RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Saturday, February 12, 2011

USD5000/oz, Tingginya Impian Dan Harapan

Rockwell Richard, Pengasas Syarikat Perlombongan Emas Terbesar Kedua di Dunia Mengatakan Harga Emas Akan Mencapai USD5,000 Per Ounce! Kenapa? Terlalu tinggi utk kita percayai? Mungkin mamat ni alasan tersendiri kenapa kenaikan harga Emas boleh mencapai USD 5,000/ounce..

Jom kita tgk, apa alasannya... adakah ianya realistik atau sekadar "marketing" strategi utk melariskan stok dia... Ala, mcm kata-kata Penjual Emas kat luar tu... "Emas confirm naik, so beli, jgn tak beli"..

(Translate kenyataan Rockwell dgn bahasa RB yg x berapa terrer English ni)

1. INFLASI
Jika kita tak berkesempatan mengambil peluang kenaikan emas sejak 2000 sehingga kenaikan sekarang mencapai 400%, maka bertahanlah kerana perkara yg sama akan berulang lagi dgn lebih mudah.  Bank pusat diseluruh dunia telah melancarkan pakej stimulus bernilai USD 12 Trillion yg melebihi 2 kali ganda wang yg berada dipasaran US. Percetakan wang secara besar-besaran ini tidak pernah berlaku dlm sejarah US dan ianya merupakan petanda awal keruntuhan sistem kewangan dan peningkatan menggila inflasi. (Dia x sebut crazy, tp RB rasa tu maksudnya, hehe)

So, back to basic, Hubungan Dollar vs Emas. Jika Dollar semakin hilang kekuatannya, apa terjadi pada emas? NAIK, NAIK, NAIK, NAIK dan terus NAIK.....

(RB : Naik tinggi-tinggi, kalau jatuh memang sakit)


2. PERMINTAAN
Bukan anda sahaja yg mengetahui perkara ini, hampir semua pelabur mengetahuinya dan telah mengambil langkah menyimpan emas dgn kadar yg banyak dari sebelumnya. Semasa US lena dibuai mimpi, Pelabur India, China dan Rusia memulakan langkah awal dengan menyimpan stok emas mereka dalam pelbagai bentuk pelaburan.
Jadi, berdasarkan prinsip asas penawaran, jika permintaan meningkat secara langsung harga emas akan terus meningkat...
(RB : China dah menukar hampir separuh pegangannya dalam USD kepada emas secara beransur-ansur. Klu x silap RB hampir 1.6 Trillion. Dan sebenarnya, China merupakan antara penyumbang/pelabur dalam ekonomi US. Klu China dah mula mengalihkan arah dari bergantung pd US, dgn menjana ekonomi sendiri, secara pasti kita boleh katakan ekonomi US akan terkesan. Tu belum kira lagi seruan China yg menggalakkan rakyatnya menyimpan emas. Klu 1g je setiap rakyat China menyimpan, dah berapa byk permintaan terhadap emas berlaku)

3. FOLLOW THE CROWD
Pernahkah dengar ungkapan "Jika anda ingin menjadi kaya, ikuti apa yang orang kaya labur" So, siapakah antara yg terbaik dalam bidang pelaburan ni? Black Rock Inc salah satu sykt pengurus pelaburan terbesar mengatakan bahawa kini kita berada dlm proses Turning Point ... Untuk pertama kalinya dalam sejarah 20 tahun, Bank Pusat telah menjadikan EMAS sebagai stok utama mereka..

4. KRISIS MATA WANG MASA HADAPAN
Dunia telah menyaksikan beberapa kali kejatuhan sebuah negara yg besar akibat krisis mata wang. Portugal, Sepanyol, Itali, Ireland, Iceland, dan Yunani. Kita juga telah melihat krisis mata wang yg melibatkan US yg menyebabkan hampir semua negara lain terkesan. Faktornya ialah kerana mata wang ciptaan tak akan bertahan lama. Tiada satu pun mata wang didunia ini boleh bertahan dan mengekalkan nilainya. Kini kita berada diambang kejatuhan mata wang kuasa terbesar ekonomi dunia. Apa akan jadi bila ini berlaku? EMAS akan mengambil alih kedudukan tersebut.... Naik, naik dan naik lagi...



