RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Friday, January 28, 2011

CIMB BGDA - Produk Pelaburan Emas Terbaru

Nampaknya bank-bank tempatan dah mula mempelbagaikan produk pelaburan khususnya melibatkan emas ni. Kini CIMB pula melancarkan produk pelaburan emas melalui buku akaun yg dinamakan CIMB BGDA (CIMB Bank Gold Deposit Account). Kini kita dah ada 4 peluang menyimpan emas melalui buku akaun selain Maybank, Public Bank dan KFH kat Malaysia ni. BGDA ni dilancarkan pada 17 Januari 2011 lepas dan mempunyai syarat yg hampir sama seperti akaun emas yg lain.

  • Buka Akaun   : Pembelian awal minima 10 gram & dapat buku simpanan.
  • Beli & Jual     : Minimum 5 gram dgn tambahan 1gram
  • Debit / Kredit Simpanan / Pengeluaran Emas melalui Akaun Simpanan / Semasa.
  • Pengeluaran dalam bentuk emas fizikal dgn berat 100g setiap satu
 Untuk maklumat lanjut, korang bacalah sendiri kat web CIMB. Cerita byk pun RB x dpt komisyen. Hehe
 Maklumat lanjut : 1 300 880 900 / www.cimbbank.com.my / CIMB Gold Deposit Account
    PS : Akaun Emas ni sesuai utk penyimpan jangka panjang yg x nak pening2 simpan emas depa yg berketul-ketul tu. Keuntungan hanya berlaku bila jualan balik melebihi harga belian. So, manipulasi dan peluang menggandakan pelaburan agak terbatas berbanding emas fizikal.

    2 comments:

    kaklong said...

    salam,
    berkenaan dengan penyimpanan wang sebagai ganti beli secara fizikal tu, apakah hukumnya dlm islam kita cara penyimpanan? sebab kalo kita simpan emas secara fizikal lebih dari berat semasa yg ditetapkan dlm islam akan dikenakan zakat emas? so, mcm ne dgn kaedah ini?
    mari kita bincang sama2..

    MaLaYNeuM aka Raja Bukit said...

    Salam...
    Betul, emas fizikal yang disimpan WAJIB dibayar zakat jika cukup haul dan nisabnya.

    Berkenaan dgn pembelian emas melalui buku akaun. RB kongsikan link UZAR untuk pemahaman kita bersama.

    http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=764&Itemid=72

    Setakat yg RB ketahui, hanya Maybank GSPA dan KFH Gold Account yg menyediakan emas sebaik sahaja akaun simpanan emas dibuka.

    Saranan RB jika ingin membuka akaun melalui Bank, KFH merupakan pilihan terbaik kerana produknya patuh syariah..

    Walaubagaimanapun, belian emas fizikal paling terbaik

    Post a Comment