RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Sunday, February 27, 2011

Ayat Al Quran Berkaitan Emas, Perak dan Dinar

PS : Post ini RB publish bukan berkepentingan sebagai pelaris jualan atau sumber untuk mempromosikan produk emas yg RB pasarkan. Sekadar berkongsi kelebihan dan kepentingan emas yg telah diangkat darjatnya..


AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN EMAS

1.       Ali 'Imran(3), ayat 14 
      Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (QS. 3:14)

2.       Ali 'Imran(3), ayat 91 
      sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong. (QS. 3:91)

3.       Al-A'raaf(7), ayat 148 
      Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim. (QS. 7:148)

4.       At-Taubah(9), ayat 34 
      Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, (QS. 9:34)

5.       At-Taubah(9), ayat 35 
      pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan. (QS. 9:35)

6.       Al-Israa'(17), ayat 93 
      Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul (QS. 17:93)

7.       Al-Hajj(22), ayat 23 
        Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)


Faathir(35), ayat 33 
(Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera. (QS. 35:33) 


Az-Zukhruf(43), ayat 35 
Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:35) 


Az-Zukhruf(43), ayat 53 
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53) 


Az-Zukhruf(43), ayat 71 
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71) 


Al-Waaqi'ah(56), ayat 15 
Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata, (QS. 56:15)




AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN PERAK


Al-Kahfi(18), ayat 19 
Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya diantara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang diantara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini). Mereka menjawab: Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari. Berkata (yang lain lagi): Rabb kamu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang PERAKmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun. (QS. 18:19) 



Az-Zukhruf(43), ayat 33 
Dan sekiranya bukan karena hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah Kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada (Rabb) Yang Maha Pemurah loteng-loteng PERAK bagi rumah mereka dan (juga) tangga-tangga (PERAK) yang mereka menaikinya. (QS. 43:33) 


Az-Zukhruf(43), ayat 34 
Dan (Kami buatkan pula) pintu-pintu (PERAK) bagi rumah-rumah mereka dan (begitu pula) dipan-dipan yang mereka bertelekan atasnya. (QS. 43:34) 


Al-Ma'aarij(70), ayat 8 
Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan PERAK. (QS. 70:8) 


Al-Insaan(76), ayat 15 
Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari PERAK, dan piala-piala yang bening laksana kaca, (QS. 76:15) 


Al-Insaan(76), ayat 16 
(yaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari PERAK yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. (QS. 76:16 


Al-Insaan(76), ayat 21 
Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari PERAK, dan Rabb memberikan kepada mereka minuman yang bersih. (QS. 76:21)




AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN DINAR 


Ali 'Imran(3), ayat 75 
Di antara Ahli Kitab ada orang yang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu DINAR, tidak dikembalikannya kepadamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui. (QS. 3:75)



AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN DIRHAM 

Yusuf(12), ayat 20 
Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa DIRHAM saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf. (QS. 12:20)



AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN LOGAM 
Ar-Ra'd(13), ayat 17 
Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya,maka arus itu membawa buih yang mengembang. Dan dari apa (LOGAM) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasaan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. (QS. 13:17)

Friday, February 25, 2011

Akhirnya Dapat Bertemu Pok Li PWM

Semenjak jatuh cinta dgn emas ni, RB teringin sangat untuk berjumpa dgn 3 otai emas malaya (Pok Li, En. Syukor n Dr. Luv). Impian dah jadi kenyataan. 2 dari 3 otai dah RB temui. Walaupun sikit ilmu yg sempat dikutip, sekurang-kurangnya perjumpaan secara peribadi memberi idea dan menambah ilmu yg masih kurang ni. Khamis (24 Feb 2011), RB sempat berseminar dgn Pok Li kat Public Gold Perling. Yg paling best, dapat menge'tea' bersama Pok Li , saudara Faeez Uncang Emas dan Hasfa... Amik berkat sket.. Hehe

Moto utama Pok Li, "Sharing is caring". Memang betul dia suka sharing, sampai kul 2 pagi dia sanggup melayan kami yg masih baru ni dengan macam2 soalan yg mungkin dia dah boring nak jawab. Terima kasih banyak2 Pok Li.. So, ari ni RB pun nak share sket apa yg RB dah blajar dgn Pok Li.

