RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Thursday, October 28, 2010

50 Fakta Tentang Emas

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3.  Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.


14. Emas digunakan ia tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik
15. Emas adalah logam peralihan
16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain.
17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. 1 Ounce (28.35grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
Cesium, 55
33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya.
36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai  wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.
38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.
41. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999
44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

Monday, October 25, 2010

Pelaburan Terbaik : Ilmu Sebelum Emas

Ilmu adalah segala-galanya. Dengan ILMU, kita bukan sahaja berupaya mengawal pelaburan yg dibuat, malah dapat meningkatkan pulangan berkali ganda dgn cara yang betul.



Akhir-akhir ini, pelaburan EMAS telah menarik minat ramai pelabur diMalaysia. Bersyukur kerana masyarakat kita telah mula celik Emas. Hingga sekarang, bermacam-macam maklumat yg boleh kita perolehi berkaitan pelaburan ini. Agak sukar untuk kita memastikan kaedah manakah yang memberikan pulangan terbaik dengan risiko yang rendah. Lebih malang lagi jika kita tersilap memilih pelaburan yg sebenarnya menggunakan emas sebagai platform penipuan. Kebanyakan pelaburan yg bersifat skim cepat kaya akan menjanjikan pulangan lumayan, income secara berkala dan janji manis yg mungkin x akan kita lepaskan. Perlu diingat, SEMUA jenis pelaburan termasuk EMAS mempunyai risiko tersendiri. 

Di Malaysia, perkembangan ekonomi semasa dan sistem kewangan Islam (Perbankan, Insurans, Pajak Gadai dan lain-lain) yang mendahului negara lain sepatutnya kita manfaatkan dengan semaksimum mungkin. Semakin banyak ilmu yg kita perolehi, semakin banyak cabang pelaburan yg boleh kita ubahsuai untuk meningkatkan nilai pulangan daripada pelaburan emas.

Kejatuhan nilai matawang, kenaikan harga barang akibat inflasi dan kekangan kewangan mula menyedarkan rakyat bawahan untuk menyimpan emas. Tapi tanpa ilmu yang betul, emas yg disimpan hanya memberikan sedikit nilai kepada kita. Pembelian emas gred rendah, pembelian barangan kemas, membeli emas ber'spread' tinggi atau jongkong emas keluaran tertentu menjadi amalan kebanyakan dari kita kerana kekurangan ilmu. 

TIPS Dari Raja Bukit :

1. Dapatkan maklumat yg berguna dari bahan bacaan yg diakui dan berwibawa. Jgn kedekut utk membelanjakan wang bagi menyertai seminar atau bahan yg boleh membantu kita. Berguru dari rakan atau mentor yg boleh dipercayai. Ikuti langkah orang yg telah berjaya, tetapi diubahsuai mengikut keperluan kita.

Wednesday, October 20, 2010

Bagaimana Nak Mula Melabur Dengan Emas??

Apabila negara mengalami kegawatan ekonomi, inflasi dan penurunan nilai matawang, EMAS merupakan pilihan pelaburan yg terbaik. Tapi bagaimana nak mula membeli dan menyimpan emas? Ada beberapa cara yg boleh dilakukan antaranya :


1) Exchange Traded Funds

Membeli emas melalui ETF. Exchange Traded Funds menjual share seperti stck market yang lain. Salah satu share ETF yang boleh dibeli ialah SPDR Gold ETF yg dijual melalui agen yg berpangkalan di Singapura.

2) Futures
 Kita juga boleh membeli emas melalui Gold Futures. Kaedah ini mempunyai risiko yg tinggi tetapi membuahkan hasil yg lumayan jika nasib berpihak pada kita. Pulangan dan risiko yg tinggi boleh menggandakan pelaburan kita atau menambahkan lagi hutang kita bertahun-tahun.

3) Unit Trust
Unit Amanah atau mutual funds tertentu juga menawarkan pelaburan emas. Biasanya portion pelaburan akan disebarkan kepada beberapa instrumen seperti jongkong, ETF, futures dan beberapa alternatif lain yg lebih menjamin pulangan yg bakal diperolehi. Salah satu unit amanah yg menawarkan pelaburan emas ialah OSK-UOB Gold & General Fund.

