RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Thursday, May 3, 2012

Carta Perbandingan Emas : Masihkah Emas Pelaburan Terbaik?

Kat bawah ni den paparkan 2 carta perbandingan antara Pulangan Pelaburan Emas dan Pulangan Bagi Pelaburan Lain diMalaysia..



 Menarik bukan?

Kita lihat pula graf emas yg den amik dari kitco...

Jika dikira secara purata, pulangan sebanyak 55% setahun amat berbaloi & mustahil dicapai oleh instrumen lain

Tapi pulangan yg ditunjukkan selama setahun jika dikira berdasarkan tarikh permulaan dari MEI 2011 hingga sekarang, hanya 12% pulangan dgn keadaan penurunan yang amat mengecewakan. Nampaknya emas masih lagi terdedah kepada faktor luaran dan manipulasi tertentu walaupun ianya diwar-warkan sebagai senjata utama dlm pelaburan yg kalis inflasi &  stabil.

Pergerakan selama sebulan terakhir ini amat mengecewakan ramai pelabur dengan harga yg semakin menjunam. Mungkinkah ianya melepasi 1600 atau jatuh lebih teruk dibawah 1500? Jika anda seorang pelabur yg baru mengenali emas, mungkin faktor ini bukan sahaja mengecewakan, tetapi menjadi alasan utk terus meninggalkan emas sebagai medium pelaburan terbaik...


Pendapat den :

1. Emas sememangnya pelaburan jangka panjang. Setahun adalah masa yg singkat utk menuai hasil walaupun berlaku peningkatan..

2. Junaman emas ini akan berakhir dan akan dimulai dgn rally yang mungkin melepasi 1900 sebelum 2013.
3. Berdasarkan pendapat majoriti pakar emas, emas kini berada dalam fasa peningkatan yg hanya mungkin berakhir antara 2 ke 6 tahun... Rally ini mungkin mencapai sehingga 3000 usd/oz sebelum berlaku correction semula.
4. Gunakan skill pengurusan stok dan kaedah terbaik untuk memaksimumkan keuntungan tetapi dengan cara yg paling selamat.

5. Pelajari kemahiran analisis walaupun basic utk mendapatkan entry & exit point dlm pelaburan emas.

 





0 comments:

Post a Comment