Info Raja Bukit
- MaLaYNeuM aka Raja Bukit
- Manager : -- Rangkaian Emas Raja Bukit --------- ERB MILLENIUM GOLD (JM0607971-P)-----Kerjaya : Pendidik di Selatan Johor Apex TM : Internet n affiliate biz, marketing n ebook seller. EMAS : Khidmat nasihat pelaburan dan manipulasi emas. Dealer Sinar Gold, Public Gold n GCP. Contact : (0127594049)
MODUL EMAS RAJA BUKIT
MODUL EMAS RAJA BUKIT
Pelawat Minggu Ini
Rakan RB
Harga Emas Terkini
Blog Sifu-Sifu
-
-
-
LELONGAN 414 years ago
-
-
-
Web Sykt Penaung
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049
Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas
Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.
Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)
Sebagai contoh,
- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco
>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!
>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!
Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!
Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!
Berbaloi kan???
Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.
Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?
2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.
Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar
Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)
Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :
1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas
Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.
Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..
MODUL EMAS RAJA BUKIT
-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-
Wednesday, March 9, 2011
Bagaimana RB Membuat Untung Dgn Emas
Cara yg RB maksudkan tu cite tu macam yg korang semua dah tau....
1. Beli Murah - Simpan - Jual bila harga tinggi
Nak menunggu harga tinggi tu sikit punya lama kan. Harga yg naik pun macam tak berbaloi nak jual semula. Dah la konsep asal nak kumpul emas banyak-banyak. Kalau jual, macam mana pulak kita nak dapat untung seterusnya.... Memang ni x boleh jalan....
2. Komisyen Jualan
Stakat jual 2-3 ratus gram, berapa la sangat komisyen yg dapat. Tolak kos overhed, tinggal seposen dua je dalam akaun. Tu pun kalau menjual.... Yg tak menjual... Komisyen pun tak dapat bau...
Bila dah ramai jumpa tok guru, akhirnya RB jumpa dgn dua otai yg kongsi sket ilmu depa. Pok Li n Karim BizMambau. Rupanya ada seribu satu macam bagaimana Otai-Otai ni gandakan simpanan mereka dan menjana pendapatan melalui emas ni. Yg bestnya, bukan keuntungan semata-mata melalui jualan... Ilmu yg jarang dan susah sangat nak kita jumpa.. Setelah berguru sikit2 dgn depa ni, melalui kursus dan seminar (Bayar beb) yg dibuat, RB dah jumpa cara terbaik utk gandakan simpanan Emas RB...
Langkah pertama, kedua dan ketiga adalah untuk mencapai 1kg simpanan emas peribadi... Bunyi macam susah.. Tp dgn optimisnya dan penuh konfiden RB mensasarkan 1 tahun untuk cukupkan 1kg tu, sebelum menambah kepada 4kg simpanan untuk langkah seterusnya...
So sekarang ni, RB nak ceritakan caranya.....Ada 9 tahap semuanya....
TAHAP 1 : 4 skill pertama
1. skill gadaian yg betul - rembat + rempit + multiply + overlaps
2. bagaimana memulakan biz dgn modal rm000 -rembat + rempit + doubles multiply + overlaps
3. skill marketing online - open market
4. skill bubbles + interbanks
Oppsss, tak semudah tu nak dapatkan Rahsianya....
Tapi jika betul nak tau, boleh jumpa RB secara personal utk kita sama-sama berkongsi rahsia.... Atau terus berguru dengan Mahaguru berdua tu (Lagi Afdal)......
Saturday, March 5, 2011
DIY - Menguji Ketulenan Emas (Kaedah Timbangan)
BAHAN/ALATAN YG DIPERLUKAN : (mcm nak masak pulak)
1) Emas/Perak yang nak diuji
2) Penimbang dgn 2 titik perpuluhan
3) Cawan plastik yg ringan
4) Benang
5) Air paip
6) Kalkulator
CARANYA :
1) Timbang berat emas (1 dinar 4.25g)
2) Timbang berat air + cawan, catat berat
3) timbang berat air + cawan + emas (telah diikat benang & dimasukkn dlm air tanpa menyentuh dasar cawan), catat berat
Formula Pengiraan = (1) / [(3)-(2)](0.24 cm padu)
dpt jawapan bahagikn dengan 19.3 (ketumpatan emas)
kalo dpt 17.71/19.3=0.917...betulla tu tulinnya 91.7%
blh apply utk dirham/perak ketumpatannya 10.49g/cm
Thursday, March 3, 2011
Pengiraan Zakat Emas & Perak
Kali ni kita sama-sama blajar sket bab Zakat emas dan Perak ni. Nampaknya, dlm stahun dua ni, makin ramai rakan RB dan masyarakat sekeliling mula menyimpan emas. Dah simpan tu, menjadi tanggungjawab kita untuk selesaikan sedikit tanggungjawab kepada yang berhak. Meh kita tgk, berapa yg wajib dizakatkan.
