RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Showing posts with label Emas Sana Sini. Show all posts
Showing posts with label Emas Sana Sini. Show all posts

Saturday, May 28, 2011

Langkah Menjadi Agen GCP dibawah Rangkaian Emas Raja Bukit

KEPERLUAN PENDAFTARAN GCP

1) Introducer/Pengenal
2) Satu salinan kad pengenalan
3) Dua keping gambar ukuran passport
4) Salinan bil elektrik/air/telefon kediaman terkini.
5) Bayaran pendaftaran RM5000 
     (Belian emas: Rantai tangan 10g, bar GCP 10g, 1 dinar GCP dan yuran keahlian sahaja)


LANGKAH PENDAFTARAN AWAL

1. Copy nama ->> MUHAMAD SHALMI BIN SHAFII (Nama Introducer)
     atau
id ini ->> ad1877

2. Layari WEB GCP, klik di sini

reg1 300x127 Register Agen GCP

Klik REGISTER dan  Masukkan nama atau id ad1877 di atas. Klik semak

Jika Nama dan ID introducer yg sama tertera, Klik betul dan teruskan pendaftaran.

reg4 300x76 Register Agen GCP

Sebelum pengisian borang, antara perlu bersetuju dengan Terma & Syarat yg ditetapkan sebagai dealer GCP.

Teruskan proses mengisi borang hingga tamat.

*borang hanya akan di proses oleh syarikat selepas bukti pembayaran diterima melalui email @ mms @ fax

LANGKAH PEMBAYARAN
*Pembayaran secara online digalakkan

1-Transfer @ bank in ke akaun
GOLDCREST PAVILION SDN BHD (851237-K)
NO AKAUN MAYBANK 505103003954


Emailkan / FAX bukti pembayaran.

KE Email: sales@gcp.com.my / admin@gcp.com.my dan  salinan ke emasrajabuki@gmail.com *nak cepat sms juga butiran bank in #nama #ic #jumlah #lokasi #norujukan ke 0127594049

Tunggu pengesahan pembayaran dan pengaktifan akaun.


PAKEJ DI TAWARKAN. (Sebelum 1 Jun 2011  lps 1 jun pakej delaer RM5000++)
PAKEJ A - RM 1000
1- Merangkumi perkhidmatan GCP kepada pengedar untuk seumur hidup. Kos pos pesanan setiap tempahan dan sebagainya, nama anda sebagai agen akan dimasukkan dalam laman web rasmi GCP
Stok GCP akan hantar by hand atau melalui kurier.
2- Pembelian dan Jualan balik dengan harga dealer.
3- Business Card dan ID Card
4- Alatan penimbang,teropong,batu tester, set asid botol, sabun cuci emas untuk menguji ketulinan emas.
5- Kursus akan diadakan di pejabat GCP bermula 10.30pg hingga 12.30 t hari.
(untuk agen yg tidak dapat ke pejabat kami akan ajar online sahaja)
6- Order emas boleh melalui online atau phone (harga dealer dan jualan boleh diperolehi setiap hari melalui sms)
7- Pembayaran dibuat terus ke akaun syarikat, kalau nak lock price 10% perlu dimasukkan kedalam akaun syarikat.(mengikut kuantiti)
PAKEJ B - RM 600
- Semua kelebihan diatas kecuali NO4

Thursday, May 26, 2011

Emas Lelong Memang Berbaloi

Tentunya pembaca semua pernah terdengar bab emas lelong ni kan. Cuma mungkin ada yg belum pernah mencuba atau mungkin tak tau cara bagaimana nak dapatkan emas lelong ni. Hari ni merupakan kali ke-3 RB berjaya mendapatkan emas lelong. Walaupun hanya dapat seutas rantai, rasanya dah kira berbaloi dgn keuntungan yg RB dapat.

