Beberapa hari ni RB ditawarkan peluang menyertai VGMC, sebuah sykt pelaburan emas yg melibat jual beli saham secara maya. Dah jd tabiat RB, amik masa dulu utk kaji & buat kajian sendiri sblm cuba benda baru ni. Pulangan yg dijanjikan memang lumayan, tapi ada beberapa faktor yg buat hati ni x berapa sedap hati...
So RB nak kongsi beberapa fakta yg RB dapat dari pencarian beberapa hari ni...
Ditubuhkan pada tahun 1999 dan berpusat di Panama. Sykt Luar Pantai Bebas Cukai yg menjanjikan pulangan yg amat lumayan kepada pelabur mereka. Pendapatan secara kasarnya diperolehi dari peningkatan nilai saham (CPS) yang dijual dgn harga permulaan $0.80 setiap syer (Harga pada 1 Jan 2010). Modal permulaan yg ditetapkan ialah 1000 unit. (USD 1050 atau RM 3570 bagi pembelian syer hari ni)
Yg menariknya, VGMC juga menyediakan plan marketing seiras Piramid iaitu sistem binari 2 kaki bagi komisyen rekrut downline......Hehe
Dah nampak sket2 petanda SCAM... Mcm sistem Swisscash pun ada ni..
Maklumat Wikileaks n Google
Mula bertapak diMalaysia bermula 2010. Diasaskan oleh Mantan Pengarah Lifestyle World Card yg telah berjaya memanipulasi ramai pelabur sebelum ini. Memanipulasi- dipengaruhi dengan keuntungan berganda dari modal seciput yg akhirnya semua bungkus....
Kenyataan Bank Negara Malaysia & Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Berikut merupakan Senarai WEB yg tidak diiktiraf dan dimasukkan ke dalam senarai hitam SC Malaysia :
 |
VGMC Kat atas skali |
Kandungan emel yang dihantar oleh Securities Commission Malaysia (SC) mengenai penipuan Virgin Gold Mining ni :
Tuan,
Sila ambil maklum bahawa syarikat Virgin Gold Mining Corporation tidak diiktiraf dan tidak diluluskan di bawah undang-undang sekuriti untuk menjalankan urus niaga pasaran sekuriti, pasaran niaga hadapan, urusniaga kontrak hadapan, termasuk memberi nasihat pelaburan atau/dan perkhidmatan pengurusan dana atau yang berkaitan dengan pasaran sekuriti atau pasaran niaga hadapan di Malaysia.
Pihak tuan adalah dinasihatkan supaya jangan melibatkan diri dalam mana-mana urus niaga syarikat tersebut. Pihak kami juga menggalakkan tuan memberikan kami maklumat lanjut berkaitan syarikat ini.
Para pelabur diingatkan supaya sentiasa mengambil tanggungjawab atas keputusan-keputusan pelaburan sendiri dan memberi pertimbangan yang sewajarnya sebelum melabur. Ini termasuk mengesahkan sama ada syarikat atau individu terbabit dilesenkan oleh pengawal selia yang sewajarnya bagi aktiviti yang dijalankan atau perkhidmatan yang ditawarkan. Di mana aktiviti atau perkhidmatan tersebut membabitkan sekuriti, nasihat pelaburan atau pengurusan dana dalam sekuriti di Malaysia, tuan hendaklah mengesahkan status pelesenan atau kelulusan daripada pihak SC.
Pihak tuan juga boleh melawati laman web kami di www.sc.com.my untuk Senarai Laman Web/Produk Pelaburan/Syarikat Yang Tidak Diiktiraf SC (Virgin Gold Mining Corporation salah satu syarikat di dalam Alert List SC) maklumat lanjut mengenai Pengantara Berlesen kami dan maklumat lain berkaitan kawal selia pihak SC. Sekiranya tuan memerlukan apa-apa penjelasan, sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di talian 03-62048999.
Yang benar,
Sekian, terima kasih.
Suhani Selamat
Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Apa Kata RB
Beli emas dapat emas. Tu adalah kaedah pelaburan emas yang paling selamat. X perlu la nak menanggung risiko semata-mata mengejar untung yang tak seberapa. Peraturan yg paling mudah dalam mana-mana pelaburan ialah kita dapat mengawal aset kita tanpa perlu membebankan fikiran dgn pelbagai jenis risiko hadapan yang tidak menentu. Kecuali pelaburan yg terdedah dgn risiko luar jangka yg sememangnya semua org x dapat lari.
Jika benar sekalipun sykt ini melaksanakan aktiviti pelaburan yg legit, ianya tetap diHARAMkan oleh SC Malaysia. Maknanya, dalam jangka masa terdekat, nasib pelaburnya akan menyamai bekas pelabur Swisscash yg pernah diHaramkan dahulu. Semua transaksi akan disekat oleh BNM dan kemungkinan besar, kesemua pelaburan akan hangus begitu sahaja...
Dan yang paling penting, apakah hukumnya dalam Islam?
1. Sebarang bentuk bisnes tanpa melibatkan produk yang jelas adalah HARAM.. Beli Emas perlu dapat Emas secara fizikal.
2. Deposit tertentu dgn tujuan mendapatkan keuntungan masa hadapan termasuk dlm RIBA NASIAH dan RIBA AL-FADL. (Memperdagangkan sejumlah wang untuk pulangan wang dimasa hadapan adalah HARAM)
3.Pendapatan komisyen melalui rekrut downline. Dua urusniaga dlm satu masa mirip kepada "shafqatayn fi shafqah" juga HARAM.
0 comments:
Post a Comment