Tulisan dibawah ni, RB ambil terus dari e-mel En Syukor Hashim..
Untuk pengetahuan anda emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu” (At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
2. Zakat emas yang dipakai.
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)
Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)
Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.
Berikut adalah nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia.- Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
- Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
- Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
- Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
- Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
- Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
- Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
- Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
- Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
- Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
- Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahn, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
(sumber: http://web.e-zakat.com.my/baru/organisasi/faq.asp)
p/s: Banyak lagi persoalan zakat yang boleh didapati dengan melawat link diatas.
Pengiraan zakat perak.
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50
Kesimpulan.
Saya berharap agar topik ini membantu anda memahami persoalan zakat emas dan perak. Ini kerana zakat merupakan kewajipan terhadap orang Islam yang cukup syarat. Sebagai pelabur sudah tentu kita inginkan kekayaan dunia dan kekayaan di akhirat . Keberkatan di dunia dan keberkatan di akhirat.Ok then, selamat membuat pelaburan emas dan perak
Sunday, February 27, 2011
Ayat Al Quran Berkaitan Emas, Perak dan Dinar
AYAT AL-QURAN YANG BERKAITAN DENGAN EMAS
Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis EMAS, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). (QS. 3:14)
sesungguhnya orang-orang yang kafir dan mati sedang mereka tetap dalam kekafirannya, maka tidaklah akan diterima dari seseorang di antara mereka EMAS sepenuh bumi, walaupun dia menebus diri dengan EMAS (yang sebanyak itu). Bagi mereka itulah siksa yang pedih dan sekali-kali mereka tidak memperoleh penolong. (QS. 3:91)
Dan kaum Musa, setelah kepergian Musa ke gunung Thur membuat dari perhiasan-perhiasan (EMAS) mereka anak lembu yang bertubuh dan bersuara. Apakah mereka tidak mengetahui bahwa anak lembu itu tidak dapat berbicara dengan mereka dan tidak dapat (pula) menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (sebagai sembahan) dan mereka adalah orang-orang yang zalim. (QS. 7:148)
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan EMAS dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka, (bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih, (QS. 9:34)
pada hari dipanaskan EMAS perak itu di dalam neraka Jahannam, lalu dibakarnya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan) kepada mereka: Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri,maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan. (QS. 9:35)
Atau kamu mempunyai sebuah rumah dari EMAS, atau kamu naik ke langit. Dan kami sekali-kali tidak akan mempercayai kenaikanmu itu hingga kamu turunkan atas kami sebuah kitab yang kami baca. Katakanlah: Maha suci Rabbku, bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi rasul (QS. 17:93)
Sesungguhnya Allah mamasukkan orang-orang beriman dan mengerjakan amal yang saleh ke dalam surga-surga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai. Di surga itu mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS dan mutiara, dan pakaian mereka adalah sutera. (QS. 22:23)
Faathir(35), ayat 33
(Bagi mereka) surga Adn, mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari EMAS, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka di dalamnya adalah sutera. (QS. 35:33)
Az-Zukhruf(43), ayat 35
Dan (Kami buatkan pula) perhiasan-perhiasan (dari EMAS untuk mereka). Dan semuanya itu tidak lain hanyalah kesenangan kehidupan dunia, dan kehidupan akhirat itu di sisi Rabbmu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 43:35)
Az-Zukhruf(43), ayat 53
Mengapa tidak dipakaikan kepadanya gelang dari EMAS atau malaikat datang bersama-sama dia untuk mengiringkannya. (QS. 43:53)
