Senarai Artikel
-
▼
2010
(28)
-
▼
November
(11)
- Koleksi Barangan Mewah Sultan Brunei
- Harian Metro 27 Nov 2010
- Faedah Pelaburan Dalam Jongkong Emas Public Gold
- Penyelesaian Masalah Matawang : Dinar dan Dirham?
- SCAM : Bank Negara Malaysia Investigates The Gold ...
- Emas DiMalaysia
- Berhati-Hati Sebelum Membeli Atau Menyimpan Dinar ...
- SCAM : Pelaburan EMAS ditempat yang tidak sah
- KITA Dan EMAS
- Artikel Berkaitan Wang Kertas & Dinar (Majalah Sol...
- Bilakah Waktu Terbaik Menyimpan Emas?
-
▼
November
(11)
Info Raja Bukit
- MaLaYNeuM aka Raja Bukit
- Manager : -- Rangkaian Emas Raja Bukit --------- ERB MILLENIUM GOLD (JM0607971-P)-----Kerjaya : Pendidik di Selatan Johor Apex TM : Internet n affiliate biz, marketing n ebook seller. EMAS : Khidmat nasihat pelaburan dan manipulasi emas. Dealer Sinar Gold, Public Gold n GCP. Contact : (0127594049)
MODUL EMAS RAJA BUKIT
MODUL EMAS RAJA BUKIT
Pelawat Minggu Ini
Rakan RB
Harga Emas Terkini
Blog Sifu-Sifu
Web Sykt Penaung
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049
Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas
Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.
Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)
Sebagai contoh,
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!
Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!
Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!
Berbaloi kan???
Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.
Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?
2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.
Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar
Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)
Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :
1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas
Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.
Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..
MODUL EMAS RAJA BUKIT
-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-
Sunday, November 28, 2010
Koleksi Barangan Mewah Sultan Brunei
Saturday, November 27, 2010
Thursday, November 25, 2010
Faedah Pelaburan Dalam Jongkong Emas Public Gold
- Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer mencipta rekod ("The Malaysia Book of Record").
- Cantik (Boleh dijadikan sebagai hadiah).
- Kos pelaburan jongkong emas yang paling murah di Malaysia.
- Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
- Anda akan memiliki emas fizikal. Beli emas dan dapat emas.
- Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam (Syarikat pertama di Malaysia).
- Anda boleh menempah harga emas tertentu. (Lock Harga melalui agen dilantik)
- Memberi jaminan membeli balik emas kami mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya, atau bengkok. (Tiada syarikat lain menjamin belian balik emas mereka walau hanya sarung dibuka)
- Stok sentiasa ada. (Jongkong dikilangkan sendiri di Pulau Pinang)
- Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.
- Mempunyai agen dan cawangan di seluruh Malaysia. (Mudah dibeli dan dijual).
Sunday, November 21, 2010
Penyelesaian Masalah Matawang : Dinar dan Dirham?
Financial Times – August 13, 2010 Malaysia looks to ancient alternative currency – goldKerana kejahilan kita, sifat tak ambil thau atau tidak mendapat info berkaitan, kita masih belum menyedari bahawa masalah dan kekangan kewangan yg kita hadapi berpunca dari sistem ekonomi konvensional yg digunapakai seluruh dunia. Hutang kita makin bertambah, inflasi, pengangguran, kadar faedah melambung, harga barangan meningkat, jurang antara dan miskin meningkat, keruntuhan moral sebenarnya secara langsung disumbang oleh kegagalan sistem yg berasaskan konvensional atau RIBA.
In a move applauded by some local Muslims, the state government of Kelantan said it was introducing a new monetary system featuring standardized gold and silver coins based on the traditional dinar and dirham coins once used by the Ottoman Empire.
Nik Abdul Aziz, the state’s chief minister, spoke in visionary terms of an economy in which state civil servants would be paid in the new sharia currency, and the poor would be protected against inflation by the intrinsic value of the precious metals used to produce it.
About 1,000 shops and restaurants in the state have said they will accept the new currency, which follows an earlier issue of gold dinars in 2006. The coins comply with traditional Islamic teaching on the use of coins with intrinsic value as a medium of exchange, rather than paper money.
Salah satu punca kegagalan utama ialah penggunaan mata wang yg tidak bersandar dan mudah dipengaruhi oleh manipulasi pihak tertentu. Penyelesaian terbaik ialah kembali semula kepada emas yg mempunyai nila yg amat stabil dan diakui sejak dahulu lagi. Mungkin sukar untuk terus menggunakan emas sebagai sandaran kerana faktor tertentu. Tetapi sebagai langkah awal, kita boleh memulakan langkah pertama dgn menyimpan emas sedikit demi sedikit.Oleh itu, simpanlah Dinar & Dirham.........