APA KATA ANDA??

Thursday, February 10, 2011

Emas Sentiasa Naik - Jangan Terlalu Positif

Bila RB mulakan pencarian pasal Emas, hampir kesemua artikel dan bahan yg RB jumpai mengatakan Emas sentiasa naik, emas tak akan jatuh banyak, emas menguntungkan dan emas boleh jadi ibu kekayaan... Betul ke? Betul.... Tapi ada salahnya...... 

Bila kita dah mula menyimpan sedikit syak mengenai pelaburan emas ni, info yg kita tak nak tau akan kita jumpai. Info pahit disebalik kegemilangan emas ni membuatkan RB tak senang duduk jugak bila dah mulakan langkah dalam pelaburan emas ni...

Ramai dikalangan kita menganggap atau dipaksa percaya (penjual emas la tu) bahawa emas ialah pelaburan "bebas risiko" kan. Depa kata, emas takkan turun harga, kalau turun pun sikit. TAPI ayat "kalau TURUN" tu yg paling menggusarkan RB. Bila bercerita pasal emas, ramai yg akan membandingkan dgn pulangan ASB, Tabung Haji atau simpanan tetap yg malu-malu nak bagi pulangan tu. Hehehe..

Jika kita dah lama dalam dunia pelaburan atau rajin mencari ilmu bab ni, kita pasti terdengar statement ni, " Satu hari nanti, harga minyak akan naik kerana minyak dah nak habis". Jika kita melabur kerana fakta tu, kita pasti kerugian kerana harga minyak yg rendah sekarang.

Macam tu jugak klu kita membeli hartanah sekitar KLCC (sebagai contoh), kononnya harga hartanah area tu akan naik kerana tanah yg terhad. Klu anda memulakan pelaburan 2 tahun lalu (sekitar RM1,200/sqft), pasti anda menggigit jari kerana harganya menjunam kepada RM600-700/sqft tahun lepas, walaupun kini harganya semakin pulih sekitar RM1,000/sqft.

OK, jom kita tengok Emas pulak...


Kalau anda perhatikan, emas melonjak naik sehingga 4 kali ganda (USD200 ke USD800) sekitar tahun 1980 sama seperti minyak yang naik 2 kali ganda (USD20 ke USD40). Ini bukan kebetulan.
Harga minyak naik kerana gangguan pengeluaran minyak Negara OPEC. Harga minyak yang naik menyebabkan inflasi meningkat, yang mana penyimpanan emas dianggap tempat terbaik untuk menyelamatkan nilai kekayaan.

CUMA, apabila harga emas naik terlalu tinggi, pelabur terpaksa berfikir berkali-kali utk terus menjadikan emas sebagai sandaran kekayaan mereka. Ini menyebabkan kejatuhan harga emas hampir 50% kepada USD400, seiringan dgn kejatuhan harga minyak (50%) apabila negara-negara OPEC mula meningkatkan pengeluaran minyak mereka.


Apa yg pahitnya, jika pada awal 80-an tu kita dah meleburkan semua harta utk melabur dalam emas dgn andaian "EMAS TAK JATUH", kita terpaksa menunggu 27 tahun (sehingga 2007) utk dapat balik modal kita. Mati terkangkang la den kalo gitu.. Cuba bayangkan kerugian yg terpaksa ditanggung (susut nilai matawang) dan kerugian kerana hilang pulangan (Fix income yg segan nak bagi pulangan tu dah bleh bagi 50-70% dlm 27 tahun)

Bayangkan pulak klu time kita tgh syok melabur ni, situasi tu berulang kembali.... RB dah takutkan diri sendiri ni..