4) Passbook Savings Account
Berdasarkan trend semasa pembelian Emas di Malaysia, bank tempatan kini turut menawarkan peluang pelaburan melalui akaun pelaburan berkonsepkan akaun simpanan semasa.Setiap pembelian dan jualan emas akan dicatatkan dalam passbook tersebut. 3 bank yg menawarkan peluang ini ialah Maybank, Public Bank dan Kuwait Finance House.  Jadual kat bawah ni hanya menunjukkan perbezaan antara produk 2 bank yg biasa dipilih pelabur.


5) Jongkong dan Dinar
Cara paling popular ialah melalui pembelian emas fizikal yang dikeluarkan dalam bentuk jongkong, syiling, dinar atau barang kemas. Pilihan jenis emas bergantung pada individu tetapi untuk pelaburan, jongkong merupakan pilihan terbaik. Terdapat banyak pilihan produk yg dikeluarkan oleh pengeluar sama ada luar atau dalam negara kita. Pilih pengeluar yang sememangnya diakui dan mempunyai pengiktirafan dari kerajaan.


Bar Pamp Suisse (Lady Fortuna)

American Gold Eagle Coin


Canadian Maple Leaf

Kijang Emas Malaysia

Dinar dan Dirham Kelantan

Jongkong/Bar, Syiling dan Dinar Public Gold

PESANAN
Pelaburan terbaik pada RB hanyalah melalui kaedah terakhir, iaitu Emas Fizikal. Memegang sendiri emas yang dilabur lebih selesa dan selamat berbanding 4 kaedah pertama. Antara pengeluar terbaik yg RB syorkan ialah PUBLIC GOLD (semestinya), Kijang emas, Dinar Kelantan atau Pamp Suisse.

Friday, October 15, 2010

EMAS, Simpanan Atau Pelaburan?

Agaknya, Emas yg kita beli tu berada dalam kategori simpanan ke, boleh kita jadikan pelaburan??

Simpanan biasanya dikumpul secara beransur-ansur, ditambah secara berkala dengan tujuan boleh digunakan apabila diperlukan. Dengan kata lain, ianya mudah dicairkan bila tiba masanya.

Pelaburan pula, lebih kepada simpanan dalam jumlah tertentu dengan tujuan mendapatkan pulangan dari initial simpanan dalam jangka masa tertentu. Biasanya mengambil masa paling kurang pun satu tahun.

So, EMAS ni dalam kategori mana? Pada RB, emas adalah kedua-duanya. Simpanan dan juga Pelaburan.


Emas Sebagai Simpanan. Jika kita sudah membiasakan diri menyimpan sejumlah wang gaji setiap bulan, sama ada kedalam ASB, unit trust, tabung haji atau akaun semasa yg kadang-kadang tiap ujung bulan kita cucuk kat ATM semula. RB menyarankan agar kita menukar strategi simpanan kita ke dalam bentuk emas. Cara terbaik ialah membeli dinar setiap bulan (jika simpanan bulanan melebihi RM600) atau 1 Dinar setiap 3@4 bulan. Pilihan kedua ialah simpanan melalui Gold Passbook.  
Kenapa perlu menyimpan emas?
Emas merupakan penyimpan nilai yg terbaik. Berbanding kaedah simpanan lain, emas lebih selamat dan menjanjikan peningkatan nilai yg lumayan disebalik simpanan kita. Mungkin ada yg beranggapan susah untuk menjual semula atau mencairkan aliran tunai bila kita terdesak memerlukan wang dari simpanan tadi. Betul, tapi ada caranya. Selain menjual kembali emas simpanan, kaedah terbaik ialah menggadaikan emas kita tadi untuk mendapatkan tunai. Dengan cara ini, simpanan emas masih lagi menjadi hak milik kita sebaik sahaja kita membayar kembali pinjaman yg dibuat. Jika kita tak mampu menebus kembali, kita masih lagi mendapat baki nilai emas sebaik sahaja emas dijual melalui lelongan.

Emas Sebagai Pelaburan. Sebagai seorang pelabur, 2 perkara utama yg menjadi faktor pemilihan jenis pelaburan ialah pulangan dan risiko pelaburan. Berbanding instrumen lain, Emas menjanjikan pulangan yg stabil, lumayan dan selamat. Risiko yang ditanggung amat kecil dan hampir tiada jika pelaburan dibuat dalam jangka masa yg panjang.
Sebagai contoh, ASB dianggap sebagai pelaburan yg terbaik dengan purata pulangan 8% setahun, kurang risiko dan mudah diuruskan. Emas dgn ciri yang sama, kurang risiko dan mudah diuruskan memberikan pulangan purata hampir 4 kali ganda dari ASB. Pulangan purata 27% menjadikan emas pilihan pelaburan yang lebih baik.
Emas juga bukan sekadar pelaburan, dengan teknik yg betul (kaedah gadai dan beli) kita dapat menggandakan pulangan emas hampir 2 kali ganda pulangan tahunan hanya dengan sedikit usaha.

