RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Showing posts with label DINAR. Show all posts
Showing posts with label DINAR. Show all posts

Saturday, July 2, 2011

Dinar & Dirham di Malaysia

Pengkelasan Dinar & Dirham yg terkitar dalam pasaran Malaysia berdasarkan beberapa sumber yg RB cedok...
  1. Dinar dan Dirham: (mana-mana yang berkalimah tauhid/inskripsi basmallah)
  2. Dinarius/Denarius dan Drachma: (mana-mana yang tiada berkalimah tauhid/inskripsi basmallah)

(Berkalimah Tauhid) - DINAR
1. Dinar GCP (999.9) 1 - Malaysia


2. Dinar Muslim (916) 1, 2, 8 - Malaysia


3.Dinar Kulim (DGE) 1/2, 1 - Malaysia


4. Dinar Darul Ehsan (916) 1, 1/2 - Malaysia


5. Dinar Darul Ehsan (999)  2 - Malaysia


6. Dinar Darul Takzim (916) 1 - Malaysia


7. Dinar Darul Khusus


8. Dinar Restu (917) 1, 1/8  - Malaysia


9. Dinar Kelantan(KGT) (917) 1/2,1,2,5,8 - Malaysia

10.Dinar Mutiara (917) 1 - Malaysia

11.Dinar Darul Makmur (916) 1 - Malaysia


12.Dinar Putra (916) 1 - Malaysia


13.Dinar IMN (916) 1 - Indonesia

14.Dinar WIN (916) 1 - Indonesia

15.Dinar Logam Mulia (999) 1 - Indonesia


16. Dinar Royal Mint (916) 1 - Malaysia


(Inskripsi Basmallah) - Dinar
Dinar Wakala (917) 1 - United States Of America



(Tanpa Kalimah Tauhid) - DINARIUS
PublicGold @ PG @ PD (916) 1,5,10 - Malaysia

Dinar Emas Mekah (SRI AYU) (917) 1,2,4,8,20 - Malaysia

Dinar Logam Mulia @ LM (916) 1 - Indonesia

Dinar Rabbani (999) 1 - Malaysia


DIRHAM (Berkalimah Tauhid)
KGT/Kelantan  Dominasi 1, 2, 5, 10 ,20, - Malaysia
Goldnet/Perak Darul Ridzuan  1, 2, 10 - Malaysia
Dirham Darul Takzim 1 - Malaysia
Dirham DGE 1,5,10 - Malaysia
Dirham Restu 1,5 - Malaysia
Dirham IMN, 1/6, 1/2, 1 - Indonesia

(Inskripsi Basmallah) - Dirham
Dirham Wakala, 1 - United States Of America


RUJUKAN Nilaian Semasa:
KGT/ Kelantan http://islamicmint.com.my/chart.php
Muslim : http://nubexblog.blogspot.com/
Dinar Darul Ehsan : http://kilauan-dinaremas.blogspot.com/http://syeikhulmaqari.blogspot.com/
Dinar & Dirham Darul Takzim http://www.auraurum.com/
Dinar & Dirham Kulim http://dinarkedah.blogspot.com/
Dinar Mutiara  http://dinarpenang.blogspot.com/
PublicDinar: http://www.publicdinar.com/
DinarWakala : http://www.dinarwakala.com/
Dinar Putra : http://dinarputra.blogspot.com/

Monday, May 16, 2011

Tak Dapat Bonus Pun Xpe

Sape yg tak nak bonus kan.. Bukan stakat bonus, tiap hari kita mesti terfikit nakkan kenaikan gaji, elaun, bonus, COLA, atau lebihkan kebajikan kita.Tu belum masuk nakkan barang murah, kurangkan tarif api, air, petrol, harga syiling barang-barang keperluan dan serba macam mak nenek yg semakin hari semakin tak tertanggung kos dia.

Time skolah dulu (1990-an), bawak 50 sen dah kenyang kat skolah. Dgn 50 sen, dah dpt nasi lemak, sepotong kueh ngan air sirap.. Tp la ni, kurang-kurang pun RM3.00 baru dpt semua tu. Belum lg kita balik tahun 70-an, 10 sen dah lebih dari cukup klu stakat nak mkn nasi lemak dgn air sirap (kata bapak RB la).

Sebenarnya apa masalah kita ni? Gaji tak cukup ke barang makin mahal?


Katakanlah dgn gaji standard sekarang RM2000 sbulan. Cukup bulan, confirm tinggal 2 kupang je. Sewa rumah, bayar keta, minyak keta, susu anak, pampers anak, barang rumah, belum ape-ape lg, semua dah abis. Mana nak simpan, nak bagi parent, nak bercuti, nak beli baju baru.. Klu emergency, alamak Along yg jd mangsa..

Dgn keadaan sekarang, gaji naik 200 tiap tahun pun belum tentu dpt kejar kenaikan semua harga barang dan keperluan harian.. Mana taknya, bonus tiap tahun belum tentu dapat, tp petrol, harga barang, elektrik dah naik 2-3 kali. Pi mari, semua bungkus...

Sebab tu bila RB pikir, klu dapat bonus pun tak guna... Jadi... Macam mana caranya kita boleh selamat?

Pada RB, hanya satu cara kita boleh selesaikan semua masalah tu. Bayar gaji dengan emas dan perak. Barangan dan keperluan jugak dibayar dengan emas dan perak. Semua aspek lain melibatkan emas dan perak...