Pok Li lebih menekankan aspek pengurusan kewangan dalam seminar dia. Ilmu, matlamat yg jelas, pengurusan yg betul dan strategi yg mantap adalah asas dalam mana-mana pelaburan. Yg paling best, lebih 10 skill baru RB dapat blajar dari Pok Li. Nak tau apa dia skill pelaburan emas yg RB dapat korek tu?


Bersama Pok Li selepas Seminar

Kepentingan menguasai dan mengaplikasikan :
  1. OPM, Other People Money
  2. Leverage
  3. Networking
  4. Cash Flow
  5. Money Machine
  6. Tips Menjadi Tokey Emas
Cara Menggandakan Keuntungan Dalam Pelaburan Emas : (Ni Ilmu Yg Paling RB suka)
  1. Stok Sendiri
  2. Stok Multiply
  3. Free Stock
  4. OD Emas
  5. Open Market
  6. Manipulasi Ar Rahnu
  7. Overlap sebagai income
  8. Overlap untuk tambah pelaburan (Emas dan Hartanah)
  9. Bubble
  10. Skill Gaji
  11. Gaji dan Dinar
  12. Rempit
  13. Kredit Kad Overide dan,
  14. Angsa Emas
 Tak sabar nak dapatkan ilmu ni kan? RB pun tak sabar nak share ni... Memandangkan hari dah lewat ni, RB akan share semua ni dalam post seterusnya...... Hehe

Tuesday, February 22, 2011

Berita Harian 22 Feb 2011

Thursday, February 17, 2011

Sandarkan Harta Kita pada Emas

Ayat ni kita dah biasa dengar. Cuma kita tak ambil port sangat kan. Sandarkan harta pada emas. Walaupun dah tau, setakat ni RB hanya berkesempatan menyimpan, menjual dan manipulasi sket emas yg ada. Susah jugak nak mula sandarkan semua harta pd emas ni. Kena buat perubahan besar-besaran ni.

Jadi, untuk permulaan ni, RB memulakan langkah dengan menyandarkan harta baru RB dengan emas. Bukan harta mahal sangat pun... Set bilik tido jer (harta jugak ni) hehe... Meh RB kongsi sket caranya..


Last week RB berkenan dgn satu set bilik (Katil ngan Meja solek) kat Courts Mammoth. Harganya RM1899 cash. Klu beli ansuran, perlu down payment 10% (RM190) dan seterusnya RM 189.90 tiap bulan selama 10 bulan. Jadi, harga jualan dgn cara kredit tu jadi lebih kurang RM2089....

Dalam dok berkenan tu, RB terfikir nak praktik cara sandarkan harta dgn emas tu... RB tunda belian, balik umah dan buat sikit kiraan..

Harga Perabot : RM 1899

Belian Cash     : RM 1899
Belian Kredit   : RM 2089 ( RM1899 + RM 190 ) Payment RM 189.90 sebulan selama 10 bulan.


Cara yang RB gunakan utk belian perabot tu.. 


Dengan bermodalkan sekeping bar 20g emas yg jd stok jualan RB, bar tu RB Ar-Rahnukan kat Agro Bank. 


Emas Cagaran   : Bar 20g
Nilai Marhum    : RM 3316 ( 20g x RM 165.80)
Pinjaman            : RM 1900 (57% dari marhum, depa kira 60%)
Upah bulanan    : RM 19.90 ( RM 0.60 bagi setiap RM100 pinjaman)


Memandangkanbelian cara hutang tu ambik masa 10 bulan. So RB akan cuba langsaikan hutang kat pajak tu selama 10 bulan jugak.
Jadi bayarannya ialah RM 209.90 sebulan selama 10 bulan.
Kiraan bayaran bulanan tu camni.

Pinjaman tiap bulan  : RM 190 (RM1900/10 bulan)

Upah                           : RM 19.90
Bayaran Bulanan       : RM 209.90 (RM 190 + RM19.90)



Apa yg RB dapat dengan cara ni berbanding belian secara cash atau ansuran dgn Courts?

Belian Cash : Kos RM1899 & dapat perabot

Belian Hutang : Kos RM 2089 & dapat perabot
Sandarkan dgn Emas : Untung RM463 & dapat perabot

                    (Perabot + Nilai Emas selepas 10 bulan) - (Modal Emas Asal + Bayaran Ar Rahnu)
                    ( 1899 + 3979) - (3316 + 2099)


*Ambil kira kenaikan emas 24% purata setahun

Saturday, February 12, 2011

USD5000/oz, Tingginya Impian Dan Harapan

Rockwell Richard, Pengasas Syarikat Perlombongan Emas Terbesar Kedua di Dunia Mengatakan Harga Emas Akan Mencapai USD5,000 Per Ounce! Kenapa? Terlalu tinggi utk kita percayai? Mungkin mamat ni alasan tersendiri kenapa kenaikan harga Emas boleh mencapai USD 5,000/ounce..