Pesanan RB : Walaupun EMAS diakui sebagai penyimpan nilai kekayaan dan boleh dijadikan instrumen pelaburan yg berpotensi, emas tetap terdedah kepada risiko. Emas adalah komoditi walaupun ianya unik. Emas terdedah kpd supply and demand. Emas terdedah pd manipulasi walaupun sukar dilakukan. Dan yg paling penting, EMAS bukanlah segala-galanya.... Jadi, timbangkan risiko dlm setiap pelaburan yg dibuat. Tambah ilmu berkaitan emas sebelum melabur. Agihkan pelaburan dlm beberapa instrumen dan jgn tamak....
DAN satu lagi pesanan, Harga emas tidak akan naik menggila walaupun ekonomi US jatuh berdebuk.

TAPI secara peribadi, emas tetap menjadi pilihan RB utk beberapa tahun mendatang. Kita sama-sama revise balik nanti. Ilmu yg masih kurang ni x dapat dijadikan fakta, tetapi boleh dijadikan sikit panduan.

Monday, February 7, 2011

Piawaian Dinar & Dirham (WIM)

Kat Bawah ni merupakan piawaian Dinar & Dirham yg dikeluarkan oleh World Islamic Mint (WIM) iaitu badan yg mengeluarkan standard berdasarkan peraturan shariah bagi pengeluaran syiling, dinar dan dirham. Rekabentuk dan proses pembuatan yg mengikut syarat akan memperolehi lesen berkaitan dari WIM.

PIAWAIAN DINAR

1/2 Dinar 2.125 gram (22 karat, 917) Diameter: 16 mm
1 Dinar 4.250 gram (22 karat, 917) Diameter: 21 mm
2 Dinars 8.500 gram (22 karat, 917) Diameter: 22 mm
5 Dinars 21.25 gram (22 karat, 917) Diameter: 25 mm
8 Dinars 34.00 gram (22 karat, 917) Diameter: 32 mm
(Ketulenan 917 ~  916 @ 916.6666666666)


PIAWAIAN DIRHAM

1 Dirham 2.975 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 22 mm
2 Dirham 5.950 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 25 mm
5 Dirham 14.875 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 32 mm
10 Dirhams 29.75 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 41 mm
20 Dirhams 59.50 gram (Perak Tulen, 999) Diameter: 50 mm

Friday, February 4, 2011

Emas Putih

Cedokan dan Ubahsuai Artikel Dari http://www.hargaemas.com.my/

Emas putih merupakan emas yang telah mengalami proses pemutihan. Proses pemutihan tersebut dilakukan dengan melibatkan reaksi kimia dan juga perubahan struktur atom. Proses pemutihan atau dikenali  sebagai “bleaching” ini biasanya mencampurkannya dengan logam “Nikel” yang lebih murah dan hasilnya adalah adalah hampir kepada platinum dari segi struktur, rupa dan ciri logamnya . Untuk info anda, semua logam didunia ini berwarna putih kekelabuan kecuali emas dan tembaga. Sebab itu salah satu cara untuk menguji keaslian emas, anda melalui torehan pada batu hitam sahaja.


Emas putih ini sudah menjadi trend sejak tahun 1920-an  lagi sebagai pengganti platinum, kerana harga platinum yang lebih mahal dan memerlukan suhu yang sangat tinggi untuk dibentuk menjadi barang perhiasan. Dari segi ekonomi, penggunaan suhu yang tinggi ketika harga minyak dan gas yang  melonjak naik seperti sekarang sangat merugikan.

Untuk perhiasan, amat jarang perhiasan dihasilkan menggunakan emas tulen 24 karat kerana ia terlalu lembut. Kerana itu, dalam mengubah atau membentuk emas tulen menjadi emas perhiasan, emas akan dicampurkan dengan bahan logam lain untuk menguatkan strukturnya. Untuk kualiti, hasil emas putih biasanya sekitar 17 karat. Bila kita melihat emas putih yang berkilat, biasanya perhiasan tersebut sudah ditambah lapisan rodium. Bahan rodium ini digunakan untuk disadurkan kepada emas putih, bukan emas tulen. Dan apabila usia emas putih tadi meningkat, lapisan rodium ini biasanya akan mula menipis dan hilang. Emas putih ini perlu dijaga dengan baik, dan sentiasa perlu disadur untuk memastikannya terus berkilat.