Thursday, November 18, 2010
SCAM : Bank Negara Malaysia Investigates The Gold Label Sdn Bhd
Scam: Bank Negara Malaysia Investigates The Gold Label Sdn Bhd
Monday, November 15, 2010
Emas DiMalaysia
"Pada pandangan Raja Bukit, Emas menjadi pilihan utama pelaburan kerana dengan sedikit manipulasi sistem yg ada dinegara kita, kita boleh meningkatkan nilai pelaburan berkali ganda berbanding instrumen yang lain. Emas juga dilihat sebagai instrumen yg paling selamat selain hartanah dan saham amanah tertentu"
Pandangan beliau, menyimpan emas fizikal adalah lebih baik berbanding membuka akaun emas. Emas yg berada dalam simpanan sendiri lebih memberikan keselesaan, rasa selamat dan memberikan jaminan jika berlaku krisi ekonomi yg teruk.
Thursday, November 11, 2010
Berhati-Hati Sebelum Membeli Atau Menyimpan Dinar Emas
Kebelakangan ini, Dinar Emas semakin menjadi pilihan sebagai satu aset dan simpanan. Makin ramai individu dan syarikat menawarkan Dinar Emas kepada umum. AWAS, sebilangan PENJUAL EMAS tidak begitu telus dalam menjual produk mereka. Mungkin banyak info yg disembunyikan disebalik keuntungan yg diwar-warkan. Setiap produk Dinar Emas yg dikeluarkan mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan tersendiri walaupun ianya telah dihasilkan mengikut standard yg sama. Sebagai langkah berjaga-jaga, elok kita selidiki dan mengambil kira beberapa faktor sebelum menyimpan Dinar :
1) Siapa yang menjual? Orang baru atau telah lama. Pastikan kita mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang penjual. Bertanya soalan berkaitan emas sebanyak mungkin dari penjual. Pastikan Informasi yang diberikan tidak bercanggah, tidak teragak-agak dan memaksa. Penjual yg benar-benar berilmu dan ikhlas membantu, sentiasa memberikan kita pilihan, menyatakan baik buruk pembelian dan tidak menekan kita untuk membeli. Berurusan hanya setelah kita benar-benar yakin...
2) Dinar bukanlah pilihan pelaburan. Dinar adalah pilihan simpanan yg berupaya menyimpan nilai sebenar kekayaan kita, tetapi dalam jangka masa yg sama, Dinar boleh meningkatkan pulangan simpanan kita. Jongkong, Bar dan Syiling Emas adalah pilihan terbaik pelaburan emas. Oleh itu, jika penjual menyatakan keuntungan semata disebalik pembelian Dinar, pilih option kedua. Cari Penjual atau agen yang lain.
3) Sekiranya syarikat yang menguruskan penjualan, pastikan kesahihan kewujudan syarikat tersebut. Perhatikan prosesnya samada ada "terlalu bagus" atau tidak. Adakalanya yang terlalu bagus, tidak semestinya bagus. Mungkin indah khabar dari rupa. Tunjukkan dan bincangkan operasi syarikat tersebut kepada rakan-rakan atau sesiapa yang mahir tentang Dinar Emas.
4) Lakukan banyak analisa dengan membuat rujukan di internet dan bertanya kepada kawan-kawan atau memasuki forum yang bercerita tentang Dinar Emas. Perhatikan feedback orang lain tentang sesuatu jenis Dinar.
5) Ambil masa untuk menyimpan dalam Dinar Emas, anda tidak perlu rasa terburu-buru. Memang elok jika dapat menyimpannya dengan segera, tetapi anda perlu mempersiapkan diri anda dalam ilmu Dinar Emas, iaitu benar-benar memahami kenapa anda perlu menyimpannya dan dari siapa anda patut mendapatkannya.
6) Banyak-banyak bersabar untuk mendapatkannya, kerana yang baik itu kadang-kadang sukar, tetapi yang tidak baik senang sahaja nak mendapatkannya.
Monday, November 8, 2010
SCAM : Pelaburan EMAS ditempat yang tidak sah
Saturday, November 6, 2010
KITA Dan EMAS
Dimana KITA sekarang???
Pemerhati/Pembeli/Pelabur atau Tokey Emas???
Agaknya dimanakah kita berada? Meh kita sama-sama tengok kat kategori mana kita sekarang.
1. Tak Tau, Tak Ambil Tahu @ Buat-Buat Tak Tau – Orang yang paling rugi. Semestinya bukan pembaca blog ni. Selepas membaca blog ni, sekurang-kurangnya gunakanlah ilmu yg ada utk sebarkan tentang emas. Dengan bertukar pendapat, mungkin lebih banyak info yg kita boleh kongsikan dengan masyarakat sekeliling kita.
