1. Simpan dan Beli
Anda boleh bermula dengan menyimpan Dinar. Harga 1 Dinar lebih kurang + RM650. Simpan wang gaji setiap bulan, dan mungkin setiap 3 atau 4 bulan anda sudah berjaya menyimpan 1Dinar. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 3 Dinar telah kita perolehi.
Jika anda ingin menggandakan lagi Dinar anda, gunakan teknik pajakan untuk mendapatkan lebih Dinar. Macam mana caranya? Katakan anda mempunyai lebihan wang setiap bulan sebanyak RM 200. Selepas 4 bulan, wang yang disimpan sebanyak RM800. Gunakan RM650 untuk membeli 1 Dinar (Baki RM150). Bulan ke-5, Dinar yg dibeli tadi kemudiannya dipajakkan di Ar Rahnu. Dengan 1 Dinar, anda boleh mendapat 65% dari nilai marhum emas anda iaitu sebanyak RM 420. Wang pajakan tadi (RM420) digunakan bersama wang baki simpanan (RM150) dan wang simpanan bulan ke-5 (RM200) untuk belian Dinar ke-2. Katakan Harga Dinar masih lagi RM650, maka lebihan wang ditangan ialah RM 120. Dengan upah simpanan lebih kurang RM 5 seDinar setiap bulan (RM0.75 setiap RM 100 pinjaman), anda boleh gandakan nilai simpanan Dinar anda sehingga 2 kali ganda.
Ulangan cara diatas boleh dibuat sama ada dengan melepaskan dahulu Dinar pajakan dgn wang simpanan atau meneruskan teknik pajakan dengan wang simpanan sehingga beberapa pusingan sebelum anda menjual/ membebaskan Dinar anda. Pastikan wang simpanan disediakan untuk kos tebusan dan kos simpanan.
2. Pinjaman Peribadi
Berbaloi ke buat pinjaman untuk beli emas? Pada RB, selagi hutang tu dapat memberikan menambah pendapatan kita, ianya tetap menguntungkan. Tapi perlu diingat, jgn membuat pinjaman hingga menyebabkan aliran kewangan setiap bulan membuatkan kita tersepit. Pastikan installment setiap bulan dapat dibayar dgn baik.
Secara kasar jika dikira interest yg dikenakan oleh bank tempatan dan pulangan dari pelaburan emas, kita boleh melangsaikan hutang kita pada tahun ke-2 dengan sedikit keuntungan. Katakan kita membuat loan di Bank Rakyat dgn interest semasa 4.85% untuk 10 tahun. Jika loan yg dibuat sebanyak 10K, jumlah bayaran penuh ialah sebanyak RM14900. Kita membeli emas dengan kesemua pinjaman tadi. Mengambil kira pulangan purata emas sebanyak 15% setiap tahun (Biasanya pulangan mencecah 27% setahun). Pada tahun ke-2 kita telah dapat menggandakan emas kita dgn nilai RM 13000. Tahun ke-3 RM 14500, tahun ke-4 RM 16000 dan seterusnya. Jika kita masih menyimpan emas tersebut sehingga 10 tahun, nilainya telah menjangkau RM 25000...Menguntungkan..... Dgn bayaran bulanan RM 124, kita mendapat 25k selepas 10 tahun. Lebih berbaloi dari pinjaman ASB.
Jika kita menggunakan teknik pajakan terhadap emas kita tadi, ianya akan memberikan lebih nilai kepada pelaburan kita. Tu belum lagi beli dan pajakkan.
3. Teknik Belian Pajak Melalui RB
Teknik ini hanya boleh dibuat jika membeli emas melalui Raja Bukit. Pembeli perlu menyediakan sebahagian wang sebagai permulaan. Katakan anda ingin membeli jongkong 20g pada harga semasa RM3200. Anda perlu menyediakan 35% dari nilai emas (RM1120) sebelum urusniaga dijalankan. Anda dan RB akan ke Ar Rahnu untuk pajakan emas yg dipersetujui. Dengan nilai semasa, 20g emas memberikan nilai pinjaman RM2080 (65% nilai marhum). Pajakan akan dibuat atas nama pembeli. Sebaik sahaja pajakan selesai. Wang pajakan (RM2080) dan modal awal anda (RM1120) akan digunakan untuk membayar harga emas yg dibekalkan. So, apa yg terjadi?
- Anda mendapat emas yg terpajak dgn nilai RM3200. Jika anda mengambil masa setahun untuk menebus kembali emas pajakan (Pinjaman RM2080 dan Upah RM24 x 12 bulan), anda memerlukan RM2368 untuk mendapatkan emas anda. Lebih kurang RM 198 setiap bulan. Berdasarkan kenaikan emas 27% setiap tahun, nilai emas anda menjadi RM4064. Keuntungan hampir RM 570 ataukeuntungan bersih hingga 20%.
- RB mendapat komisyen dari belian emas
- Ar-Rahnu mendapat upah pajakan.
PESANAN RB : Jangan paksa diri untuk bermula. Simpan sekadar termampu dan kurangkan risiko dalam pelaburan. Tambah ilmu emas terlebih dahulu sebelum meletakkan semua risiko pada satu tempat. Selamat menyimpan...........