Harga emas putih lebih rendah sedikit berbanding emas kuning. Emas putih biasanya dijadikan perhiasan yang dijual beli di kedai-kedai emas sebagai cincin emas putih, kalung emas putih, gelang emas putih dan sebagainya. Dan perlu diketahui emas putih ini SEMEMANGNYA tidak sesuai untuk dijadikan salah satu bentuk pelaburan kerana kualiti emasnya yang rendah, nilainya boleh jatuh sehingga 70% daripada nilai belian.

Link Sumber Cedokan RB : http://www.hargaemas.com.my/

Kata RB : Mungkin ramai dikalangan kita yg masih terkeliru diantara EMAS PUTIH dan PLATINUM. Dua bahan ini adalah logam yg berbeza walaupun kedua-duanya dijadikan perhiasan. Emas Putih tetap mempunyai campuran emas sedangkan platinum adalah unsur berlainan sama sekali dgn emas.
Oleh itu, emas dan emas putih hanya boleh dijadikan perhiasan utk wanita. HARAM bagi lelaki memakai emas, emas putih atau apa saja campuran yg melibatkan emas. Kekeliruan ini RB utarakan kerana terdapat sebahagian dari kita yg menyangkakan Platinum ialah nama sebenar bagi Emas Putih...

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:

"halal buat orang-orang perempuan."

Sunday, January 30, 2011

Reaksi Umum Bila RB Bercerita Pasal Emas

Bila kepala dah penuh dgn emas. Tiap kali ada peluang, confirm RB selitkan EMAS dlm perbualan. X kira tempat, Chat box, Fesbuk, Kedai Mamak, Depan Rumah, Kenduri, Tempat Kerja, pendek kata semua tempat yg bleh masuk daun. Blog-blog RB x usah cerita la. Tiap kali dgr org bercerita bab kewangan, RB mesti intro sket2 bab EMAS ni. Bagi hint sket2 supaya diorg bertanya.... Kononnya nak sebarkan ilmu emas pada semua rakyat jelata (sebenarnya nak promosi). Hehehe...

Ada yg bagi fedback positif, ada yg senyum, ada yg berkerut dahi macam x percaya, ada jugak yg awal2 dah jatuhkan RB... Xpe la, janji diorg dah tau pasal emas. Percaya atau tak, tu perkara kedua. Tak kenal maka tak cinta...... Yg positif akan memulakan pencarian sendiri. Ye la, mesti segan nk bertanya RB yg setahun jagung dlm bab Emas ni.

Post kali ni RB nk share sket beberapa reaksi yg pernah RB temui sepanjang 5-6 bulan mempromosi emas ni.

1. Dengar, Senyum, Komen Sket dan Terus Senyap
Ni yg paling ramai RB jumpa. Kebanyakannya dari kalangan sahabat terdekat RB sendiri. Bila masuk sket intro, geng yg tau sket bab emas akan kata, "Betul, aku pernah dgr tu". Yg x tau menahu pasal emas pulak, "Ni bisnes org kaya ni, ktorg cukup makan je". "Wah, dah jadi tokey emas pulak ker?" ada jugak yg berkata,"Biar betul ni, macam x logik pulak". Betul seperti yg sifu RB katakan, susah nak bukakan hati org yg dah tutup peluang awal-awal. RB tak salahkan mereka, mungkin banyak sebab yg jadikan mereka tak memberi peluang pada diri sendiri . Biasanya perbualan awal tadi terhenti mcm tu je. Semoga rakan-rakan RB ni terbuka hati untuk melihat peluang dalam EMAS suatu masa nanti.