Pesanan Raja Bukit :
  1. Walaupun emas merupakan penyimpan nilai terbaik dan menjadi pilihan utama untuk dijadikan simpanan dan pelaburan, pembaca dinasihatkan mendapatkan info dan ilmu yg mencukupi sebelum memulakan langkah pertama membeli emas.
  2. Pelaburan yang baik ialah dengan mengagihkan pelaburan dalam beberapa instrumen yang tertentu. Jangan melabur kesemua wang anda dalam satu produk pelaburan semata-mata kerana pulangan yg tinggi. Agihkan pelaburan kepada peratusan tertentu bergantung pada tahap risiko yg kita mampu tangani. (Contoh : 50% Emas, 25% ASB dan 25% Hartanah)

Wednesday, October 13, 2010

Scam Alert: Pelaburan Emas Skim Cepat Kaya Melibatkan Syarikat & Koperasi Ar-Rahnu

1.    Orang ramai adalah dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak membuat pelaburan dalam skim pelaburan berbentuk emas menyerupai skim cepat kaya seperti ini.

2.    Syarikat XXXX (emas) memberi tawaran kepada sesiapa yang membeli emas (pelabur) iaitu:

a)    Setiap 100g emas dibeli, Syarikat XXX (emas) akan tambah 2 kali ganda untuk digadaikan.
b)    Syarikat XXX (emas) memberi komitmen RM300 atau 3% setiap bulan selama 6 bulan untuk 300g emas yang digadaikan melalui kontrak di antara Pelabur dengan Syarikat XXX (emas) selama 6 bulan. (Ini selaras dengan kontrak antara Pelabur dengan Koperasi – Ar-Rahnu).

3.    Emas-emas yang diurus niaga di Syarikat XXX (emas) iaitu emas dibeli – 100g dan emas tambahan yang ditawarkan, iaitu 200g akan digadaikan ke Koperasi Ar-Rahnu dengan Nama Pelabur.

4.    Koperasi Ar-Rahnu akan menilai emas-emas tersebut, dan akan melaksanakan proses tukaran antara emas dan Ringgit Malaysia (RM), berdasarkan penilaian harga emas yang dibuat sebelum ini.

5.    Setelah proses gadaian berlaku, dan berjaya menukarkan nilai emas tersebut kepada Ringgit Malaysia (RM), wang gadaian tersebut yang sebelum ini digadai atas nama pelabur tidak dimiliki oleh pelabur, sebaliknya Syarikat XXX (emas) yang memiliki wang tersebut. Wang tersebut seterusnya digunakan untuk membiayai urusan perniagaan Syarikat XXX (emas).

6.    Dengan memberi tawaran bijak 2 kali ganda emas kepada pembeli yang membeli emas dengan mereka, Syarikat XXX (emas) mampu mengaut keuntungan dalam tambahan modal mereka sebanyak 100g emas daripada pembeli/ pelabur mereka. Syarikat boleh saja terus menggadaikan 200g emas tersebut ke Koperasi Ar-Rahnu tanpa mencari pelabur. Walaubagaimanapun, dengan adanya pelabur yang membeli emas dengan mereka, Syarikat XXX (emas) dapat meningkatkan aliran modal disebabkan kesemua nilai gadaian dengan Koperasi Ar-Rahnu diperolehi oleh mereka, bukan oleh pelabur.

7.    Pelabur tidak dapat menikmati nilai 300g emas tersebut, walaupun ia digadaikan sepenuhnya atas nama pelabur. Sebagai balasan, Syarikat XXX (emas) memberi RM300 (atau 3%) atas 100g emas yang pelabur bayar.

8.    Selepas tamat tempoh perjanjian gadaian, iaitu 6 bulan, pihak Koperasi Ar-Rahnu akan meminta semula duit mereka yang ditukarkan dengan emas sebelum ini. Terdapat dua kemungkinan dalam urusan ini iaitu:-

a)    memperbaharui perjanjian; dan
b)    menamatkan perjanjian.
 
