Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049
Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas
Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.
Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)
Sebagai contoh,
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!
Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!
Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!
Berbaloi kan???
Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
1. Akaun BankTerdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g. Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?2. Simpanan/Pelaburan Emas FizikalTerdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan : i. Barang kemas ii. Jongkong/Bar iii. Syiling, atau iv. DinarAntara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah : i. Beli emas dapat emas ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja) iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda. (Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui : 1. Kedai Emas 2. Bank tempatan 3. Lelongan emas pajakan 4. Syarikat pelaburan emasMungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..
MODUL EMAS RAJA BUKIT
-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-
Jadual kat bawah ni den paparkan sebagai panduan kpd mereka yg berminat
utk memilih Ar Rahnu terbaik. Khas untuk rakan2 di area Johor.. Jadual
ini belum dikemaskini dengan syarat terbaru AGRO BANK yg baru
dikeluarkan.. Den masih belum dapat salinan arahan original dari rakan
Agro...
 |
UPDATE 7 MEI 2012 |
Antara info yg den dapat melalui tt dgn diorg, syarat diketatkan kerana :
1. Polisi Agro @ Bank Pertanian adalah pembiayaan kepada usahawan kecil & usahawan sektor pertanian. Jumlah pinjaman sehingga suku 2012 melalui Ar Rahnu melebihi pinjaman kepada sektor tumpuan. Arahan dari Bank Negara utk selaraskan semula pembiayaan. (Tu sebab had pinjaman berdasarkan umur. Had maksimum 50k hanya untuk individu berumur atas 30 tahun. )
2. Penyelewengan dan sindiket yang melibatkan pemajak & orang dalam di utara. Depa berpakat masukkan gelang sadur (plated gold) ke dalam pajakan. Gelang yg disalut dengan tebal lebih 3 micron ni susah nak detect cara ujian asid. Bacaan pada densimeter depa ubah. Jadi Agro limitkan hanya item Rantai Tangan & Rantai Leher sahaja yg boleh diAr Rahnukan.
3. Skim 35:65 yang masih beroperasi & merugikan ramai rakyat yg buta emas. Untuk mengelakkan ini semua terjadi, prosedur diketatkan hanya utk pelanggan setempat, dikhaskan hanya untuk peniaga kecil dan individu yg terdesak. Jadi prosedur berat maksimum 25g untuk RT dan 35g utk RL ditetapkan. Setiap individu hanya dibenarkan bukak satu akaun dan di cawangan terdekat.
0 comments:
Post a Comment