Emas putih merupakan emas yang telah mengalami proses pemutihan. Proses pemutihan tersebut dilakukan dengan melibatkan reaksi kimia dan juga perubahan struktur atom. Proses pemutihan atau dikenali sebagai “bleaching” ini biasanya mencampurkannya dengan logam “Nikel” yang lebih murah dan hasilnya adalah adalah hampir kepada platinum dari segi struktur, rupa dan ciri logamnya . Untuk info anda, semua logam didunia ini berwarna putih kekelabuan kecuali emas dan tembaga. Sebab itu salah satu cara untuk menguji keaslian emas, anda melalui torehan pada batu hitam sahaja.

Untuk perhiasan, amat jarang perhiasan dihasilkan menggunakan emas tulen 24 karat kerana ia terlalu lembut. Kerana itu, dalam mengubah atau membentuk emas tulen menjadi emas perhiasan, emas akan dicampurkan dengan bahan logam lain untuk menguatkan strukturnya. Untuk kualiti, hasil emas putih biasanya sekitar 17 karat. Bila kita melihat emas putih yang berkilat, biasanya perhiasan tersebut sudah ditambah lapisan rodium. Bahan rodium ini digunakan untuk disadurkan kepada emas putih, bukan emas tulen. Dan apabila usia emas putih tadi meningkat, lapisan rodium ini biasanya akan mula menipis dan hilang. Emas putih ini perlu dijaga dengan baik, dan sentiasa perlu disadur untuk memastikannya terus berkilat.
Harga emas putih lebih rendah sedikit berbanding emas kuning. Emas putih biasanya dijadikan perhiasan yang dijual beli di kedai-kedai emas sebagai cincin emas putih, kalung emas putih, gelang emas putih dan sebagainya. Dan perlu diketahui emas putih ini SEMEMANGNYA tidak sesuai untuk dijadikan salah satu bentuk pelaburan kerana kualiti emasnya yang rendah, nilainya boleh jatuh sehingga 70% daripada nilai belian.
Link Sumber Cedokan RB : http://www.hargaemas.com.my/
Kata RB : Mungkin ramai dikalangan kita yg masih terkeliru diantara EMAS PUTIH dan PLATINUM. Dua bahan ini adalah logam yg berbeza walaupun kedua-duanya dijadikan perhiasan. Emas Putih tetap mempunyai campuran emas sedangkan platinum adalah unsur berlainan sama sekali dgn emas.
Oleh itu, emas dan emas putih hanya boleh dijadikan perhiasan utk wanita. HARAM bagi lelaki memakai emas, emas putih atau apa saja campuran yg melibatkan emas. Kekeliruan ini RB utarakan kerana terdapat sebahagian dari kita yg menyangkakan Platinum ialah nama sebenar bagi Emas Putih...
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tetapi Ibnu Majah menambah:
"halal buat orang-orang perempuan."
0 comments:
Post a Comment