Az-Zukhruf(43), ayat 71
Diedarkan kepada mereka piring-piring dari EMAS, dan piala-piala dan di dalam surga itu terdapat segala apa yang diingini oleh hati dan sedap (dipandang) mata dan kamu kekal di dalamnya. (QS. 43:71)
Al-Waaqi'ah(56), ayat 15
Mereka berada di atas dipan yang bertahtahkan EMAS dan permata, (QS. 56:15)
Al-Kahfi(18), ayat 19
Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar mereka saling bertanya diantara mereka sendiri. Berkatalah salah seorang diantara mereka: Sudah berapa lamakah kamu berada (di sini). Mereka menjawab: Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari. Berkata (yang lain lagi): Rabb kamu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa uang PERAKmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik, maka hendaklah dia membawa makanan itu untukmu, dan hendaklah ia berlaku lemah lembut dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun. (QS. 18:19)
Az-Zukhruf(43), ayat 33
Dan sekiranya bukan karena hendak menghindari manusia menjadi umat yang satu (dalam kekafiran), tentulah Kami buatkan bagi orang-orang yang kafir kepada (Rabb) Yang Maha Pemurah loteng-loteng PERAK bagi rumah mereka dan (juga) tangga-tangga (PERAK) yang mereka menaikinya. (QS. 43:33)
Az-Zukhruf(43), ayat 34
Dan (Kami buatkan pula) pintu-pintu (PERAK) bagi rumah-rumah mereka dan (begitu pula) dipan-dipan yang mereka bertelekan atasnya. (QS. 43:34)
Al-Ma'aarij(70), ayat 8
Pada hari ketika langit menjadi seperti luluhan PERAK. (QS. 70:8)
Al-Insaan(76), ayat 15
Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari PERAK, dan piala-piala yang bening laksana kaca, (QS. 76:15)
Al-Insaan(76), ayat 16
(yaitu) kaca-kaca (yang terbuat) dari PERAK yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. (QS. 76:16
Al-Insaan(76), ayat 21
Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari PERAK, dan Rabb memberikan kepada mereka minuman yang bersih. (QS. 76:21)
Ali 'Imran(3), ayat 75
Di antara Ahli Kitab ada orang yang yang jika kamu mempercayakan kepadanya harta yang banyak, dikembalikannya kepadamu; dan di antara mereka ada orang yang jika kamu mempercayakan kepadanya satu DINAR, tidak dikembalikannya kepadamu, kecuali jika kamu selalu menagihnya. Yang demikian itu lantaran mereka mengatakan: Tidak ada dosa bagi kami terhadap orang-orang ummi. Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui. (QS. 3:75)
Yusuf(12), ayat 20
Dan mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, yaitu beberapa DIRHAM saja, dan mereka merasa tidak tertarik hatinya kepada Yusuf. (QS. 12:20)
Ar-Ra'd(13), ayat 17
Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya,maka arus itu membawa buih yang mengembang. Dan dari apa (LOGAM) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasaan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan. (QS. 13:17)
Friday, February 25, 2011
Akhirnya Dapat Bertemu Pok Li PWM
Moto utama Pok Li, "Sharing is caring". Memang betul dia suka sharing, sampai kul 2 pagi dia sanggup melayan kami yg masih baru ni dengan macam2 soalan yg mungkin dia dah boring nak jawab. Terima kasih banyak2 Pok Li.. So, ari ni RB pun nak share sket apa yg RB dah blajar dgn Pok Li.
Pok Li lebih menekankan aspek pengurusan kewangan dalam seminar dia. Ilmu, matlamat yg jelas, pengurusan yg betul dan strategi yg mantap adalah asas dalam mana-mana pelaburan. Yg paling best, lebih 10 skill baru RB dapat blajar dari Pok Li. Nak tau apa dia skill pelaburan emas yg RB dapat korek tu?
| Bersama Pok Li selepas Seminar |
Kepentingan menguasai dan mengaplikasikan :
- OPM, Other People Money
- Leverage
- Networking
- Cash Flow
- Money Machine
- Tips Menjadi Tokey Emas
- Stok Sendiri
- Stok Multiply
- Free Stock
- OD Emas
- Open Market
- Manipulasi Ar Rahnu
- Overlap sebagai income
- Overlap untuk tambah pelaburan (Emas dan Hartanah)
- Bubble
- Skill Gaji
- Gaji dan Dinar
- Rempit
- Kredit Kad Overide dan,
- Angsa Emas
Tuesday, February 22, 2011
Thursday, February 17, 2011
Sandarkan Harta Kita pada Emas
Jadi, untuk permulaan ni, RB memulakan langkah dengan menyandarkan harta baru RB dengan emas. Bukan harta mahal sangat pun... Set bilik tido jer (harta jugak ni) hehe... Meh RB kongsi sket caranya..
