Jawapannya the Power of Compounding !
Info Raja Bukit
- MaLaYNeuM aka Raja Bukit
- Manager : -- Rangkaian Emas Raja Bukit --------- ERB MILLENIUM GOLD (JM0607971-P)-----Kerjaya : Pendidik di Selatan Johor Apex TM : Internet n affiliate biz, marketing n ebook seller. EMAS : Khidmat nasihat pelaburan dan manipulasi emas. Dealer Sinar Gold, Public Gold n GCP. Contact : (0127594049)
MODUL EMAS RAJA BUKIT
MODUL EMAS RAJA BUKIT
Pelawat Minggu Ini
Rakan RB
Harga Emas Terkini
Blog Sifu-Sifu
-
-
-
LELONGAN 414 years ago
-
-
-
Web Sykt Penaung
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049
Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas
Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.
Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)
Sebagai contoh,
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!
Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!
Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!
Berbaloi kan???
Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.
Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?
2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.
Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar
Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)
Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :
1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas
Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.
Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..
MODUL EMAS RAJA BUKIT
-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-
Wednesday, May 23, 2012
KELEMAHAN EMAS & PERAK
Jawapannya the Power of Compounding !
Monday, May 21, 2012
TIPS PELABURAN MINGGU INI
Pasaran emas & perak menjunam dari September 2011 hingga sekarang. Bermacam analisis dikeluarkan otai-otai dan den merumuskan bahawa penurunan dah berlaku ditahap maksimum. Harga emas & perak kini bermain disekitar yang sama dan merupakan harga terendah yang berlaku untuk tahun ini. Hanya menunggu masa untuk kembali mendaki walaupun mengambil masa yang agak lama. Mungkin lebih dari 9 bulan bermula sekarang untuk kedua-dua logam ini kembali mengatasi harga tertinggi.
Sedikit Data :
Berdasarkan data dari kitco,
- Penurunan harga Emas sebanyak 20%. Penurunan Perak hampir 71%. Kenaikan yang berlaku bakal menyaingi kembali harga yang jatuh teruk. Potensi Pelaburan PERAK mendahului dgn kelebihan lebih 50%.
- Ratio antara Emas : Perak 1 : 39 ke 1 : 56. Menunjukkan perbezaan nilai gram Perak yang jauh lebih baik dari Emas sejak penurunan berlaku. Perak sepatutnya menjadi pilihan utama pelabur yg mementingkan keuntungan. Jika anda mengamalkan konsep TUKAR GANDA, sekarang adalah masa yg sesuai utk menukarkan Emas kepada Perak.
CADANGAN DEN :
- Beli Perak Secara Averaging setiap minggu sehingga 2 bulan kehadapan dengan modal yg ada. Peram dan jual kembali selepas 6-9 bulan. Keuntungan pastinya melebihi 50%.
- Jika anda tidak dapat melepaskan keinginan untuk tetap memiliki emas. Beli emas dengan kesemua modal yang ada. Ar Rahnukan dengan pinjaman maks dan beli Perak dengan wang tersebut. Jualkan sebahagian perak untuk melangsaikan jumlah pinjaman & upah simpan. Pastinya sebaik sahaja pinjaman langsai, nilai pelaburan awal melebihi 50%...
DEN KIRAKAN SEBAGAI CONTOH :
MODAL 10K
Harga BK 916 SG = RM155/g
Rate Ar Rahnu X = RM170/g
Harga Perak PGold = RM350 utk Bar 100g
1. Beli Emas dengan nilai 10k, dapat 65g
2. Ar Rahnukan 70% dan dapat RM7735
Upah simpan sebulan = RM83
Bayaran Pinjaman sebulan = RM1372
3. Beli Perak dengan modal pinjaman RM7735
Dapat 22 jongkong 100g PG
4. Selepas 6 bulan, jualkan 2 keping Silver dan bayar upah simpan & Tukar Surat atau apa saja skill yg anda tahu untuk memanjangkan tempoh pinjaman sehingga 6 bulan seterusnya.
5. Selepas 6 bulan (Setahun dari awal proses), dgn anggaran kenaikan menyamai asas permulaan kiraan iaitu kenaikan silver menjangkau 70%.
Jual 14 keping Silver untuk menampung bayaran pinjaman dan upah.
= 14pc x RM350 X kenaikan 70% = RM8330
Kos pinjaman = 7735 + Upah RM83 x 6 bulan = RM8233
6. Tebus kembali Emas terpajak anda..
Akhir proses, anda mendapat kembali 65g emas + 6pc jongkong 100g Perak dan sedikit duit kopi.