2. Dah Tau, Tapi Tengok Je Dulu (Pemerhati) Dah tau, tapi masih berkira-kira dan teragak-agak untuk memulakan langkah pertama. Sebenarnya anda lebih rugi dari golongan pertama. Sikap bertangguh merugikan kita dalam semua kerja. Xpe, tengoklah dulu yeee...
3. Dah Tau, Dah Mula Menyimpan Berdikit-Dikit (Pembeli) Syabas. Anda telah memulakan langkah yg betul, tetapi masih lagi rugi berbanding pelabur kat bawah.
4. Gunakan Emas Sebagai Pelaburan (Pelabur) Anda memang hebat. Dengan kaedah yang betul, anda pastinya dapat menggandakan pulangan pelaburan anda ditahap maksimum. Tambah ilmu, tambah rakan sealiran dan kongsi ilmu anda. Tapi anda masih lagi rugi, hehe.....
5. Tokey Emas Untung berbaloi-baloi.... Raja Bukit la tu... Nak tau rahsianya?????
Jangan Bertangguh Lagi, Call RB aka Cikgu Mat untuk berkongsi peluang menjadi TOKEY EMAS yg berjaya : 012-7594049 / eragon_jjd@yahoo.com.my
Wednesday, November 3, 2010
Artikel Berkaitan Wang Kertas & Dinar (Majalah Solusi) Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Monday, November 1, 2010
Bilakah Waktu Terbaik Menyimpan Emas?
Kecenderungan naik dan turun HARGA ini berkait dengan nilai USD. Nilai sebenar emas tidak mengalami perubahan ketara. Sejak dari dulu, nilai emas hampir tiada perubahan berbanding barangan lain. Berat emas yg sama tetap dapat membeli sejumlah barang yg sama pada hari ini. (Contohnya 1 Dinar Emas sama nilainya dengan seekor kambing, 1 Dirham bersamaan dgn seekor ayam standard).
Satu-satunya nilai yg berubah ialah mata wang. Pengaruh inflasi menyebabkan semua mata wang dunia mengalami penurunan sejak dari dulu lagi. Penggunaan mata wang fiat ini sebenarnya merugikan banyak pihak. Jika mata wang makin hilang nilainya, kenapa kerajaan tidak bertukar kepada emas? Sebenarnya, pelaksanaan penggunaan emas sebagai sandaran mata wang boleh dilakukan tetapi memerlukan perancangan dan memakan masa utk direalisasikan. Memandangkan dunia dan Kerajaan Malaysia belum memulakan usaha kearah tersebut, cara terbaik yg boleh kita lakukan ialah dengan menyimpan emas secara peribadi untuk melindungi nilai wang fiat kita.
JADI, BILAKAH MASA YG SESUAI MEMBELI EMAS?
Jawapannya ialah SEKARANG... Setiap waktu adalah waktu terbaik untuk membeli emas.
Jika anda menyimpan emas fizikal, belian emas secara berkala merupakan kaedah terbaik untuk memuratakan kos belian. Jika anda pelabur, belian emas secara lump sum boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Memandangkan emas sesuai dijadikan pelaburan jangka masa panjang, masalah naik turun harga emas hanya memberikan sedikit kesan kepada pulangan kita.
Kategori artikel
- ANALISIS RAJA BUKIT (12)
- AR RAHNU (9)
- Artikel/Keratan Akhbar/Majalah (20)
- DINAR (6)
- EMAS DAN PELABURAN (12)
- Emas Sana Sini (6)
- INFO AM (45)
- PERAK dan DIRHAM (6)
- PERLU TAHU (24)
- RAJA BUKIT (5)
Entri Popular RB
-
Emas Batangan Palsu Lambakan produk emas dipasaran sekarang memungkinkan kita terkena atau tertipu semasa membeli emas. Lebih-lebih lagi ...
-
SERAMBI EMAS : SIMPANAN EMAS AR RAHNU ADALAH PERNIAGAAN Menarik bukan? Simpanan yang menjadi perniagaan yg menguntungkan... Tapi betul ke ia...
-
Tentunya pembaca semua pernah terdengar bab emas lelong ni kan. Cuma mungkin ada yg belum pernah mencuba atau mungkin tak tau cara bagaimana...
-
Beberapa hari ni RB ditawarkan peluang menyertai VGMC, sebuah sykt pelaburan emas yg melibat jual beli saham secara maya. Dah jd tabiat RB, ...
-
Nampaknya bank-bank tempatan dah mula mempelbagaikan produk pelaburan khususnya melibatkan emas ni. Kini CIMB pula melancarkan produk pelabu...
-
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah: Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) Perbezaan utama antara A...
-
Apa tunggu lagi... Diskaun tetap 4% menanti anda... Diskaun tambahan hingga 8% jika kena caranya Klik Untuk Ke Galeri Produk 4% disk...