(Post ini sekadar menunjukkan untung rugi pajakan, tidak mengambil kira faktor lain spt sebab pajak atau kat mana nak digunakan wang pajakan tu)
Info Raja Bukit
- MaLaYNeuM aka Raja Bukit
- Manager : -- Rangkaian Emas Raja Bukit --------- ERB MILLENIUM GOLD (JM0607971-P)-----Kerjaya : Pendidik di Selatan Johor Apex TM : Internet n affiliate biz, marketing n ebook seller. EMAS : Khidmat nasihat pelaburan dan manipulasi emas. Dealer Sinar Gold, Public Gold n GCP. Contact : (0127594049)
MODUL EMAS RAJA BUKIT
MODUL EMAS RAJA BUKIT
Pelawat Minggu Ini
Rakan RB
Harga Emas Terkini
Blog Sifu-Sifu
-
-
-
LELONGAN 413 years ago
-
-
-
Web Sykt Penaung
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049
Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas
Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.
Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)
Sebagai contoh,
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!
Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!
Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!
Berbaloi kan???
Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.
Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?
2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.
Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar
Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)
Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :
1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas
Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.
Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..
MODUL EMAS RAJA BUKIT
-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-
Wednesday, June 29, 2011
Untung Rugi Emas Pajakan Anda
(Post ini sekadar menunjukkan untung rugi pajakan, tidak mengambil kira faktor lain spt sebab pajak atau kat mana nak digunakan wang pajakan tu)
Friday, June 24, 2011
Gold Bar dalam Ar Rahnu masih selamat
Walaupun RB dah ketinggalan keretapi, isu ni tetap RB nak kongsikan.. 23 Jun 2011, Rb ke Agro utk tebus beberapa ketul Gold Bar yg lama terperap. Misinya, melupuskan Bar dlm simpanan utk ditukarkan kpd Barang Kemas terpilih..
Kenapa Barang Kemas? Semua dah tau kan? Pasif income yg boleh bagi pendapatan mingguan.. Berbaloi-baloi klu kena caranya...
Ok, isu yg nak RB kongsikan sebenarnya berkaitan GOLD BAR dlm Ar Rahnu Agro Bank.. Berdasarkan info yg pegawai tu kongsikan, Agro Bank menyekat pajakan Gold Bar dan Syiling kerana beberapa sebab.. Antaranya ialah :
- Siatan Bank Negara keatas satu sykt emas yg menggunakan GBar dalam plan pemasaran 2+1 mereka. Kesinambungan itu menyebabkan kemasukan GB Pamp dipantau dengan ketat..
- Trend pemasaran beberapa individu (Dealer) yg menggunakan pendekatan yg sama bagi pemasaran GB sykt induk mereka.. Ada pemajak yg x dpt bayar upah pajak. Punya la gila idea rempit yg diajar oleh DEALER2 penyagak ni. Tau nak jual produk je..
- dan yg ke-3, Agro Bank diorg yg punya.. saja buat gempak.. hehe (Gempak yg sebabkn ramai kat luar tu terkincit)
Kesimpulannya, Agro masih benarkan
- Pemanjangan tempoh pajakan 6+3+2tu mcm biasa..
- Membenarkan emas SEDIA ADA di Overlap hingga korang rasa nak tebus balik..
- Tiada kemasukan GB & Syiling baru hingga memo lain dikeluarkan..
- KEMUNGKINAN GB PG akan diterima kembali dlm masa terdekat..
Pesan RB : Jika anda seorang PEMAJAK, beralihlah kpd Barang Kemas... Banyak kelebihannya....
Thursday, June 16, 2011
Tempat Simpan Emas Terbaik
2. Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi jika nilai kenaikan emas boleh belenkan kos simpan. Box kecik x sampai Rm100 pun stahun. Selain dari kalis api & kecurian, kita boleh insurankan barang yg kita simpan tu. Thrill kan? mcm crite James Bond pulak dah...
3. Simpan di ar-rahnu: Sama mcm simpan kat SDB cuma Ar Rahnu biasanya bukan sekadar tempat menyimpan, "main" biz dia adalah pajakan. Dgn pajakan hingga 70% pada kadar upah 7.2% stahun, mcm2 benda lg kita boleh buat dgn emas kita tu. Ianya turut dilindungi insuran..
Nak tau lebih lagi, tanya Pak Cik Google
Saturday, June 11, 2011
Rahsia Kekayaan Pelabur Bijak
Sebagai pelabur & penyimpan emas yg bijak, kita mestilah mempunyai ilmu, berusaha mencari yg terbaik atau dgn kata lain.....
Sunday, June 5, 2011
Emas Pelaburan diMalaysia.. Mana Yang Terbaik???
Sebenarnya, pilihan terbaik bergantung pd kita sendiri. Sekadar menyimpan, nak gunakan utk muamalat, melabur biasa-biasa atau melabur tahap ekstrem..