2. Berminat, Tapi Tiada Duit
Ni pun ramai yg RB jumpa. Sikit yg RB bagitau, berdozen soalan yg ditanya. Tapi kesimpulan akhirnya, "aku xde duit, x boleh nak mula. Nak simpan satu dinar pun x dapat, tengoklah hujung tahun nanti". Xpe, sekurang-kurangnya diorg dah tau pasal emas, sebulan atau setahun, pilihan mereka utk bermula. RB tau, ramai yg teringin utk pelbagaikan simpanan, tapi kekangan kewangan membataskan semua perancangan yg ada. RB sendiri ambil masa hampir 3 bulan sebelum dapat cukupkan modal untuk simpan dan jadi pelabur emas. Bermula dgn sedikit emas kat GIA Public Bank, kini dah mula tambah stok dgn bantuan pinjaman peribadi. Sebenarnya byk cara utk bermula jika benar-benar dah melihat sinar dlm Pelaburan Emas ni...

3. Berminat, Excited dan Selalu Bertanya
Stakat ni RB baru berjumpa beberapa rakan yg benar-benar excited bila bercerita bab emas ni. Awal-awal lagi dah tetapkan temujanji bila dgr cerita kali pertama. Siap bawak kertas kosong dan kalkulator utk kira pulangan. Depa ni akan jd pemberi maklumat percuma pd RB setiap masa. Bila ada kenaikan dan kejatuhan harga emas, cepat2 diorg msg utk berkongsi cerita. Bestnya, bila ada peluang berbual, byk cerita dan info pasal emas yg diorg bleh kongsi bersama.

4. Bagus Tu, Buat La Dulu
Golongan ni pun ramai yg RB jumpa. Bila bercerita, banyak jugak info yg diorg dah tau. Tp akhirnya, "kau buatlah dulu ye, nanti bila dah berjaya, bagitau aku semula". Hehe. Sebenarnya, bila dah mulakan langkah pertama menyimpan emas, kita dah dikira berjaya.

5. Baru Dengar Sikit, Dia Pulak Bercerita Lebih
Cerita kita belum abis intro lagi, tapi dia pulak bercerita lebih. Kalau semua cerita yg diberitahu berfakta xpe la jugak, tp dikaitkan dgn cerita kawan2 dia yg lain terkena skim cepat kaya, pelaburan tipu, MLM dan macam2 lagi. Kisah yg dia ceritakan pun belum tentu betul lagi. Semua peluang dicopnya sebagai tipu. Siap bagi nasihat pulak suruh RB berhati-hati. Memang kita perlu menanam prasangka, tapi kadang2 elok jugak kalau dgr dulu peluang yg ada.

6. Pelabur Poyo
Poyo... Ambil bahasa budak-budak sekarang. Bila cerita sikit bab pelaburan, terus dia letak contoh puluh2 ribu. Bila bab kira untung, contohnya cecah ratusan ribu. Takut jugak RB bila mendengarnya. Maklumlah x pernah jumpa lagi rakan yg nak melabur hingga berkilo-kilo emas ni. Lagak dia bercakap, macam ada ready cash berguni-guni. Tapi bila RB buat follow up, jawapannya, " nanti aku call balik, cash dah guna la". 3 rakan RB yg poyo tu, semuanya senyap sampai sekarang.... Rupanya diorg tak nak kalah bila bercakap. Apa untungnya berlagak kalau ilmu yg ada x dapat dimanfaatkan.

7. Pendengar Yg Baik, Pengkaji Yg Baik
Diorg ni suka mendengar, banyak bertanya dan selalu contact RB utk dapat info. Rupanya diorg ni banyak buat kajian sendiri. Memang langkah yg paling baik cuma rugi kerana bermula lewat. RB dulu pun ambil masa 3 bulan sebelum mula menyimpan dalam GIA. Dan bila betul-betul confident, barulah RB mula menyimpan emas fizikal sebagai pelaburan... Memang rugi bermula lewat....