Nilai keuntungan : 65g emas x RM155 x 20% kenaikan = RM12090
6 x 100g Perak x RM350 x 70% kenaikan = RM3570
Jumlah Keuntungan = RM5660 @ 56%
Friday, May 4, 2012
Perbandingan Harga
| HARGA SEMASA SG |
1. Harga terendah dgn kualiti yg sama.. (Harga rendah = Lebih byk gram) Kenapa bayar lebih?
2. Spread yg rendah mempercepatkan keuntungan
3. Gerenti Buy Back
Thursday, May 3, 2012
Carta Perbandingan Emas : Masihkah Emas Pelaburan Terbaik?
Kita lihat pula graf emas yg den amik dari kitco...
Pergerakan selama sebulan terakhir ini amat mengecewakan ramai pelabur dengan harga yg semakin menjunam. Mungkinkah ianya melepasi 1600 atau jatuh lebih teruk dibawah 1500? Jika anda seorang pelabur yg baru mengenali emas, mungkin faktor ini bukan sahaja mengecewakan, tetapi menjadi alasan utk terus meninggalkan emas sebagai medium pelaburan terbaik...
Pendapat den :
1. Emas sememangnya pelaburan jangka panjang. Setahun adalah masa yg singkat utk menuai hasil walaupun berlaku peningkatan..
2. Junaman emas ini akan berakhir dan akan dimulai dgn rally yang mungkin melepasi 1900 sebelum 2013.
3. Berdasarkan pendapat majoriti pakar emas, emas kini berada dalam fasa peningkatan yg hanya mungkin berakhir antara 2 ke 6 tahun... Rally ini mungkin mencapai sehingga 3000 usd/oz sebelum berlaku correction semula.
4. Gunakan skill pengurusan stok dan kaedah terbaik untuk memaksimumkan keuntungan tetapi dengan cara yg paling selamat.
5. Pelajari kemahiran analisis walaupun basic utk mendapatkan entry & exit point dlm pelaburan emas.

Tuesday, April 10, 2012
Analisis Emas & Perak Tidak Berguna...
Pernah berminat mendalami ilmu analisis teknikal ?
Pernah masuk seminar analisis teknikal ..bayar sehingga RM 500 untuk sehari seminar dan balik rumah satu haper pun tak faham!!
Nak Tanya soalan tak dapat…penceramah hilang entah kemana..

FAKTA Kenapa analisis teknikal penting untuk pelabur emas dan perak ?
1. Analisis teknikal dapat memberi gambaran jelas berdasarkan solid evidence berpandukan teknik-teknik tertentu dalam memilih masa dan harga yang sesuai untuk BUY atau SELL.
2. Penting pelabur emas dan perak FIZIKAL untuk mendapatkan best timing dan best deal.
3. Sangat-sangat penting bagi peniaga atau dealer emas dan perak..semestinya main kilo-kilo walau perbezaan harga 1g cuma RM 1 pun dah banyak kesanya kan?
4. Tindakan tidak dibuat secara terburu-buru mengikut perasaan dan terpengaruh dengan spekulasi semata-mata.
5. Dengan keupayaan mengenalpasti kawasan harga murah ini dapat meminimakan risiko dalam permainan manipulasi emas dengan Ar-Rahnu.
Bukan rahsia lagi bahawa analisis teknikal adalah senjata yang digunakan oleh syarikat dan Dealer besar dalam meletakkan target BUY dan SELL mereka..
dan sebolehnya masyarakat umum tidak mahu didedahkan dengan analisis teknikal dengan terperinci..
KENAPA ??
Jawapannya mudah...
Bila mereka SELL habis-habisan..mereka mahu anda BUY habis-habisan....dan sebaliknya!
Apakah Goldsilvertech??

Goldsilvertech adalah After Sale Support yang saya sediakan bersama-sama dengan e-book ini. Dibuka untuk pembeli awal sahaja dan mungkin terus dibuka tanpa kuota mengikut kesesuaian. Ia merupakan Secret Group Facebook . Saya selaku admin akan add pembeli yang layak ke dalamnya. Ianya exclusive dan tak pernah dibuka sebelum ini walaupun untuk tujuan promosi. Ia khas untuk pembelajaran analisis teknikal secara berterusan. Perbincangan analisis teknikal secara terbuka juga dialu-alukan sesama ahli. dapatkan e-book ini sekarang dan sertai kami...