Jom kita tgk, apa alasannya... adakah ianya realistik atau sekadar "marketing" strategi utk melariskan stok dia... Ala, mcm kata-kata Penjual Emas kat luar tu... "Emas confirm naik, so beli, jgn tak beli"..

(Translate kenyataan Rockwell dgn bahasa RB yg x berapa terrer English ni)

1. INFLASI
Jika kita tak berkesempatan mengambil peluang kenaikan emas sejak 2000 sehingga kenaikan sekarang mencapai 400%, maka bertahanlah kerana perkara yg sama akan berulang lagi dgn lebih mudah.  Bank pusat diseluruh dunia telah melancarkan pakej stimulus bernilai USD 12 Trillion yg melebihi 2 kali ganda wang yg berada dipasaran US. Percetakan wang secara besar-besaran ini tidak pernah berlaku dlm sejarah US dan ianya merupakan petanda awal keruntuhan sistem kewangan dan peningkatan menggila inflasi. (Dia x sebut crazy, tp RB rasa tu maksudnya, hehe)

So, back to basic, Hubungan Dollar vs Emas. Jika Dollar semakin hilang kekuatannya, apa terjadi pada emas? NAIK, NAIK, NAIK, NAIK dan terus NAIK.....

(RB : Naik tinggi-tinggi, kalau jatuh memang sakit)


2. PERMINTAAN
Bukan anda sahaja yg mengetahui perkara ini, hampir semua pelabur mengetahuinya dan telah mengambil langkah menyimpan emas dgn kadar yg banyak dari sebelumnya. Semasa US lena dibuai mimpi, Pelabur India, China dan Rusia memulakan langkah awal dengan menyimpan stok emas mereka dalam pelbagai bentuk pelaburan.
Jadi, berdasarkan prinsip asas penawaran, jika permintaan meningkat secara langsung harga emas akan terus meningkat...
(RB : China dah menukar hampir separuh pegangannya dalam USD kepada emas secara beransur-ansur. Klu x silap RB hampir 1.6 Trillion. Dan sebenarnya, China merupakan antara penyumbang/pelabur dalam ekonomi US. Klu China dah mula mengalihkan arah dari bergantung pd US, dgn menjana ekonomi sendiri, secara pasti kita boleh katakan ekonomi US akan terkesan. Tu belum kira lagi seruan China yg menggalakkan rakyatnya menyimpan emas. Klu 1g je setiap rakyat China menyimpan, dah berapa byk permintaan terhadap emas berlaku)

3. FOLLOW THE CROWD
Pernahkah dengar ungkapan "Jika anda ingin menjadi kaya, ikuti apa yang orang kaya labur" So, siapakah antara yg terbaik dalam bidang pelaburan ni? Black Rock Inc salah satu sykt pengurus pelaburan terbesar mengatakan bahawa kini kita berada dlm proses Turning Point ... Untuk pertama kalinya dalam sejarah 20 tahun, Bank Pusat telah menjadikan EMAS sebagai stok utama mereka..

4. KRISIS MATA WANG MASA HADAPAN
Dunia telah menyaksikan beberapa kali kejatuhan sebuah negara yg besar akibat krisis mata wang. Portugal, Sepanyol, Itali, Ireland, Iceland, dan Yunani. Kita juga telah melihat krisis mata wang yg melibatkan US yg menyebabkan hampir semua negara lain terkesan. Faktornya ialah kerana mata wang ciptaan tak akan bertahan lama. Tiada satu pun mata wang didunia ini boleh bertahan dan mengekalkan nilainya. Kini kita berada diambang kejatuhan mata wang kuasa terbesar ekonomi dunia. Apa akan jadi bila ini berlaku? EMAS akan mengambil alih kedudukan tersebut.... Naik, naik dan naik lagi...



APA KATA ANDA??

Thursday, February 10, 2011

Emas Sentiasa Naik - Jangan Terlalu Positif

Bila RB mulakan pencarian pasal Emas, hampir kesemua artikel dan bahan yg RB jumpai mengatakan Emas sentiasa naik, emas tak akan jatuh banyak, emas menguntungkan dan emas boleh jadi ibu kekayaan... Betul ke? Betul.... Tapi ada salahnya...... 

