Ada 6 sebab kenapa individu menjadikan emas sebagai pilihan mereka. Kita berada ditempat yg mana agaknya? 6 sebab yg RB senaraikan ni mewakili 6 golongan utama seperti kat bawah :
1. PENYIMPAN & PENGUMPUL
Golongan ini menjadikan emas sebagai koleksi (syiling & dinar) atau simpanan untuk mengekalkan aset mereka sekiranya berlaku ketidaktentuan ekonomi akibat inflasi, deflasi atau krisis kewangan yg teruk. Biasanya simpanan yg dibuat lebih kecil, sama ada dalam bentuk Gold Account atau beberapa keping syiling/dinar yg dirasakan selesa untuk disimpan secara peribadi. Terdapat juga penyimpan yg berdisiplin, menyimpan secara "cost averaging", dengan menyimpan emas sedikit demi sedikit secara berkala.
2. PERHIASAN
Golongan penggemar barangan perhiasan emas ini biasanya terdiri dari golongan wanita. Mereka tertarik dengan emas kerana sifatnya yg unik atau kerana mengetahui serba sedikit tentang nilainya. Hampir 70 peratus wanita memakai barangan perhiasan dan sebahagian darinya adalah perhiasaan emas. (At least, seorang perempuan yg bersuami semestinya mempunyai cincin belah rotan emas). Simpanan dalam bentuk hiasan ini kadang kala nilainya mencecah ratusan ribu ringgit (macam mami jarum tu).
3. PELABURAN & PENDAPATAN TAMBAHAN
Golongan ini biasanya mempunyai ilmu berkaitan emas, suka membuat kajian dan gemar mengorek rahsia dari sifu-sifu emas. Ada yg menjadikannya sebagai pelaburan dan ada yg menjadikannya sebagai sumber utama pendapatan. Rahsianya selain mempunyai initial pelaburan yg tinggi ialah manipulasi sistem kewangan sedia ada dan pajakan untuk menambah nilai pulangan. (Rahsia yg akan RB kongsikan sedikit masa nanti)
4. TOKEY EMAS
Golongan paling berjaya dalam dunia emas. Boleh kita panggil sifu dah ni. Depa pulun semua peluang yang ada. Tokey emas menyimpan, melabur, menjadikan pendapatan utama dengan manipulasi sistem kewangan, pajak emas untuk modal dan stok perniagaan serta meraih keuntungan baik semasa membeli atau menjual emas mereka. Mana ada tokey emas bangkrap. Kalaupun stok x laku, mereka boleh goyang kaki dengan kenaikan emas setiap masa. Golongan ini paling alert & cepat bertindak. So, kita semua mesti belajar banyak2 dengan tokey yang ada ni.
5. SIMPAN & LABUR KERANA TERIKUT
Ni golongan yang rugi. Walaupun harga emas meningkat, mereka tetap kerugian kerana tidak mempunyai ilmu yg cukup. Mungkin mereka menyimpan kerana mengikut trend rakan-rakan yg menyimpan atau kerana dipaksa secara rela oleh penjual emas yg hanya mengejar keuntungan. Ingat, nilai emas dan kelebihannya hanya boleh dilihat oleh mereka yg benar2 mengenalinya. Nilai emas bukan sekadar naik turunnya dalam RM atau USD. Bak kata En Shukor (Jutawan Emas), emas mempunyai ruh tersendiri. Jadi kenalilah emas sebelum jadikannya pendamping kita.
6. MELABUR DENGAN NAFSU

2 comments:
Menarik tang tauke emas yang banyak ilmu, mereka tak tutup kedai kerana sampai satu masa tak boleh bayar hutang barang masuk, mereka akan jual semula stok emas yang tersimpan lama kepada rakan-rakan kedai emas yang lain atau buat lelongan harga potongan harga paling rendah tetapi tetap untung. ontoh habib membuat potongan harga emas sehingga 40% pada raya tahun 2011, agak-agak emas tahun bila dia jual?
TQ Tuan Pendita...
Tak kisah stok thn brape Habib simpan kan? Dlm 27 tahun terkebelakang, emas naik dgn stabil... Stok thn lepas pun depa untung. Diorg beli harga borong, x mcm kita. Td pi Poh Kong, ada promosi lg.. Depa kluarkan syiling Arnab baru utk cenderahati. Harga market biasa. Tu mesti recycle emas tahun stok lama. Kilang sendiri. Untung tetap ada... Bila la kita bleh bukak kedai emas ni...
Post a Comment