RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Info EMAS

CIRI-CIRI EMAS
 
EMAS ialah elemen kimia yang hanya boleh dijumpai dan TIDAK boleh dicipta. Emas dikenali kerana keunikannya, nilainya, lambang kemewahan, serta antara komponen utama dalam industri pembuatan kerana sifat semulajadinya. Sehingga kini, hampir 161,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia. Secara kasarnya, ianya menyamai 5.175 billion troy auns. Berikut merupakan beberapa ciri emas :-

Simbol Kimia : Au
No Atom : 79
  Berat Atom : 196.967
Specifik Graviti : 19.32
Kekuatan Tegangan : 11.9
Titik Kecairan : 1,063 darjah
Kekerasan (Brinell): 25
 
KARAT - Nisbah Ketulenan Emas
 
Karat ialah nilai ketulenan emas yang dialoikan. Settiap nilai Karat mempunyai ratio ketulenan  1/24 ­, yang menunjukkan nilai ketulenan untuk setiap 24 bahagian. Sebagai contoh, emas 24 Karat ialah emas tulen (kandungan emas sehingga 99.99%), manakala emas 18 Karat mengandungi  ¾ emas dan ¼ aloi (Dictionary of international trade: handbook of the global trade community by Edward G. Hinkelman). Berikut merupakan antara contoh yang penggunaan karat dalam pembuatan emas: -
24-karat = 0.995 to 0.000 pure (fine) gold
22-karat = 0.916 pure (fine) gold
18-karat = 0.750 pure (fine) gold
14-karat = 0.583 pure (fine) gold
10-karat = 0.4167 pure (fine) gold
 
Sumber: The ABCs of Gold Investing "How to Protect and Build Your Wealth With Gold" Second Edition - Michael J. Kosares
  

Berat & Timbangan Emas
 
Secara umumnya, emas dinilai dan diperdagangkan dengan sistem berat troy auns (troy ounces). Sistem timbangan ini mula diaplikasikan oleh U.S Mint bagi penghasilan syiling mereka pada 1828. Secara asasnya, 1 troy auns mempunyai berat bersamaan dgn  0.031kg atau 31 gram. 
Jadual dibawah menunjukkan timbangan dalam unit tradisional dan sistem metrik :
 
         Troy Ounce                 Kilogram             Gram     
 1  0.031104 31.104
 12  0.37325  373.25
 32.150  1.000 1000
 
Sumber: (http://www.galmarley.com/framesets/fs_fundamental_properties_faqs.htm)