Setakat ni, RB hanya sempat membida emas di Bank Rakyat sahaja. Rupanya tak lah susah sangat. Cuma kena buat sikit kiraan & preparation sblm mula membida. RB kongsikan caranya secara ringkas.
  1. Sblm membida, pastikan tarikh lelongan dibuat. Tanya pegawai bank atau lihat kenyataan lelongan yg ditampal kat luar bank tu. Biasanya tempoh lelongan hanya selama 3 hari. Lelongan dibuat pd pertengahan bulan, seminggu sblm tarikh gaji kakitangan awam. 
  2. Pada hari lelongan, sblm pi bank utk membida, pastikan kita tau harga emas semasa. Sebagai rujukan, gunakan harga emas semasa bank rakyat (mengikut harga FGJAM) & harga jualan emas sykt tertentu yg paling murah anda boleh dapat. Rujukan RB adalah harga DEALER emas GCP.
  3. Tulis harga emas tersebut mengikut kadar ketulenannya supaya memudahkan kiraan kat bank nnt. Jgn lupa, bawa sama kalkulator & pen..
  4. Bila dh sampai bank, terus ke kaunter dan mintak borang bidaan. Biasanya diorg dah letak borang tu kat tempat pameran emas lelong.
  5. Emas lelongan akan diletakkan dlm bekas kaca mengikut susunan nombor tertentu. Satu senarai detail mengenai barang tersebut akan ditampal kat bahagian lelongan tu. 
  6. Senarai tu akan memaparkan maklumat seperti no tag, jenis Barang Kemas (BK), ketulenan BK dan harga permulaan bidaan. Setiap tag mewakili satu surat pajak, jadi kemungkinan untuk terdapat 2-3 BK atau lebih dalam satu tag bergantung pd jumlah semasa ianya dipajak oleh pemunya asal.
  7. Bila dh berkenan, pastikan no tag dan semak detailnya. Apa yg perlu disemak sebelum meletak harga bidaan agaknya? Pd RB, perkara terpenting adalah tujuan sebenar kita nak dapatkan emas lelongan tu. jika nak dijual semula, pastikan BK yg masih elok. Jika nak melaram utk diri sendiri, pilih yg patternnya sesuai dgn jiwa, dan jika nak masuk pajak smula, pilih yg terbaik berdasarkan pengalaman anda.
  8. Bila dah betul pasti, kita mula dgn kiraan. Secara mudahnya, harga yg nak dibida mestilah jauh lebih rendah dari rate semasa bank rakyat & rendah atau sama dgn rate rujukan pilihan kita. Harga reserve yg diletakkan biasanya dlm range (RM20-RM30) lebih rendah dari rate semasa. Harga yg diletakkan berasaskan harga semasa ianya dipajak + kos tertentu yg perlu ditanggung Bank Rakyat.
  9. Bida pd harga yg termampu. Kurang dari harga kawalan yg dah kita plan. Jadi kita perlu tambahkan sedikit harga bidaan dr harga asal tender dibuka. Cukup sekadar antara RM3 ke RM 7.  Jika anda rasakan BK tu betol-betol berbaloi, bolehla tinggikan hingga RM10/g dari harga asal.
  10. Dah confirm harga, isi borang bidaan, ambil nombor giliran & selesaikan urusan kat kaunter. RM5 dikenakan utk setiap bidaan.
  11. Dlm masa kurang sminggu, pihak bank akan menghubungi kita jika bidaan berjaya. Mereka akan bagi masa sehingga 7 hari untuk membayar harga keseluruhan barangan yg kita dah berjaya tu. Klu x cukup duit, BK tersebut akan diberikan pd pembida kedua.
Mudah kan?
CONTOH PERSEDIAAN HARGA RUJUKAN SEBELUM RB PEGI BID


Ok, kat atas tu contoh persediaan yg RB buat sblm pi bank utk bid BK. RB bagi contoh Rantai Leher yg RB berjaya bid tu. Pada tag, dinyatakan rantai 20k (berat 6.77g) dengan harga permulaan tender RM870.90.