Last week RB berkenan dgn satu set bilik (Katil ngan Meja solek) kat Courts Mammoth. Harganya RM1899 cash. Klu beli ansuran, perlu down payment 10% (RM190) dan seterusnya RM 189.90 tiap bulan selama 10 bulan. Jadi, harga jualan dgn cara kredit tu jadi lebih kurang RM2089....
Dalam dok berkenan tu, RB terfikir nak praktik cara sandarkan harta dgn emas tu... RB tunda belian, balik umah dan buat sikit kiraan..
Harga Perabot : RM 1899
Belian Cash : RM 1899
Belian Kredit : RM 2089 ( RM1899 + RM 190 ) Payment RM 189.90 sebulan selama 10 bulan.
Cara yang RB gunakan utk belian perabot tu..
Dengan bermodalkan sekeping bar 20g emas yg jd stok jualan RB, bar tu RB Ar-Rahnukan kat Agro Bank.
Emas Cagaran : Bar 20g
Nilai Marhum : RM 3316 ( 20g x RM 165.80)
Pinjaman : RM 1900 (57% dari marhum, depa kira 60%)
Upah bulanan : RM 19.90 ( RM 0.60 bagi setiap RM100 pinjaman)
Memandangkanbelian cara hutang tu ambik masa 10 bulan. So RB akan cuba langsaikan hutang kat pajak tu selama 10 bulan jugak.
Jadi bayarannya ialah RM 209.90 sebulan selama 10 bulan.
Kiraan bayaran bulanan tu camni.
Pinjaman tiap bulan : RM 190 (RM1900/10 bulan)
Upah : RM 19.90
Bayaran Bulanan : RM 209.90 (RM 190 + RM19.90)
Apa yg RB dapat dengan cara ni berbanding belian secara cash atau ansuran dgn Courts?
Belian Cash : Kos RM1899 & dapat perabot
Belian Hutang : Kos RM 2089 & dapat perabot
Sandarkan dgn Emas : Untung RM463 & dapat perabot
(Perabot + Nilai Emas selepas 10 bulan) - (Modal Emas Asal + Bayaran Ar Rahnu)
( 1899 + 3979) - (3316 + 2099)
*Ambil kira kenaikan emas 24% purata setahun
Kategori artikel
- ANALISIS RAJA BUKIT (12)
- AR RAHNU (9)
- Artikel/Keratan Akhbar/Majalah (20)
- DINAR (6)
- EMAS DAN PELABURAN (12)
- Emas Sana Sini (6)
- INFO AM (45)
- PERAK dan DIRHAM (6)
- PERLU TAHU (24)
- RAJA BUKIT (5)
Entri Popular RB
-
Emas Batangan Palsu Lambakan produk emas dipasaran sekarang memungkinkan kita terkena atau tertipu semasa membeli emas. Lebih-lebih lagi ...
-
SERAMBI EMAS : SIMPANAN EMAS AR RAHNU ADALAH PERNIAGAAN Menarik bukan? Simpanan yang menjadi perniagaan yg menguntungkan... Tapi betul ke ia...
-
Tentunya pembaca semua pernah terdengar bab emas lelong ni kan. Cuma mungkin ada yg belum pernah mencuba atau mungkin tak tau cara bagaimana...
-
Beberapa hari ni RB ditawarkan peluang menyertai VGMC, sebuah sykt pelaburan emas yg melibat jual beli saham secara maya. Dah jd tabiat RB, ...
-
Nampaknya bank-bank tempatan dah mula mempelbagaikan produk pelaburan khususnya melibatkan emas ni. Kini CIMB pula melancarkan produk pelabu...
-
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah: Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba) Perbezaan utama antara A...