Admin Golsilvertech (Treasure Box)

Thursday, August 4, 2011
Prestasi Enam Bulan Kehadapan (Ogos 2011 - Jan 2012)
Semasa artikel ni ditulis, nilai emas USD/troy ounce meningkat secara mendadak sejak 4 hari lalu. Peningkatan dari 1620 hingga ke paras 1680 merupakan puncak terbaru dalam sejarah kenaikan harga emas dunia. Ramai yg senyum melebar, tapi ramai yg juga yg kecewa. RB agak terkilan kerana nilai matawang USD yg semakin lemah kurang menyerlahkan peningkatan nilai yg gila2 tu... Tapi xpe, emas tetap emas...
Kenapa agaknya harga emas naik mendadak & sampai bila ianya boleh berlaku?
Peningkatan ini akan berlaku sampai bila-bila tetapi 6 bulan kehadapan merupakan saat paling indah bagi penggemar emas. RB katakan begitu kerana beberapa faktor yg menyumbang kepada peningkatan drastik ini.
1. Kemuncak kenaikan pertama ni mungkin disebabkan oleh simpanan stok Bank Korea sebanyak 25 tan dlm bulan Jun-Julai tahun ni. Kenaikan drastik diikuti oleh sedikit correction sebelum ianya naik dgn stabil.
2. Penambahan hutang US dan pengurangan bajet ekonomi US memberikan kesan utama sepanjang 6 bulan terakhir tahun ini.
3. Ketidaktentuan ekonomi di zon Eropah memberikan kesan yg besar kepada ekonomi global untuk 6 bulan mendatang.
4. Kenaikan harga komoditi khususnya minyak sebanyak 6%.
5. Peningkatan inflasi dan pengurangan permintaan di Zon Asia Pasifik.
6. Ketidaktentuan politik dunia.
7 Bencana alam yg menimpa kebanyakan negara, khususnya jepun melambatkan perjalanan ekonomi mereka.
Oleh itu, untuk 6 bulan kehadapan, secara positifnya RB jangkakan pergerakan kenaikan emas akan melepasi USD1950/Troy ounce.... Kita nantikan kemunculannya....
Monday, July 18, 2011
Paras Tertinggi Dalam Sejarah Emas
Tapi jgn bimbang, momentum kenaikan akan tetap sama dan mata pelabur tegar akan lebih terjojol bulan November nanti... Jadi, rancang pelaburan anda sebaik mungkin bermula sekarang. Peningkatan lebih 15% dari awal tahun 2011 akan tetap berterusan.. Jadilah pelabur yg bijak dgn merebut peluang yg ada....
![]() |
| PETIKAN BERITA HARIAN 19 JULAI 2011 |
HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).(Klik link untuk dapatkan laporan penuh Berita Harian)
Thursday, February 10, 2011
Emas Sentiasa Naik - Jangan Terlalu Positif
Bila kita dah mula menyimpan sedikit syak mengenai pelaburan emas ni, info yg kita tak nak tau akan kita jumpai. Info pahit disebalik kegemilangan emas ni membuatkan RB tak senang duduk jugak bila dah mulakan langkah dalam pelaburan emas ni...
Ramai dikalangan kita menganggap atau dipaksa percaya (penjual emas la tu) bahawa emas ialah pelaburan "bebas risiko" kan. Depa kata, emas takkan turun harga, kalau turun pun sikit. TAPI ayat "kalau TURUN" tu yg paling menggusarkan RB. Bila bercerita pasal emas, ramai yg akan membandingkan dgn pulangan ASB, Tabung Haji atau simpanan tetap yg malu-malu nak bagi pulangan tu. Hehehe..
Jika kita dah lama dalam dunia pelaburan atau rajin mencari ilmu bab ni, kita pasti terdengar statement ni, " Satu hari nanti, harga minyak akan naik kerana minyak dah nak habis". Jika kita melabur kerana fakta tu, kita pasti kerugian kerana harga minyak yg rendah sekarang.
Macam tu jugak klu kita membeli hartanah sekitar KLCC (sebagai contoh), kononnya harga hartanah area tu akan naik kerana tanah yg terhad. Klu anda memulakan pelaburan 2 tahun lalu (sekitar RM1,200/sqft), pasti anda menggigit jari kerana harganya menjunam kepada RM600-700/sqft tahun lepas, walaupun kini harganya semakin pulih sekitar RM1,000/sqft.
OK, jom kita tengok Emas pulak...
Kalau anda perhatikan, emas melonjak naik sehingga 4 kali ganda (USD200 ke USD800) sekitar tahun 1980 sama seperti minyak yang naik 2 kali ganda (USD20 ke USD40). Ini bukan kebetulan.
Harga minyak naik kerana gangguan pengeluaran minyak Negara OPEC. Harga minyak yang naik menyebabkan inflasi meningkat, yang mana penyimpanan emas dianggap tempat terbaik untuk menyelamatkan nilai kekayaan.
CUMA, apabila harga emas naik terlalu tinggi, pelabur terpaksa berfikir berkali-kali utk terus menjadikan emas sebagai sandaran kekayaan mereka. Ini menyebabkan kejatuhan harga emas hampir 50% kepada USD400, seiringan dgn kejatuhan harga minyak (50%) apabila negara-negara OPEC mula meningkatkan pengeluaran minyak mereka.
Apa yg pahitnya, jika pada awal 80-an tu kita dah meleburkan semua harta utk melabur dalam emas dgn andaian "EMAS TAK JATUH", kita terpaksa menunggu 27 tahun (sehingga 2007) utk dapat balik modal kita. Mati terkangkang la den kalo gitu.. Cuba bayangkan kerugian yg terpaksa ditanggung (susut nilai matawang) dan kerugian kerana hilang pulangan (Fix income yg segan nak bagi pulangan tu dah bleh bagi 50-70% dlm 27 tahun)
Bayangkan pulak klu time kita tgh syok melabur ni, situasi tu berulang kembali.... RB dah takutkan diri sendiri ni..
Pesanan RB : Walaupun EMAS diakui sebagai penyimpan nilai kekayaan dan boleh dijadikan instrumen pelaburan yg berpotensi, emas tetap terdedah kepada risiko. Emas adalah komoditi walaupun ianya unik. Emas terdedah kpd supply and demand. Emas terdedah pd manipulasi walaupun sukar dilakukan. Dan yg paling penting, EMAS bukanlah segala-galanya.... Jadi, timbangkan risiko dlm setiap pelaburan yg dibuat. Tambah ilmu berkaitan emas sebelum melabur. Agihkan pelaburan dlm beberapa instrumen dan jgn tamak....
DAN satu lagi pesanan, Harga emas tidak akan naik menggila walaupun ekonomi US jatuh berdebuk.
TAPI secara peribadi, emas tetap menjadi pilihan RB utk beberapa tahun mendatang. Kita sama-sama revise balik nanti. Ilmu yg masih kurang ni x dapat dijadikan fakta, tetapi boleh dijadikan sikit panduan.
Sunday, January 23, 2011
Harga Emas Jatuh Lagi... Macam Mana Ni???
Thursday, January 20, 2011
Ramalan Harga Emas 2011
Berikut merupakan beberapa ramalan kenaikan Harga Emas 2011 :
Bullion Research Desk of Commodity Online: "Gold price to hover around $1500-$1600 range in 2011. Gold price will go up in 2011, driven by the fluctuations in US dollar and other currencies, dwindling productions, increasing mining problems and rising demand for jewellery and investment for the yellow metal. Gold price is definitely going to cross the $1500 mark per ounce in 2011 and it will remain in the range of $1500-$1600.”
Global commodities guru Jim Rogers: “Gold price would eventually rise above $2,000 an ounce. Gold will be $2,000 certainly in the decade, it'll probably be much higher than $2,000 in the decade but maybe even sooner I don't know. But to me it seems pretty clear that it'll go to at least $2,000. If you adjust the old high back in 1980 for inflation, gold should be over $2,000 now.”
Saxo Bank: “Gold price will be at $1800 per ounce in 2011 if the US Dollar strengthens, sparking fresh currency wars across the Pacific. Pressure piles on China and as investors flee to metals in search of some stability, gold shoots up to $1800 an ounce.”
Henderson: "Gold price will rise to $1600 in 2011."
PricewaterhouseCoopers: A new survey of 44 investors and gold mining executives conducted by PricewaterhouseCoopers's Canadian Mining Group forecasts a peak of $1500 per ounce for 2011.
BNP Paribas: Has forecast an average of $1,500 in 2011.
Goldman Sachs: It has set a 12-month target of $1690 per ounce.
Capital Economist: “As inflation fears mount, the price of the precious metal will be pushed to £1,600 in 2011 and reach $2,000 by the end of 2012, it has been forecast, as investors clamour to buy safe haven assets.”
ABN AMRO/ VM Group: It has raised its previous average 2011 gold forecast by $35 to $1,459, up from $1,424 in November.
Thursday, December 9, 2010
Betul Ke Harga Emas Meningkat?
Kenaikan Harga Emas berbanding kuasa beli mata wang (9 Dis 2010)
Dalam masa 15 tahun, Emas meningkat nilainya 185.19% terhadap Yuan, 195.81% terhadap Yen, 247.64% terhadap Pound Sterling, 257.32% terhadap USD dan 212.89% terhadap Euro (10 tahun). Kenaikan yang paling hebat ialah setinggi 1307.69% terhadap Rupiah..
Kenaikan terhadap RM pula hampir 350% (Anggaran kasar RB berdasarkan nilai USD).
Kesimpulannya, harga emas memang mengalami peningkatan. Tiada satupun matawang yang dapat menandingi kehebatan EMAS.
Kenapa jadi camni? Matawang/Wang Fiat/Token Money ni mempunyai nilai nominal yg jauh lebih tinggi dari nilai intrinsiknya. Ianya bernilai kerana ada jaminan dari kerajaan atau Central Bank. Wang Fiat ni akan dimakan inflasi (penurunan kuasa beli ke nilai intrinsik atau mencapai nilai kosong). Pada tahap tertentu, wang kertas yg kita ada hanya mempunyai nilai yang amat kecil.
Jika 15 tahun dahulu sebungkus nasi lemak berharga 30 sen, kini sebungkus nasi lemak dgn lauk telur berharga RM 1.50. Tak mustahil 20 tahun akan datang, nasi lemak yg sama akan menjadi RM 10..
Bagaimana pula dgn EMAS?
Seandainya EMAS dianggap sebagai matawang. Maka Emas menjadi matawang terkuat. Sejarah telah membuktikan, sejak 1400 tahun dahulu nilai emas sentiasa stabil kerana nilai intrinsiknya yg stabil, malah untuk beberapa barangan tertentu harganya makin menurun. Jika dahulu 1400 tahun dahulu seekor kambing bernilai 1 Dinar, kini harga kambing kurang atau lebih kurang sama nilainya dgn 1 Dinar. Selepas sekian lama, nilai emas tetap stabil. Berbanding dengan matawang, x syak lagi Harga Emas Sememangnya Meningkat....
Monday, November 15, 2010
Emas DiMalaysia
"Pada pandangan Raja Bukit, Emas menjadi pilihan utama pelaburan kerana dengan sedikit manipulasi sistem yg ada dinegara kita, kita boleh meningkatkan nilai pelaburan berkali ganda berbanding instrumen yang lain. Emas juga dilihat sebagai instrumen yg paling selamat selain hartanah dan saham amanah tertentu"Pandangan beliau, menyimpan emas fizikal adalah lebih baik berbanding membuka akaun emas. Emas yg berada dalam simpanan sendiri lebih memberikan keselesaan, rasa selamat dan memberikan jaminan jika berlaku krisi ekonomi yg teruk.
Kategori artikel
- ANALISIS RAJA BUKIT (12)
- AR RAHNU (9)
- Artikel/Keratan Akhbar/Majalah (20)
- DINAR (6)
- EMAS DAN PELABURAN (12)
- Emas Sana Sini (6)
- INFO AM (45)
- PERAK dan DIRHAM (6)
- PERLU TAHU (24)
- RAJA BUKIT (5)
Entri Popular RB
-
Emas Batangan Palsu Lambakan produk emas dipasaran sekarang memungkinkan kita terkena atau tertipu semasa membeli emas. Lebih-lebih lagi ...
-
SERAMBI EMAS : SIMPANAN EMAS AR RAHNU ADALAH PERNIAGAAN Menarik bukan? Simpanan yang menjadi perniagaan yg menguntungkan... Tapi betul ke ia...
-
Tentunya pembaca semua pernah terdengar bab emas lelong ni kan. Cuma mungkin ada yg belum pernah mencuba atau mungkin tak tau cara bagaimana...
-
Beberapa hari ni RB ditawarkan peluang menyertai VGMC, sebuah sykt pelaburan emas yg melibat jual beli saham secara maya. Dah jd tabiat RB, ...
-
Nampaknya bank-bank tempatan dah mula mempelbagaikan produk pelaburan khususnya melibatkan emas ni. Kini CIMB pula melancarkan produk pelabu...
-
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah: Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) Perbezaan utama antara A...






