Awal 2010, RB mula terdengar pasal emas ni dari seorang sahabat. Dia beri sikit info sambil bertanya pandangan RB. Masa tu, RB masih kosong bab Emas ni. Dalam kepala, mesti sahabat RB ni nak "terkena" lagi. Al maklumlah, kitaorg ni suka mencuba kalo masuk bab nak cepat kaya. Dalam 5-6 tahun ni, dah lebih 10K RB terkena. Semua lingkup. MLM, skim cepat kayap (Ntah Apa Apa Fund) termasuk bisnes pawah, semuanya x menjadi.
Sambil berborak tu, RB nasihatkan sahabat tu agar berhati-hati.
6 bulan selepas tu, skali lagi terjumpa sahabat tu. Kali ni info yg dia bagi lebih detail. Nampak macam betul dan meyakinkan. Dia tunjukkan beberapa Jongkong Emas dan Syiling Emas pada RB. Bila dapat tgk depan mata, boleh pegang emas betul, timbul minat nak tau lebih lanjut pasal emas ni. Bermulalah langkah pertama RB dgn emas ni...

RB ambil masa 3 bulan untuk study, buat kajian sendiri, baca 2-3 buku, beli e-book n pegi 2-3 seminar bab emas ni dan akhirnya RB ambil keputusan untuk bermula dgn cara yg dirasakan paling selamat. RB bukak akaun kat Pulic Bank dgn pembelian pertama 34g emas. Memang x terasa sangat thrill dia sebab x dapat pegang emas kat tangan. Bulan Nov 2010, RB mengikuti seminar En Syukor Hashim (
Jutawan Emas). Rupanya emas bukan sekadar menyimpan nilai wang kita sahaja, tapi dgn kaedah yg betul, Kita boleh gandakan nilai emas kita tu semaksimum mungkin untuk dapat pulangan kenaikan berganda. 2-3 cara asas melalui kaedah Pajak Gadai boleh menjadikan emas kita tu semakin bersinar.. Hehehe... Kalo dah masuk bab pulangan berganda ni, RB memang xkan lepaskan peluang. RB luaskan pencarian ilmu hingga bertemu beberapa otai yg menggunakan beberapa kaedah termasuk Pajakan, Pinjaman dan Kad Kredit untuk menambah emas mereka.
Kesimpulan dari apa yg RB dapat, menyimpan emas hanyalah permulaan. Untuk mendapat pulangan maksimum, RB mesti lebih setapak kehadapan,
menjadi pelabur dan tokey emas..... Pelabur yg memanipulasi sistem kewangan yg ada dan tokey emas yg sentiasa untung sepanjang masa.

Sekadar berkongsi cerita, sehingga kini pulangan yg RB dapat dari Public GIA selepas 3 bulan dah melebihi 10%... Lebih lumayan dari ASB selama setahun... Mempunyai koleksi Jongkong dan Dinar dari beberapa keluaran sebagai pelaburan dan stok jualan dgn nilai lebih 2 kali ganda dari modal asal (Teknik Pajak). Modal yg diperolehi dari pinjaman bank dan digandakan dengan kaedah pajakan kini memberikan sedikit side income kepada RB setiap bulan....
RUGI
RB bermula lewat walaupun mengetahui bab emas ni dari dulu lagi. Sahabat RB yg mula memperkenalkan emas pada RB kini dah bergelar tokey emas dan Master Dealer Public Gold.
Anda Bila Lagi???? jangan bertangguh lagi untuk bermula. Simpanlah emas walau sedinar... Tapi sebelum memulakan langkah pertama, kutiplah seberapa banyak ilmu mengenai emas dahulu. Jgn hanya mengikut, tapi jadilah seorang pelabur yang benar-benar tahu apa yg kita lakukan....
0 comments:
Post a Comment