- Sblm membida, pastikan tarikh lelongan dibuat. Tanya pegawai bank atau lihat kenyataan lelongan yg ditampal kat luar bank tu. Biasanya tempoh lelongan hanya selama 3 hari. Lelongan dibuat pd pertengahan bulan, seminggu sblm tarikh gaji kakitangan awam.
- Pada hari lelongan, sblm pi bank utk membida, pastikan kita tau harga emas semasa. Sebagai rujukan, gunakan harga emas semasa bank rakyat (mengikut harga FGJAM) & harga jualan emas sykt tertentu yg paling murah anda boleh dapat. Rujukan RB adalah harga DEALER emas GCP.
- Tulis harga emas tersebut mengikut kadar ketulenannya supaya memudahkan kiraan kat bank nnt. Jgn lupa, bawa sama kalkulator & pen..
- Bila dh sampai bank, terus ke kaunter dan mintak borang bidaan. Biasanya diorg dah letak borang tu kat tempat pameran emas lelong.
- Emas lelongan akan diletakkan dlm bekas kaca mengikut susunan nombor tertentu. Satu senarai detail mengenai barang tersebut akan ditampal kat bahagian lelongan tu.
- Senarai tu akan memaparkan maklumat seperti no tag, jenis Barang Kemas (BK), ketulenan BK dan harga permulaan bidaan. Setiap tag mewakili satu surat pajak, jadi kemungkinan untuk terdapat 2-3 BK atau lebih dalam satu tag bergantung pd jumlah semasa ianya dipajak oleh pemunya asal.
- Bila dh berkenan, pastikan no tag dan semak detailnya. Apa yg perlu disemak sebelum meletak harga bidaan agaknya? Pd RB, perkara terpenting adalah tujuan sebenar kita nak dapatkan emas lelongan tu. jika nak dijual semula, pastikan BK yg masih elok. Jika nak melaram utk diri sendiri, pilih yg patternnya sesuai dgn jiwa, dan jika nak masuk pajak smula, pilih yg terbaik berdasarkan pengalaman anda.
- Bila dah betul pasti, kita mula dgn kiraan. Secara mudahnya, harga yg nak dibida mestilah jauh lebih rendah dari rate semasa bank rakyat & rendah atau sama dgn rate rujukan pilihan kita. Harga reserve yg diletakkan biasanya dlm range (RM20-RM30) lebih rendah dari rate semasa. Harga yg diletakkan berasaskan harga semasa ianya dipajak + kos tertentu yg perlu ditanggung Bank Rakyat.
- Bida pd harga yg termampu. Kurang dari harga kawalan yg dah kita plan. Jadi kita perlu tambahkan sedikit harga bidaan dr harga asal tender dibuka. Cukup sekadar antara RM3 ke RM 7. Jika anda rasakan BK tu betol-betol berbaloi, bolehla tinggikan hingga RM10/g dari harga asal.
- Dah confirm harga, isi borang bidaan, ambil nombor giliran & selesaikan urusan kat kaunter. RM5 dikenakan utk setiap bidaan.
- Dlm masa kurang sminggu, pihak bank akan menghubungi kita jika bidaan berjaya. Mereka akan bagi masa sehingga 7 hari untuk membayar harga keseluruhan barangan yg kita dah berjaya tu. Klu x cukup duit, BK tersebut akan diberikan pd pembida kedua.
![]() |
CONTOH PERSEDIAAN HARGA RUJUKAN SEBELUM RB PEGI BID |
Ok, kat atas tu contoh persediaan yg RB buat sblm pi bank utk bid BK. RB bagi contoh Rantai Leher yg RB berjaya bid tu. Pada tag, dinyatakan rantai 20k (berat 6.77g) dengan harga permulaan tender RM870.90.
Secara kiraan kasar, rantai tu dinilai dgn harga pembukaan RM 128.64/g (RM870.90 / 6.77g). Harganya lebih kurang sama dgn harga kawalan yg RB tetapkan. Maknanya dah kira rugi jika RB bid emas tu. Lebih baik beli Rantai GCP yg baru & gerenti kualitinya kan. TAPI, anda semua perlu tau trick dan sedikit ilmu berkaitan emas gadaian. Kebanyakan emas dlm bentuk BK yg digadai akan mengalami 'downgrade' kerana masalah timbangan, ketumpatan atau reka bentuk yg menjejaskan ketepatan bacaan karat emas. Kebanyakannya akan mengalami penurunan hingga 2 tangga kebawah. Contohnya emas 22k diisytiharkan sbg 20k. Ada BK yg mengalami penurunan hingga 18k (asal 22k). (Bab BK downgrade ni akan RB bincangkan dlm post seterusnya)
Utk kes rantai ni, RB anggarkan penurunan dari nilai asal 22k kpd 20k. Jadi harga sebenar yg RB agak berdasarkan rate semasa bank rakyat ialah RM 1035.13 (RM152.90/g). Jadi RB tambahkan harga bidaan sebanyak RM4 menjadi RM 132.64/g. Harga bidaan Rantai tersebut ialah RM898.. Dgn kiraan kasar keuntungan RM137.13 (RM1035.13 - RM898) jika RB berjaya dapatkan rantai tu. Jika rantai tersebut tetap 20k pun, RB tetap untung kerana harga semasa masih lagi lebih tinggi dari bidaan.
Harap anda semua jelas dgn penerangan x seberapa RB tadi. Bayangkan jika kita berjaya membida hingga 100g sebulan. Dgn keuntungan on the spot RM 20 atau lebih segram, busuk-busuk pun dah masuk RM2000 dgn skali bidaan.. Jika ditolak kos pengangkutan, RM5 harga bidaan, upah cuci dan marketing utk jualan semula, rasanya lebih RM1500 boleh masuk poket... EMAS LELONG MEMANG BERBALOI...
2 comments:
salam.. nak tanya, harga semasa tu harga untuk kita jual balik kepada pengedar emas ke ataupun harga kita jual balik kepada customer jalanan?
As salam... Memandangkan harga semasa bagi kita yg lebih kepada online.. Lebih baik tetapkan rege semasa berdasarkan harga jualan harian dalam online.. Boleh rujuk grup FB online seperti Grup EMAS TERMURAH DIPASARAN atau web Sinargold.biz
Post a Comment