat ,beliau  bersetuju bayar balik separuh dari jumlah wang yang dilabur oleh pengadu ini, iaitu sebanyak RM5,000.00 dan baki RM5,000.00 akan dibayar setelah mendapat wang pelaburan dari luar Negara.

KEJAYAAN  
Pada 13/7/2010, pengadu telah menerima RM5,000.00 dan baki RM 5,000.00 masih dengan syarikat tersebut. Siasatan masih diteruskan terhadap Syarikat ini oleh Ketua Unit Jualan Langsung Negeri Perak.

Keratan Akhbar
NASIHAT SNTM KEPADA PENGGUNA

Kegiatan ditas adalah skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan. Para pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini kerana dijanjikan pulangan lumayan. Adalah penting bagi seseorang menjadi pelabur yang bijak. Sebelum melabur wang dalam pelaburan para pelabur perlu semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui laman web www.ssm.com.my .  

Pengguna boleh membuat aduan kepada agensi - agensi pemantauan seperti dibawah:

(1) Bank Negara Malaysia
BNMTELELINK 
Tel :             1-300-88-5465      
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my 

(2) Suruhanjaya Sekuriti
Jabatan Hal Ehwal dan Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Tel:             03-6204 8991      
E-mel : aduan@seccom.com.my 

(3) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Bahagian Penguatkuasaan
Talian bebas : 1-800-886-800
Tel :             03-8882 5500      
E-mel: aduan@kpdnkk.gov.my

Wednesday, November 3, 2010

Artikel Berkaitan Wang Kertas & Dinar (Majalah Solusi) Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman




Wednesday, October 13, 2010

Scam Alert: Pelaburan Emas Skim Cepat Kaya Melibatkan Syarikat & Koperasi Ar-Rahnu

1.    Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak membuat pelaburan dalam skim pelaburan berbentuk emas menyerupai skim cepat kaya seperti ini.

2.    Syarikat XXXX (emas) memberi tawaran kepada sesiapa yang membeli emas (pelabur) iaitu:

a)    Setiap 100g emas dibeli, Syarikat XXX (emas) akan tambah 2 kali ganda untuk digadaikan.
b)    Syarikat XXX (emas) memberi komitmen RM300 atau 3% setiap bulan selama 6 bulan untuk 300g emas yang digadaikan melalui kontrak di antara Pelabur dengan Syarikat XXX (emas) selama 6 bulan. (Ini selaras dengan kontrak antara Pelabur dengan Koperasi – Ar-Rahnu).

3.    Emas-emas yang diurus niaga di Syarikat XXX (emas) iaitu emas dibeli – 100g dan emas tambahan yang ditawarkan, iaitu 200g akan digadaikan ke Koperasi Ar-Rahnu dengan Nama Pelabur.

4.    Koperasi Ar-Rahnu akan menilai emas-emas tersebut, dan akan melaksanakan proses tukaran antara emas dan Ringgit Malaysia (RM), berdasarkan penilaian harga emas yang dibuat sebelum ini.

5.    Setelah proses gadaian berlaku, dan berjaya menukarkan nilai emas tersebut kepada Ringgit Malaysia (RM), wang gadaian tersebut yang sebelum ini digadai atas nama pelabur tidak dimiliki oleh pelabur, sebaliknya Syarikat XXX (emas) yang memiliki wang tersebut. Wang tersebut seterusnya digunakan untuk membiayai urusan perniagaan Syarikat XXX (emas).

6.    Dengan memberi tawaran bijak 2 kali ganda emas kepada pembeli yang membeli emas dengan mereka, Syarikat XXX (emas) mampu mengaut keuntungan dalam tambahan modal mereka sebanyak 100g emas daripada pembeli/ pelabur mereka. Syarikat boleh saja terus menggadaikan 200g emas tersebut ke Koperasi Ar-Rahnu tanpa mencari pelabur. Walaubagaimanapun, dengan adanya pelabur yang membeli emas dengan mereka, Syarikat XXX (emas) dapat meningkatkan aliran modal disebabkan kesemua nilai gadaian dengan Koperasi Ar-Rahnu diperolehi oleh mereka, bukan oleh pelabur.

7.    Pelabur tidak dapat menikmati nilai 300g emas tersebut, walaupun ia digadaikan sepenuhnya atas nama pelabur. Sebagai balasan, Syarikat XXX (emas) memberi RM300 (atau 3%) atas 100g emas yang pelabur bayar.

8.    Selepas tamat tempoh perjanjian gadaian, iaitu 6 bulan, pihak Koperasi Ar-Rahnu akan meminta semula duit mereka yang ditukarkan dengan emas sebelum ini. Terdapat dua kemungkinan dalam urusan ini iaitu:-

a)    memperbaharui perjanjian; dan
b)    menamatkan perjanjian.
 