Antara peluang yg ada dinegara kita ni selain dari simpanan emas dlm bentuk akaun (Maybank, Public Bank, Cimb & KFH), kita berpeluang menyimpan emas secara fizikal. Pilihan yg RB dapati paling selamat, menguntungkan dan 'thrill'..
SELAMAT kerana semua emas berada dlm tangan kita, tak melibatkan pihak bank klu2 depa bangkrap, boleh disandarkan jika perlukan wang dan bebas risiko.
MENGUNTUNGKAN kerana emas fizikal merupakan 'base asset' dlm semua pilihan pelaburan kita kerana ianya bersifat unik, & ................ (Rujuk artikel RB terdahulu)
THRILL. Memang thrill klu dapat pegang sendiri emas yg kita beli selepas tahu 'nilainya' yg sebenar.
Jadi mana yg TERBAIK? Bar/Jongkong, Dinar atau Barang Kemas? Pada RB, pilihan terbaik adalah Barang Kemas. Kenapa Barang Kemas yg menjadi pilihan terbaik?
1. Barang kemas memang dah digunakan sejak berzaman. Bukan sekadar hiasan, ianya adalah satu bentuk pelaburan yg menjadi pilihan ramai sejak dulu lagi.
2. Tidak terikat dgn trend semasa. Barang kemas sentiasa berada disekeliling. Bar & Jongkong yg dikatakan bentuk pelaburan terbaik sebenarnya adalah trend semasa. Walaupun jongkong telah lama beredar dlm simpanan pelabur, diMalaysia ia adalah satu bentuk pelaburan emas terbaru. Benar jika dikatakan jongkong mempunyai kelebihan berbanding Barang Kemas, tetapi kelebihan hanyalah dari segi teknikal dan fizikalnya. Dari segi nilai dan praktikaliti, Barang Kemas adalah pilihan terbaik untuk kita diMalaysia.
3. Barang Kemas mudah diperolehi, dicairkan dan diterima diseluruh dunia tanpa banyak songeh..
4. Barang Kemas boleh diperolehi dengan harga paling kompetitif. Maksudnya, harga B Kemas tidak terikat sepenuhnya dgn harga pasaran walaupun harganya dah ditetapkan oleh Persatuan. Berbeza dgn harga Jongkong yg agak sukar diturunkan dibawah harga pasaran oleh pengeluar. Hanya dealer yg mempunyai stok lama (belian semasa harga rendah atau melalui buy back) memberi sedikit diskaun kepada pembeli. Jika anda pernah ke Kelantan atau Terengganu, harga yg ditawarkan biasanya lebih murah (RM20-RM30 setiap gram) berbanding harga KL, Johor atau bandar tumpuan yg lain. Harga ditawarkan lebih rendah dgn kualiti yg sama kerana kos operasi, persaingan dan bilangan pembeli didua negeri itu tak putus-putus.
5. Barang Kemas merupakan hiasan golongan wanita.
6. Boleh disandarkan (dipajak) tanpa banyak soal oleh mana-mana institusi kewangan.
7. Masih "bernilai" walaupun putus atau mengalami kerosakan. Kebanyakan jongkong yg mengalami kecacatan tak diterima langsung oleh pengeluar.. Jika diterima, harga belian semula akan jauh lebih rendah dari harga asal.
TIPS RB :
1. Jika Barang Kemas menjadi pilihan, harga terendah & kadar upah termurah adalah kriteria utama. Emas 916 adalah pilihan terbaik. Pilihlah barang kemas yg tidak dicampurkan rekabentuknya dgn bahan lain (emas putih atau permata). Dan pilih BKemas yg padu....
2. Jika ingin mempelbagaikan simpanan, dan Jongkong menjadi pilihan. Pertimbangkan beberapa aspek seperti harga belian, harga jual balik. harga spread, jaminan ketulenan, jaminan jualan balik, jaminan BNM jika ada, assayer bertauliah, mudah dibeli, mudah dijual dan mempunyai sykt yg diakui (ramai dealer).
Saturday, June 4, 2011
Alternatif Pajakan Gold Bar Anda
Nak masukkan Gold Bar (GB) dlm Bank dah tak boleh. Kat mana pulak tempat berpaut seterusnya ni agaknya...


Wednesday, June 1, 2011
Serambi Emas - Pandangan Peribadi RB
SERAMBI EMAS : SIMPANAN EMAS AR RAHNU ADALAH PERNIAGAAN
Menarik bukan? Simpanan yang menjadi perniagaan yg menguntungkan... Tapi betul ke ianya benar-benar menguntungkan kita?
Tentu ramai yg pernah terbaca mengenai Serambi Emas. Hampir sebulan lebih mereka melaksanakan marketing yg agresif di akhbar-akhbar tempatan dengan kenyataan panas, "Simpanan Emas Ar Rahnu adalah perniagaan", hinggalah pihak Agro Bank menyekat kemasukan Gold Bar kedalam pajakan mereka. Secara ringkasnya, Serambi Emas menawarkan pembelian Jongkong Emas Pamp Suisse melalui sistem pajakan di Agro Bank.