Bila kita dah mula menyimpan sedikit syak mengenai pelaburan emas ni, info yg kita tak nak tau akan kita jumpai. Info pahit disebalik kegemilangan emas ni membuatkan RB tak senang duduk jugak bila dah mulakan langkah dalam pelaburan emas ni...

Ramai dikalangan kita menganggap atau dipaksa percaya (penjual emas la tu) bahawa emas ialah pelaburan "bebas risiko" kan. Depa kata, emas takkan turun harga, kalau turun pun sikit. TAPI ayat "kalau TURUN" tu yg paling menggusarkan RB. Bila bercerita pasal emas, ramai yg akan membandingkan dgn pulangan ASB, Tabung Haji atau simpanan tetap yg malu-malu nak bagi pulangan tu. Hehehe..

Jika kita dah lama dalam dunia pelaburan atau rajin mencari ilmu bab ni, kita pasti terdengar statement ni, " Satu hari nanti, harga minyak akan naik kerana minyak dah nak habis". Jika kita melabur kerana fakta tu, kita pasti kerugian kerana harga minyak yg rendah sekarang.

Macam tu jugak klu kita membeli hartanah sekitar KLCC (sebagai contoh), kononnya harga hartanah area tu akan naik kerana tanah yg terhad. Klu anda memulakan pelaburan 2 tahun lalu (sekitar RM1,200/sqft), pasti anda menggigit jari kerana harganya menjunam kepada RM600-700/sqft tahun lepas, walaupun kini harganya semakin pulih sekitar RM1,000/sqft.

OK, jom kita tengok Emas pulak...


Kalau anda perhatikan, emas melonjak naik sehingga 4 kali ganda (USD200 ke USD800) sekitar tahun 1980 sama seperti minyak yang naik 2 kali ganda (USD20 ke USD40). Ini bukan kebetulan.
Harga minyak naik kerana gangguan pengeluaran minyak Negara OPEC. Harga minyak yang naik menyebabkan inflasi meningkat, yang mana penyimpanan emas dianggap tempat terbaik untuk menyelamatkan nilai kekayaan.

CUMA, apabila harga emas naik terlalu tinggi, pelabur terpaksa berfikir berkali-kali utk terus menjadikan emas sebagai sandaran kekayaan mereka. Ini menyebabkan kejatuhan harga emas hampir 50% kepada USD400, seiringan dgn kejatuhan harga minyak (50%) apabila negara-negara OPEC mula meningkatkan pengeluaran minyak mereka.


Apa yg pahitnya, jika pada awal 80-an tu kita dah meleburkan semua harta utk melabur dalam emas dgn andaian "EMAS TAK JATUH", kita terpaksa menunggu 27 tahun (sehingga 2007) utk dapat balik modal kita. Mati terkangkang la den kalo gitu.. Cuba bayangkan kerugian yg terpaksa ditanggung (susut nilai matawang) dan kerugian kerana hilang pulangan (Fix income yg segan nak bagi pulangan tu dah bleh bagi 50-70% dlm 27 tahun)

Bayangkan pulak klu time kita tgh syok melabur ni, situasi tu berulang kembali.... RB dah takutkan diri sendiri ni..

Pesanan RB : Walaupun EMAS diakui sebagai penyimpan nilai kekayaan dan boleh dijadikan instrumen pelaburan yg berpotensi, emas tetap terdedah kepada risiko. Emas adalah komoditi walaupun ianya unik. Emas terdedah kpd supply and demand. Emas terdedah pd manipulasi walaupun sukar dilakukan. Dan yg paling penting, EMAS bukanlah segala-galanya.... Jadi, timbangkan risiko dlm setiap pelaburan yg dibuat. Tambah ilmu berkaitan emas sebelum melabur. Agihkan pelaburan dlm beberapa instrumen dan jgn tamak....
DAN satu lagi pesanan, Harga emas tidak akan naik menggila walaupun ekonomi US jatuh berdebuk.

TAPI secara peribadi, emas tetap menjadi pilihan RB utk beberapa tahun mendatang. Kita sama-sama revise balik nanti. Ilmu yg masih kurang ni x dapat dijadikan fakta, tetapi boleh dijadikan sikit panduan.