Secara kiraan kasar, rantai tu dinilai dgn harga pembukaan RM 128.64/g (RM870.90 / 6.77g). Harganya lebih kurang sama dgn harga kawalan yg RB tetapkan. Maknanya dah kira rugi jika RB bid emas tu. Lebih baik beli Rantai GCP yg baru & gerenti kualitinya kan. TAPI, anda semua perlu tau trick dan sedikit ilmu berkaitan emas gadaian. Kebanyakan emas dlm bentuk BK yg digadai akan mengalami 'downgrade' kerana masalah timbangan, ketumpatan atau reka bentuk yg menjejaskan ketepatan bacaan karat emas. Kebanyakannya akan mengalami penurunan hingga 2 tangga kebawah. Contohnya emas 22k diisytiharkan sbg 20k. Ada BK yg mengalami penurunan hingga 18k (asal 22k). (Bab BK downgrade ni akan RB bincangkan dlm post seterusnya)

Utk kes rantai ni, RB anggarkan penurunan dari nilai asal 22k kpd 20k. Jadi harga sebenar yg RB agak berdasarkan rate semasa bank rakyat ialah RM 1035.13 (RM152.90/g). Jadi RB tambahkan harga bidaan sebanyak RM4 menjadi RM 132.64/g. Harga bidaan Rantai tersebut ialah RM898.. Dgn kiraan kasar keuntungan RM137.13 (RM1035.13 - RM898) jika RB berjaya dapatkan rantai tu. Jika rantai tersebut tetap 20k pun, RB tetap untung kerana harga semasa masih lagi lebih tinggi dari bidaan.

Harap anda semua jelas dgn penerangan x seberapa RB tadi. Bayangkan jika kita berjaya membida hingga 100g sebulan. Dgn keuntungan on the spot RM 20 atau lebih segram, busuk-busuk pun dah masuk RM2000 dgn skali bidaan.. Jika ditolak kos pengangkutan, RM5 harga bidaan, upah cuci dan marketing utk jualan semula, rasanya lebih RM1500 boleh masuk poket... EMAS LELONG MEMANG BERBALOI...

    Thursday, April 14, 2011

    Gold Vending Machine

    Macam-macam cara biz sekarang ni.. Kat negara kita, vending machine keluarkan air tin, coklat, mainan, gula2 dan kadang-kadang paper. Belum pernah den terfikir ada vending machine utk emas.... Kalo ada sini, gerenti tak sampai 24jam pasang, kena "bungkus" dgn mesin skali....

    MESIN PERTAMA KAT FRANKFURT AIRPORT, KELUARKAN BAR 1g, 5g dan 10g


    MESIN YG DILETAKKAN KAT  EMIRATES PALACE, DUBAI

    BAR EMAS YG KELUAR

    SIAP DALAM KOTAK LAGI TU


    MORALNYA : Belilah Emas dgn apa cara sekalipun, hehehe

    Saturday, December 25, 2010

    Barangan Mewah Dari Emas

    Emas, simbol kemewahan, taraf sosial dan kekayaan seseorang.. Kegilaan terhadap emas x berkurangan sejak dari zaman firaun lagi. Kini, kegilaan tersebut bukan lagi dalam bentuk hiasan atau barang kemas, tapi lebih ekstrem dari dulu lagi...


    1. Posche 911 ini dimiliki oleh jutawan Rusia, badannya dihasilkan dari 40 pound emas 24 karat, bahagian dalamnya dihasilkan menggunakan emas 22 karat. Stering, rims, aci pintu juga dihasilkan menggunakan emas. Tempat paling selamat untuk parking kereta ini adalah di Bilik Kebal bank. Hehe, posche pun belum tentu kita dapat beli, ini kan pulak berbadan emas...
    a96710 a464 porsche copy 9 barang mewah dari emas



    2. Nintendo wii ini dihasilkan dari emas 22karat dan berharga sekitar usd490k, sebelum ini ps3 dari emas pun turut dihasilkan dan dijual pada harga usd320k di US
    a96710 a464 golden nintendo wi 9 barang mewah dari emas


    3. Basikal emas bersalut emas 22karat ini digunakan oleh James Bond dan dikenali sebagai Goldfixie
    a96710 a464 bike copy 362x499 9 barang mewah dari emas