9.    Berikut ialah analisis sekiranya memilih untuk menamatkan perjanjian:
i)    Pelabur akan menebus semula emas yang dicagarkan.
Perlu diberi perhatian: Emas-emas yang diurus niaga yang digadaikan kepada Koperasi Ar-Rahnu adalah atas nama pelabur. Emas-emas yang diurus niaga ini termasuklah 200g emas tambahan yang ditawarkan kepada kepada pelabur oleh Syarikat XXX (emas).
Secara teorinya: Pelabur terpaksa membayar kepada Koperasi Ar-Rahnu atas gadaian emas yang dibuat supaya pelabur dapat menebus semula emas tersebut. Dalam kes ini, DIANDAIKAN Syarikat XXX (emas) yang akan menebus emas pelabur dengan Koperasi Ar-Rahnu untuk mendapatkan emas tersebut. Ini bermakna, Syarikat XXX (emas) akan membayar kepada Koperasi Ar-Rahnu sejumlah wang untuk menyelesaikan proses gadaian, dan Koperasi Ar-Rahnu akan memberikan emas yang pelabur gadaikan dulu kepada Syarikat XXX (emas). Kemudian, Syarikat XXX (emas) akan membuat tawaran kepada pelabur sama ada mahu menjual emas atau menyambung kontrak.
ii)    Sekiranya pelabur memilih untuk menamatkan kontrak, Syarikat XXX (emas) akan membeli emas pelabur dan membayar nilai emas tersebut mengikut harga semasa setelah ditolak 2% caj brokerage.

10.    Persoalannya di sini: Sekiranya Syarikat XXX (emas) mengalami kemerosotan dan tidak mampu meneruskan perniagaan, apakah risiko terhadap pelabur?
Risiko: Pelabur terpaksa membayar nilai untuk 300g emas untuk menebus emas yang digadai dengan Koperasi Ar-Rahnu, walhal, pelabur hanya membeli 100g emas. Ini kerana proses gadaian Koperasi Ar-Rahnu dibuat dengan NAMA PELABUR. Tambah lagi, pelabur tidak menikmati pun nilai 300g emas tersebut. Pelabur hanya diberi RM300 untuk setiap 100g setiap bulan selama 6 bulan sahaja.

11.    Secara ringkasnya, Modus Operandi:
Syarikat XXX (emas) akan mencari pelabur baru untuk membeli emas daripada mereka sebanyak 100g, dan menggunakan duit pusingan yang dijana daripada pelabur terdahulu untuk membeli emas 200g, kemudian gadaikan emas 100g pelabur baru bersama-sama emas 200g ke Koperasi Ar-Rahnu dengan Skim Ar-Rahnu. Proses pembelian emas 200g menggunakan duit pusingan ini tidaklah mengambil masa yang panjang. Ia seperti meminjamkan sementara duit untuk membeli emas 200g. Ini kerana, duit emas 200g itu akan diperolehi semula apabila selesai proses gadaian dengan Koperasi Ar-Rahnu bagi urusan dengan pelabur baru (sebab itu ia dikatakan duit pusingan). Dengan ini, Syarikat XXX (emas) memiliki semula duit 200g emas tersebut, dan ditambah dengan duit keuntungan 100g emas daripada pelabur baru. Kesemua proses ini menggunakan nama pelabur dalam kontrak gadaian dengan Koperasi Ar-Rahnu.
 
 
Bagaimana mengenali Skim Cepat Kaya Pelaburan Emas?

1.    Syarikat/ agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN mengenai bagaimana boleh meningkatkan wang berbanding pelaburan emas.
2.    Pendaftaran syarikat tidak didaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan jika berdaftar tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.
3.    Harga emas yang dijual adalah tinggi tapi pelabur berminat disebabkan pulangan lumayan yang dijanjikan.
4.    Jika anda cari pelabur lain maka anda akan mendapat komisyen. Lebih ramai pelabur baru maka lebih pendapatan yang akan diperolehi.
5.    Pulangan yang dijanjikan amat tinggi contoh 3% sebulan. Jika setahun 36%? Bandingkan dengan kadar institusi kewangan yang lain.
6.    Untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, sebaik mungkin fikir-fikirkanlah kesan dan akibatnya.