Kalau kite pernah dgr Crite dulu-dulu yg boleh dipakai hingga sekarang.. Seekor kambing pada zaman Rasullullah dulu berharga 1 Dinar. (1 Dinar = 4.25gram emas 916 @ RM 680) Hingga sekarang, harga kambing duk tang tu jugak. Maknanya dari zaman dulu, jika kita sandarkan emas & perak sebagai alat jual beli dan muamalat, nilai belian kita tak akan berkurangan... Jika gaji kita 1400 tahun dulu  3 Dinar sbulan (RM2040), sampai sekarang pun x perlu bonus atau kenaikan... Kita tetap boleh hidup mcm biasa..

Kenapa emas dan perak yg jadi pilihan?
Selain disebut dlm Al-Quran berulangkali yg emas & perak ni berharga. 2 logam berharga ni mempunyai byk ciri istimewa yg x dapat ditandingi logam atau matawang lain. Nilainya tak berubah dari dulu hingga sekarang.. Matawang kita, RM atau USD mengalami susutan yg terlalu banyak sejak digunakan dulu. Matawang ini akan semakin susut dek inflasi hingga pada suatu masa, semuanya tak bernilai lagi...
Oleh kerana kita tak berkuasa utk jadikan emas & perak sebagai matawang, sebagai permulaan, eloklah jika kita sandarkan segala perbelanjaan kita dengan emas & perak... 


Bacaan Lain Berkaitan Emas & Perak yg berkaitan :
1. Ayat Al-Quran berkaitan Emas & Perak
2. Penyelesaian Masalah Matawang
3. Dinar Emas & kelebihannya

Monday, February 7, 2011

Piawaian Dinar & Dirham (WIM)

Kat Bawah ni merupakan piawaian Dinar & Dirham yg dikeluarkan oleh World Islamic Mint (WIM) iaitu badan yg mengeluarkan standard berdasarkan peraturan shariah bagi pengeluaran syiling, dinar dan dirham. Rekabentuk dan proses pembuatan yg mengikut syarat akan memperolehi lesen berkaitan dari WIM.

PIAWAIAN DINAR

1/2 Dinar 2.125 gram (22 karat, 917) Diameter: 16 mm
1 Dinar 4.250 gram (22 karat, 917) Diameter: 21 mm
2 Dinars 8.500 gram (22 karat, 917) Diameter: 22 mm
5 Dinars 21.25 gram (22 karat, 917) Diameter: 25 mm
8 Dinars 34.00 gram (22 karat, 917) Diameter: 32 mm
(Ketulenan 917 ~  916 @ 916.6666666666)


PIAWAIAN DIRHAM

1 Dirham 2.975 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 22 mm
2 Dirham 5.950 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 25 mm
5 Dirham 14.875 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 32 mm
10 Dirhams 29.75 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 41 mm
20 Dirhams 59.50 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 50 mm

Tuesday, January 25, 2011

Dinar Borneo

Dalam asyik merayau smlm, RB terjumpa satu web yg menjual Dinar dan Dirham Borneo. Agak menarik, Dinar ini dihasilkan oleh anak tempatan, saudara Akmal Kudong dari Tawau, Sabah. Syabas kepada anak tempatan yg berjaya menghasilkan Dinar sendiri walaupun masih dalam skala yg kecil. Ini merupakan berita baik kepada penggemar atau pengumpul dinar tempatan atau luar negara untuk menambah kepelbagaian koleksi peribadi.

Seperti yg pernah dikatakan oleh sifu RB, kemunculan ramai individu atau syarikat yg menghasilkan Dinar bukanlah perlu dilihat disebalik persaingan perniagaan semata, tetapi yg paling penting, mengembangkan ilmu emas kepada seluruh pelusuk manusia, lebih-lebih lagi sesama islam. Jadi jom sama-sama kita menyokong produk keluaran tempatan/melayu/islam ini. RB sediakan link ke web Dinar Borneo utk keterangan lanjut.



Pengeluaran Dinar oleh individu amat dialu-alukan oleh kami pengumpul Dinar selagi ianya tetap mematuhi syarat, timbangan dan purity yang seragam. Dinar itu mempunyai Ruh tersendiri hinggakan ianya tetap bernilai sepanjang masa.

Sunday, January 9, 2011

Dinar Emas dan Kelebihannya

SPESIFIKASI DINAR EMAS

Khalifah Umar Al-Khatab, khalifah Islam yang kedua telah menetapkan piawaian Dinar adalah seperti berikut :
  • 1 Dinar bersamaan berat 4.25 gram emas 916.6
  • 1 Dirham bersamaan berat 3 gram perak 999


Kelebihan Dinar Emas :
Dinar dan Dirham adalah matawang Islam yang sebenar.
Penyimpan nilai yang lebih stabil berbanding wang kertas. Dinar mampu melindungi kekayaan anda.
Boleh digunakan sebagai bayaran mas kahwin.
Penggunaan Dinar membolehkan pembayaran zakat yang lebih tepat.
Harga Emas yang meningkat setiap tahun akan menambahkan nilai kekayaan penyimpan Dinar.



Di antara kegunaan Dinar Emas ialah :

1) Boleh disimpan sebagai pelaburan dan simpanan.

2) Boleh digunakan untuk membayar zakar.

3) Boleh digunakan sebagai Mas Kahwin.

4) Boleh diberikan sebagai hadiah/cenderamata.

5) Boleh digunakan untuk aktiviti jual beli.




Kelebihan Membeli Dinar Emas Daripada Public Dina Sdn. Bhd.
Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
Harga jualan adalah termurah di seluruh Malaysia.
Anda boleh menjual balik Dinar Emas dengan harga yang tertinggi kepada syarikat pada bila-bila masa.
Stok sentiasa ada.
Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.
Mempunyai cawangan di seluruh Malaysia (Mudah dibeli dan dijual).

Wednesday, November 3, 2010

Artikel Berkaitan Wang Kertas & Dinar (Majalah Solusi) Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman