SERAMBI EMAS : SIMPANAN EMAS AR RAHNU ADALAH PERNIAGAAN
Menarik bukan? Simpanan yang menjadi perniagaan yg menguntungkan... Tapi betul ke ianya benar-benar menguntungkan kita?
Tentu ramai yg pernah terbaca mengenai Serambi Emas. Hampir sebulan lebih mereka melaksanakan marketing yg agresif di akhbar-akhbar tempatan dengan kenyataan panas, "Simpanan Emas Ar Rahnu adalah perniagaan", hinggalah pihak Agro Bank menyekat kemasukan Gold Bar kedalam pajakan mereka. Secara ringkasnya, Serambi Emas menawarkan pembelian Jongkong Emas Pamp Suisse melalui sistem pajakan di Agro Bank.
1. Pembelian Jongkong Pamp Suisse dgn berat minimum 100g hanya secara pajakan.2. Harga jualan ialah mengikut kadar marhun pajakan Agro Bank.

Mudah bukan? Jika dilihat secara kasar, pembeli hanya membayar 35% drpd harga yg ditawarkan utk mendapatkan jongkong mereka, TETAPI jika diteliti, pembeli yg tidak mempunyai pengetahuan tentang emas berada dipihak yg paling malang.. Kerugian berganda & berdepan dengan risiko yg amat tinggi. Kenapa RB berpendapat sedimikian?
1. Harga yg ditawarkan ialah berdasarkan nilai marhun semasa. Kita ambil harga pd pertengahan bulan Mei 2011, Nilai Marhun Agro (999 RM 165.80/g). Harga yg dibayar oleh pembeli melalui sistem Serambi Emas ialah RM16580 bagi Jongkong 100g. UOB bank yg menawarkan produk yg sama menjual dgn harga sekitar RM15600 manakal Jongkong 100g Public Gold dijual dengan harga RM16800. Sebaik urusniaga bermula, pembeli telah kerugian hampir RM1000...
2. Melaui konsep 35:65 ini, pembeli akan menyediakan wang pendahuluan RM5800 (35%) utk mendapatkan jongkong mereka. Sebaik sahaja pembayaran berlaku, dealer Serambi Emas dan pembeli akan terus ke Agro Bank utk memajakkan emas 100g "milik" pembeli td utk digadaikan. Hasil gadaian RM 10780 (65%) akan terus dibayar kpd dealer. Urusniaga selesai.
DEALER mendapat keuntungan melalui pembelian emas + komisyen... (Memang berbaloi-balaoi) tetapi
PEMBELI hanya mendapat surat pajakan dgn 'nilai simpanan' 100g... Untuk mendapatkan kembali jongkong mereka, pembeli mestilah membayar secara ansuran selama 6 + 3 + 2 bulan beserta upah simpanan sebanyak RM124.40 sebulan.. Jika pembeli mengambil masa 11 bulan maksimum utk menyelesaikan hutang mereka, RM 1368.40 upah simpanan. Lagi kerugian dipihak pembeli.
3. Bagaimana jika pembeli tidak mampu membayar ansuran dan upah tersebut? Pembeli boleh menjual kembali kpd syarikat tetapi dgn perbezaan buy back hingga 25%. RM 4000 lagi menanti utk jadi habuan Serambi Emas..
3 comments:
statement pn salah...kaji dulu bro...huhuhhu
buat busines elok-elok...jangan rosakkan business org lain
cari rezeki cara baik..baru lah berkat.muhasabah diri
Terima kasih atas nasihat bro..
Post a Comment