8. Mengikut Rakan
Beberapa pembeli yg RB jumpa, mula menyimpan kerana rakan mereka yg lain bercerita dan mula menyimpan emas. Biasanya mereka ni mula dgn 1 Dinar. Semoga mereka ni bukan terikut kerana trend menyimpan emas, tetapi kerana kesedaran bahawa emas penyimpan nilai yg sebenarnya. 

9. Pelabur Agresif
Stakat ni, RB hanya berjumpa dgn beberapa org yg benar-benar agresif bila masuk bab emas. Bermacam-macam soalan ditanya hingga tak terjawab. Bukan setakat penerangan lanjut, siap pi seminar free yg sifu Public Gold buat. Buat kajian, surf internet dan beli 2-3 buku sebelum bermula. Yg paling best, dah mengira untung sebelum dapat stok. Diorg ni semuanya dalam proses menjadi atau dah jadi dealer bersama RB. Semoga diorg ni akan terus melebarkan ilmu emas ni....

ANDA BILA NAK BERMULA? Hehe

Friday, January 28, 2011

CIMB BGDA - Produk Pelaburan Emas Terbaru

Nampaknya bank-bank tempatan dah mula mempelbagaikan produk pelaburan khususnya melibatkan emas ni. Kini CIMB pula melancarkan produk pelaburan emas melalui buku akaun yg dinamakan CIMB BGDA (CIMB Bank Gold Deposit Account). Kini kita dah ada 4 peluang menyimpan emas melalui buku akaun selain Maybank, Public Bank dan KFH kat Malaysia ni. BGDA ni dilancarkan pada 17 Januari 2011 lepas dan mempunyai syarat yg hampir sama seperti akaun emas yg lain.

  • Buka Akaun   : Pembelian awal minima 10 gram & dapat buku simpanan.
  • Beli & Jual     : Minimum 5 gram dgn tambahan 1gram
  • Debit / Kredit Simpanan / Pengeluaran Emas melalui Akaun Simpanan / Semasa.
  • Pengeluaran dalam bentuk emas fizikal dgn berat 100g setiap satu
 Untuk maklumat lanjut, korang bacalah sendiri kat web CIMB. Cerita byk pun RB x dpt komisyen. Hehe
 Maklumat lanjut : 1 300 880 900 / www.cimbbank.com.my / CIMB Gold Deposit Account
    PS : Akaun Emas ni sesuai utk penyimpan jangka panjang yg x nak pening2 simpan emas depa yg berketul-ketul tu. Keuntungan hanya berlaku bila jualan balik melebihi harga belian. So, manipulasi dan peluang menggandakan pelaburan agak terbatas berbanding emas fizikal.

    Tuesday, January 25, 2011

    Dinar Borneo

    Dalam asyik merayau smlm, RB terjumpa satu web yg menjual Dinar dan Dirham Borneo. Agak menarik, Dinar ini dihasilkan oleh anak tempatan, saudara Akmal Kudong dari Tawau, Sabah. Syabas kepada anak tempatan yg berjaya menghasilkan Dinar sendiri walaupun masih dalam skala yg kecil. Ini merupakan berita baik kepada penggemar atau pengumpul dinar tempatan atau luar negara untuk menambah kepelbagaian koleksi peribadi.

    Seperti yg pernah dikatakan oleh sifu RB, kemunculan ramai individu atau syarikat yg menghasilkan Dinar bukanlah perlu dilihat disebalik persaingan perniagaan semata, tetapi yg paling penting, mengembangkan ilmu emas kepada seluruh pelusuk manusia, lebih-lebih lagi sesama islam. Jadi jom sama-sama kita menyokong produk keluaran tempatan/melayu/islam ini. RB sediakan link ke web Dinar Borneo utk keterangan lanjut.



    Pengeluaran Dinar oleh individu amat dialu-alukan oleh kami pengumpul Dinar selagi ianya tetap mematuhi syarat, timbangan dan purity yang seragam. Dinar itu mempunyai Ruh tersendiri hinggakan ianya tetap bernilai sepanjang masa.