1. Pembelian Jongkong Pamp Suisse dgn berat minimum 100g hanya secara pajakan.2. Harga jualan ialah mengikut kadar marhun pajakan Agro Bank.

Mudah bukan? Jika dilihat secara kasar, pembeli hanya membayar 35% drpd harga yg ditawarkan utk mendapatkan jongkong mereka, TETAPI jika diteliti, pembeli yg tidak mempunyai pengetahuan tentang emas berada dipihak yg paling malang.. Kerugian berganda & berdepan dengan risiko yg amat tinggi. Kenapa RB berpendapat sedimikian?
1. Harga yg ditawarkan ialah berdasarkan nilai marhun semasa. Kita ambil harga pd pertengahan bulan Mei 2011, Nilai Marhun Agro (999 RM 165.80/g). Harga yg dibayar oleh pembeli melalui sistem Serambi Emas ialah RM16580 bagi Jongkong 100g. UOB bank yg menawarkan produk yg sama menjual dgn harga sekitar RM15600 manakal Jongkong 100g Public Gold dijual dengan harga RM16800. Sebaik urusniaga bermula, pembeli telah kerugian hampir RM1000...
2. Melaui konsep 35:65 ini, pembeli akan menyediakan wang pendahuluan RM5800 (35%) utk mendapatkan jongkong mereka. Sebaik sahaja pembayaran berlaku, dealer Serambi Emas dan pembeli akan terus ke Agro Bank utk memajakkan emas 100g "milik" pembeli td utk digadaikan. Hasil gadaian RM 10780 (65%) akan terus dibayar kpd dealer. Urusniaga selesai.
DEALER mendapat keuntungan melalui pembelian emas + komisyen... (Memang berbaloi-balaoi) tetapi
PEMBELI hanya mendapat surat pajakan dgn 'nilai simpanan' 100g... Untuk mendapatkan kembali jongkong mereka, pembeli mestilah membayar secara ansuran selama 6 + 3 + 2 bulan beserta upah simpanan sebanyak RM124.40 sebulan.. Jika pembeli mengambil masa 11 bulan maksimum utk menyelesaikan hutang mereka, RM 1368.40 upah simpanan. Lagi kerugian dipihak pembeli.
3. Bagaimana jika pembeli tidak mampu membayar ansuran dan upah tersebut? Pembeli boleh menjual kembali kpd syarikat tetapi dgn perbezaan buy back hingga 25%. RM 4000 lagi menanti utk jadi habuan Serambi Emas..
Tidak hairanlah jika sistem ini menyebabkan Agro Bank menahan pajakan Gold bar ke dalam pajakan mereka. Sistem yg terang-terangan menindas pembeli emas yg baru berjinak-jinak dgn simpanan emas. Sistem yg digunapakai Serambi Emas sebenarnya amat mirip dgn skim yg ditawarkan oleh ETIKA EMAS yg pernah diserbu oleh Bank Negara atas kesalahan penggubahan wang Haram (AMLA) dan menyalahi Akta Bank (BAFIA). Sumber underground yg RB perolehi mengatakan individu disebalik SERAMBI EMAS & ETIKA EMAS adalah org yg sama...
Kategori artikel
- ANALISIS RAJA BUKIT (12)
- AR RAHNU (9)
- Artikel/Keratan Akhbar/Majalah (20)
- DINAR (6)
- EMAS DAN PELABURAN (12)
- Emas Sana Sini (6)
- INFO AM (45)
- PERAK dan DIRHAM (6)
- PERLU TAHU (24)
- RAJA BUKIT (5)
Entri Popular RB
-
Emas Batangan Palsu Lambakan produk emas dipasaran sekarang memungkinkan kita terkena atau tertipu semasa membeli emas. Lebih-lebih lagi ...
-
SERAMBI EMAS : SIMPANAN EMAS AR RAHNU ADALAH PERNIAGAAN Menarik bukan? Simpanan yang menjadi perniagaan yg menguntungkan... Tapi betul ke ia...
-
Tentunya pembaca semua pernah terdengar bab emas lelong ni kan. Cuma mungkin ada yg belum pernah mencuba atau mungkin tak tau cara bagaimana...
-
Beberapa hari ni RB ditawarkan peluang menyertai VGMC, sebuah sykt pelaburan emas yg melibat jual beli saham secara maya. Dah jd tabiat RB, ...
-
Nampaknya bank-bank tempatan dah mula mempelbagaikan produk pelaburan khususnya melibatkan emas ni. Kini CIMB pula melancarkan produk pelabu...
-
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah: Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) Perbezaan utama antara A...
-
Apa tunggu lagi... Diskaun tetap 4% menanti anda... Diskaun tambahan hingga 8% jika kena caranya Klik Untuk Ke Galeri Produk 4% disk...