    4. Gold Desert bertahtahkan emas ini dihasilkan oleh Stephen Bruce di Restoran miliknya Serendipity 3 atau lebih dikenali sebagai “Restaurant I Won’t Be Taking My Girlfriend to For Her Birthday” berharga sekitar usd25k, ia dihasilkan menggunakan emas 23karat, aiskrim dicelup emas 20karat, diamond dan truffle. (mengikut kajian, isotop emas boleh meningkatkan kesan kanser dalam darah)
    a96710 a464 serendipity frrrozen ha 9 barang mewah dari emas


    5. Tandas termahal di dunia terletak di Hong Kong. Dibina  pada tahun 2001, seluruh tandas ini dibina menggunakan sebanyak 380kg emas 24karat dan 6200 gemstones. Semua bahagian tandas dari mangkuk, pam, baldi pun dihasilkan dari emas, ia berharga HK $ 38 juta ketika dibina dan sekarang bernilai HK $ 80 juta.
    goldToilet 9 barang mewah dari emas


    6. Kotak PC dihasilkan dari emas dan platinum ini dihasilkan oleh Zeus Computer berpangkalan di Tokyo.  Kotak PC platinum (jupiter) berharga sekitar 80 juta yen (RM2.45m), manakala untuk kotak PC emas (Mars) berharga 60 juta yen (RM1.84m). Ia dilengkapi dengan 3Ghz Processor Core2 duo, GeForce 7200 dan 2G RAM.
    zeus computer 9 barang mewah dari emas


    7. Stroller bayi bersalut emas ini dijual di Harrods dengan harga UK6000 (RM30k) ia dilengkapi dengan sistem bunyi dan kain baldu. Semua bahagian stroller termasuk roda, badan dan bumbung juga dihasilkan dari emas 24karat
    a96710 a464 pram gold plated 9 barang mewah dari emas


    8.  Tobias Wong, seorang designer yang mesra dipanggil “man who turn everything into object” telah mencipta item emas berbentuk kapsul dari emas 24karat, Menurut beliau, kapsul ini digunakan untuk menaikkan harga diri kita, dengan menelan kapsul ini anda baru saja menaikkan harga diri anda sebanyak RM1400.00. Kapsul ini boleh dibeli di internet.
    gold leaf capsules 9 barang mewah dari emas 


    9. Jika anda penulis ebook terkaya, pakar forex, dan seorang yang mementingkan kemewahan, anda boleh order dari Sakura Kazo di Jepun sebuah keyboard bersalut emas pada harga USD275 (RM900), keyboard ini disadur dengan emas 24karat dan tidak memerlukan driver untuk diinstall pada komputer dan menggunakan ruang USB untuk disambungkan ke komputer peribadi anda.

    gold leaf keyboard 9 barang mewah dari emas 
     Sumber Asal :  hargaemas.com

    Sunday, November 28, 2010

    Koleksi Barangan Mewah Sultan Brunei

    Emas memang melambangkan kemewahan. Tapi kalau semuanya dah emas, memang terlampau mewah sangat dah tu... Meh kita tengok koleksi Barangan Emas Sultan Brunei ni....

    pic113373

    pic12287

    pic27753

    pic32209

    pic08909

    pic10383

    pic15457

    pic14945

    pic09758

    Mmmmmmmmmm, kita dpt tengok je ler....

    Thursday, October 28, 2010

    50 Fakta Tentang Emas

    1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
    2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
    3.  Nombor atom untuk emas adalah 79
    4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
    5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
    6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
    7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
    8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
    9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
    10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
    11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
    12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
    13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.


    14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik
    15. Emas adalah logam peralihan
    16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
    17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
    18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
    19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
    20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
    21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
    22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
    23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
    24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
    25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
    26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
    27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat
    28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
    29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
    30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
    31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
    32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
    Cesium, 55
    33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
    34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
    35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
    36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
    37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
    38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
    39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
    40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
    41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
    42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
    43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
    44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
    45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
    46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
    47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
    48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
    49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
    50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.