9.    Berikut ialah analisis sekiranya memilih untuk menamatkan perjanjian:
i)    Pelabur akan menebus semula emas yang dicagarkan.
Perlu diberi perhatian: Emas-emas yang diurus niaga yang digadaikan kepada Koperasi Ar-Rahnu adalah atas nama pelabur. Emas-emas yang diurus niaga ini termasuklah 200g emas tambahan yang ditawarkan kepada kepada pelabur oleh Syarikat XXX (emas).
Secara teorinya: Pelabur terpaksa membayar kepada Koperasi Ar-Rahnu atas gadaian emas yang dibuat supaya pelabur dapat menebus semula emas tersebut. Dalam kes ini, DIANDAIKAN Syarikat XXX (emas) yang akan menebus emas pelabur dengan Koperasi Ar-Rahnu untuk mendapatkan emas tersebut. Ini bermakna, Syarikat XXX (emas) akan membayar kepada Koperasi Ar-Rahnu sejumlah wang untuk menyelesaikan proses gadaian, dan Koperasi Ar-Rahnu akan memberikan emas yang pelabur gadaikan dulu kepada Syarikat XXX (emas). Kemudian, Syarikat XXX (emas) akan membuat tawaran kepada pelabur sama ada mahu menjual emas atau menyambung kontrak.
ii)    Sekiranya pelabur memilih untuk menamatkan kontrak, Syarikat XXX (emas) akan membeli emas pelabur dan membayar nilai emas tersebut mengikut harga semasa setelah ditolak 2% caj brokerage.

10.    Persoalannya di sini: Sekiranya Syarikat XXX (emas) mengalami kemerosotan dan tidak mampu meneruskan perniagaan, apakah risiko terhadap pelabur?
Risiko: Pelabur terpaksa membayar nilai untuk 300g emas untuk menebus emas yang digadai dengan Koperasi Ar-Rahnu, walhal, pelabur hanya membeli 100g emas. Ini kerana proses gadaian Koperasi Ar-Rahnu dibuat dengan NAMA PELABUR. Tambah lagi, pelabur tidak menikmati pun nilai 300g emas tersebut. Pelabur hanya diberi RM300 untuk setiap 100g setiap bulan selama 6 bulan sahaja.

11.    Secara ringkasnya, Modus Operandi:
Syarikat XXX (emas) akan mencari pelabur baru untuk membeli emas daripada mereka sebanyak 100g, dan menggunakan duit pusingan yang dijana daripada pelabur terdahulu untuk membeli emas 200g, kemudian gadaikan emas 100g pelabur baru bersama-sama emas 200g ke Koperasi Ar-Rahnu dengan Skim Ar-Rahnu. Proses pembelian emas 200g menggunakan duit pusingan ini tidaklah mengambil masa yang panjang. Ia seperti meminjamkan sementara duit untuk membeli emas 200g. Ini kerana, duit emas 200g itu akan diperolehi semula apabila selesai proses gadaian dengan Koperasi Ar-Rahnu bagi urusan dengan pelabur baru (sebab itu ia dikatakan duit pusingan). Dengan ini, Syarikat XXX (emas) memiliki semula duit 200g emas tersebut, dan ditambah dengan duit keuntungan 100g emas daripada pelabur baru. Kesemua proses ini menggunakan nama pelabur dalam kontrak gadaian dengan Koperasi Ar-Rahnu.
 
 
Bagaimana mengenali Skim Cepat Kaya Pelaburan Emas?

1.    Syarikat/ agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN mengenai bagaimana boleh meningkatkan wang berbanding pelaburan emas.
2.    Pendaftaran syarikat tidak didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan jika berdaftar tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.
3.    Harga emas yang dijual adalah tinggi tapi pelabur berminat disebabkan pulangan lumayan yang dijanjikan.
4.    Jika anda cari pelabur lain maka anda akan mendapat komisyen. Lebih ramai pelabur baru maka lebih pendapatan yang akan diperolehi.
5.    Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 3% sebulan. Jika setahun 36%? Bandingkan dengan kadar institusi kewangan yang lain.
6.    Untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, sebaik mungkin fikir-fikirkanlah kesan dan akibatnya.

Panduan Sebelum Menyertai Skim Pelaburan Emas
 
1.    Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Profil syarikat boleh didapatkan di laman web SSM di http://www.ssm.com.my/

2.    Berapa harga emas yang dijual? Adakah mengikut harga semasa dunia atau lebih tinggi?
3.    Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur
4.    Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga!!. Ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain alasan tetapi tetap berjanji memberikan pulangan kepada pelabur. Jika syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
5.    Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
6.    ”Exit cost” – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa jumlah kos yang ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
7.    Cuba kira kerugian anda dalam “keadaan paling teruk” (worst case scenario).
8.    Pastikan setiap pelaburan mempunyai kontrak. Jika berlaku apa-apa masalah boleh dirujuk kepada kontrak tersebut. Jika tiada kontrak sebaik-baiknya jangan sertai skim tersebut.



Monday, October 11, 2010

Utusan Malaysia 1 Feb 2007