RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Monday, May 21, 2012

TIPS PELABURAN MINGGU INI

Tips pelaburan ni hanya sesuai untuk PELABUR yang betul-betul ingin memaksimumkan pulangan pelaburan Emas & Perak. Strategi jangka pendek (6bulan) untuk menggandakan keuntungan. Perkiraan ini dibuat berdasarkan analisis semasa, pemerhatian dan jangkaan secara kasar den..

Pasaran emas & perak menjunam dari September 2011 hingga sekarang. Bermacam analisis dikeluarkan otai-otai dan den merumuskan bahawa penurunan dah berlaku ditahap maksimum. Harga emas & perak kini bermain disekitar yang sama dan merupakan harga terendah yang berlaku untuk tahun ini. Hanya menunggu masa untuk kembali mendaki walaupun mengambil masa yang agak lama. Mungkin lebih dari 9 bulan bermula sekarang untuk kedua-dua logam ini kembali mengatasi harga tertinggi.

Sedikit Data :

Berdasarkan data dari kitco,
  1. Penurunan harga Emas sebanyak 20%. Penurunan Perak hampir 71%. Kenaikan yang berlaku bakal menyaingi kembali harga yang jatuh teruk. Potensi Pelaburan PERAK mendahului dgn kelebihan lebih 50%.
  2. Ratio antara Emas : Perak 1 : 39 ke 1 : 56. Menunjukkan perbezaan nilai gram Perak yang jauh lebih baik dari Emas sejak penurunan berlaku. Perak sepatutnya menjadi pilihan utama pelabur yg mementingkan keuntungan. Jika anda mengamalkan konsep TUKAR GANDA, sekarang adalah masa yg sesuai utk menukarkan Emas kepada Perak.

CADANGAN DEN :
  1. Beli Perak Secara Averaging setiap minggu sehingga 2 bulan kehadapan dengan modal yg ada. Peram dan jual kembali selepas 6-9 bulan. Keuntungan pastinya melebihi 50%.
  2. Jika anda tidak dapat melepaskan keinginan untuk tetap memiliki emas. Beli emas dengan kesemua modal yang ada. Ar Rahnukan dengan pinjaman maks dan beli Perak dengan wang tersebut. Jualkan sebahagian perak untuk melangsaikan jumlah pinjaman & upah simpan. Pastinya sebaik sahaja pinjaman langsai, nilai pelaburan awal melebihi 50%...

DEN KIRAKAN SEBAGAI CONTOH :

MODAL 10K
Harga BK 916 SG = RM155/g
Rate Ar Rahnu X = RM170/g
Harga Perak PGold = RM350 utk Bar 100g

1. Beli Emas dengan nilai 10k, dapat 65g

2. Ar Rahnukan 70% dan dapat RM7735
    Upah simpan sebulan = RM83
    Bayaran Pinjaman sebulan = RM1372

3. Beli Perak dengan modal pinjaman RM7735
    Dapat 22 jongkong 100g PG

4. Selepas 6 bulan, jualkan 2 keping Silver dan bayar upah simpan & Tukar Surat atau apa saja skill yg anda tahu untuk memanjangkan tempoh pinjaman sehingga 6 bulan seterusnya.

5. Selepas 6 bulan (Setahun dari awal proses), dgn anggaran kenaikan menyamai asas permulaan kiraan iaitu kenaikan silver menjangkau 70%.
   Jual 14 keping Silver untuk menampung bayaran pinjaman dan upah.
   = 14pc x RM350 X kenaikan 70% = RM8330
   Kos pinjaman = 7735 + Upah RM83 x 6 bulan = RM8233

6. Tebus kembali Emas terpajak anda..

Akhir proses, anda mendapat kembali 65g emas + 6pc jongkong 100g Perak dan sedikit duit kopi.
Nilai keuntungan : 65g emas x RM155 x 20% kenaikan = RM12090
                            6 x 100g Perak x RM350 x 70% kenaikan = RM3570
                             Jumlah Keuntungan      = RM5660 @ 56%

0 comments:

Post a Comment