Monday, February 7, 2011

Piawaian Dinar & Dirham (WIM)

Kat Bawah ni merupakan piawaian Dinar & Dirham yg dikeluarkan oleh World Islamic Mint (WIM) iaitu badan yg mengeluarkan standard berdasarkan peraturan shariah bagi pengeluaran syiling, dinar dan dirham. Rekabentuk dan proses pembuatan yg mengikut syarat akan memperolehi lesen berkaitan dari WIM.

PIAWAIAN DINAR

1/2 Dinar 2.125 gram (22 karat, 917) Diameter: 16 mm
1 Dinar 4.250 gram (22 karat, 917) Diameter: 21 mm
2 Dinars 8.500 gram (22 karat, 917) Diameter: 22 mm
5 Dinars 21.25 gram (22 karat, 917) Diameter: 25 mm
8 Dinars 34.00 gram (22 karat, 917) Diameter: 32 mm
(Ketulenan 917 ~  916 @ 916.6666666666)


PIAWAIAN DIRHAM

1 Dirham 2.975 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 22 mm
2 Dirham 5.950 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 25 mm
5 Dirham 14.875 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 32 mm
10 Dirhams 29.75 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 41 mm
20 Dirhams 59.50 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 50 mm

Friday, February 4, 2011

Emas Putih

Cedokan dan Ubahsuai Artikel Dari http://www.hargaemas.com.my/

Emas putih merupakan emas yang telah mengalami proses pemutihan. Proses pemutihan tersebut dilakukan dengan melibatkan reaksi kimia dan juga perubahan struktur atom. Proses pemutihan atau dikenali  sebagai “bleaching” ini biasanya mencampurkannya dengan logam “Nikel” yang lebih murah dan hasilnya adalah adalah hampir kepada platinum dari segi struktur, rupa dan ciri logamnya . Untuk info anda, semua logam didunia ini berwarna putih kekelabuan kecuali emas dan tembaga. Sebab itu salah satu cara untuk menguji keaslian emas, anda melalui torehan pada batu hitam sahaja.


Emas putih ini sudah menjadi trend sejak tahun 1920-an  lagi sebagai pengganti platinum, kerana harga platinum yang lebih mahal dan memerlukan suhu yang sangat tinggi untuk dibentuk menjadi barang perhiasan. Dari segi ekonomi, penggunaan suhu yang tinggi ketika harga minyak dan gas yang  melonjak naik seperti sekarang sangat merugikan.

Untuk perhiasan, amat jarang perhiasan dihasilkan menggunakan emas tulen 24 karat kerana ia terlalu lembut. Kerana itu, dalam mengubah atau membentuk emas tulen menjadi emas perhiasan, emas akan dicampurkan dengan bahan logam lain untuk menguatkan strukturnya. Untuk kualiti, hasil emas putih biasanya sekitar 17 karat. Bila kita melihat emas putih yang berkilat, biasanya perhiasan tersebut sudah ditambah lapisan rodium. Bahan rodium ini digunakan untuk disadurkan kepada emas putih, bukan emas tulen. Dan apabila usia emas putih tadi meningkat, lapisan rodium ini biasanya akan mula menipis dan hilang. Emas putih ini perlu dijaga dengan baik, dan sentiasa perlu disadur untuk memastikannya terus berkilat.

Harga emas putih lebih rendah sedikit berbanding emas kuning. Emas putih biasanya dijadikan perhiasan yang dijual beli di kedai-kedai emas sebagai cincin emas putih, kalung emas putih, gelang emas putih dan sebagainya. Dan perlu diketahui emas putih ini SEMEMANGNYA tidak sesuai untuk dijadikan salah satu bentuk pelaburan kerana kualiti emasnya yang rendah, nilainya boleh jatuh sehingga 70% daripada nilai belian.

Link Sumber Cedokan RB : http://www.hargaemas.com.my/

Kata RB : Mungkin ramai dikalangan kita yg masih terkeliru diantara EMAS PUTIH dan PLATINUM. Dua bahan ini adalah logam yg berbeza walaupun kedua-duanya dijadikan perhiasan. Emas Putih tetap mempunyai campuran emas sedangkan platinum adalah unsur berlainan sama sekali dgn emas.
Oleh itu, emas dan emas putih hanya boleh dijadikan perhiasan utk wanita. HARAM bagi lelaki memakai emas, emas putih atau apa saja campuran yg melibatkan emas. Kekeliruan ini RB utarakan kerana terdapat sebahagian dari kita yg menyangkakan Platinum ialah nama sebenar bagi Emas Putih...

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:

"halal buat orang-orang perempuan."