Panduan Sebelum Menyertai Skim Pelaburan Emas
 
1.    Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. Profil syarikat boleh didapatkan di laman web SSM di http://www.ssm.com.my/

2.    Berapa harga emas yang dijual? Adakah mengikut harga semasa dunia atau lebih tinggi?
3.    Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur
4.    Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga!!. Ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain alasan tetapi tetap berjanji memberikan pulangan kepada pelabur. Jika syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!
5.    Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.
6.    ”Exit cost” – setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa jumlah kos yang ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.
7.    Cuba kira kerugian anda dalam “keadaan paling teruk” (worst case scenario).
8.    Pastikan setiap pelaburan mempunyai kontrak. Jika berlaku apa-apa masalah boleh dirujuk kepada kontrak tersebut. Jika tiada kontrak sebaik-baiknya jangan sertai skim tersebut.



Monday, October 11, 2010

Utusan Malaysia 1 Feb 2007

Sunday, October 10, 2010

Emas Raja Bukit

Kenapa aku excited sangat untuk bina blog pasal EMAS ni? Sedangkan ada berpuluh lagi blog dan web yg dah cerita pasal emas.. Sebenarnya, sejak aku mula menulis blog, topik yg paling aku minat ialah kewangan. Blog Malayneum yg aku create 2 tahun lepas dah banyak terisi dgn bab kewangan dan pelaburan, tapi isi sebenarnya masih rencam dgn banyak benda sampingan yg aku muatkan. So, dgn blog EMAS RAJA BUKIT ni, aku akan cuba berkongsi seberapa banyak info berkaitan simpanan, pelaburan dan manipulasi tool tertentu untuk mengekalkan kekayaan dan menambah kekayaan kita berkali ganda. Tapi matlamat utama masih lagi Emas kerana kelebihan emas memang dah terbukti sejak beribu tahun dulu.

Mungkin aku aka RB (Raja Bukit) bukan seorang pakar dari segi kewangan, bukan pakar Emas dan bukan jutawan, tapi Ilmu yg bermanfaat lebih baik disebarkan. InsyaAllah, bukan saja bermanfaat pada RB, malah pada pembaca melalui pandangan dan komen yang ada. Blog ni bukan sekadar membicarakan bab Emas sebagai pelaburan, tapi juga sebagai medium untuk RB dan pembaca berjual/beli emas, dan berkongsi idea menambah simpanan emas kita setiap hari....

Blog ni akan ditulis secara santai, supaya mudah diterima umum. Terima kasih kepada sifu Jutawan Emas (En Shukor), kerana membuka mata dan minda Raja Bukit. Kata-kata Sifu, "sebarkan ilmu emas, sama-sama kita berkongsi kekayaan dan kejayaan" menjadi matlamat utama Raja Bukit berkongsi ilmu yg tak seberapa ni.


AMARAN :
Pandangan peribadi Raja Bukit.. Berdasarkan pengamatan dan pembacaan Raja Bukit, banyak blog dan tulisan  yg memaparkan keuntungan, kekayaan dan pulangan berganda dari simpanan emas. Walaupun ada betulnya, tapi setiap pelaburan yg dibuat mestilah berdasarkan ilmu yg cukup. Jgn sekadar menurut dan terikut dgn kata-kata PENJUAL emas. Kekayaan tidak akan datang bergolek dalam masa yg singkat. Setiap langkah dan peluang kekayaan yg ada perlu dikaji dan diselidik terlebih dahulu. Cara orang lain berjaya mungkin tidak sesuai dengan cara kita. Risiko yg perlu ditanggung dalam setiap keputusan perlu kita timbang dgn jelas.

Sebaiknya, sebelum mula menyimpan dan melabur dengan emas, kutip sebanyak mungkin ilmu melalui buku, blog, seminar atau melalui Sifu yg benar-benar ingin membantu. Bukan sekadar sifu yg ingin menghabiskan stok emas mereka dgn menjual pada kita. Begitu juga dgn manipulasi plan pelaburan emas yg dicipta oleh ramai sifu ni, pastikan ianya menepati kehendak kewangan kita, sesuai dgn risiko dan bukan sekadar teori semata....

Terakhir dari Raja Bukit, AWAS dengan Skim Pelaburan Emas atau apa sahaja yg menjanjikan pulangan secara berkala/tetap melalui pembelian Emas. Pastikan emas yg dibeli berada dalam simpanan kita (bukan mereka yang tolong simpan) kecuali pembelian melalui Gold Account (Public Bank, Maybank n KFH). Hanya beli emas dari syarikat yg diakui atau melaui agen yg betul kita kenali...

Semoga kita sama-sama melipatgandakan simpanan emas kita..