RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Wednesday, June 29, 2011

Untung Rugi Emas Pajakan Anda

Setiap pelaburan yg dibuat, objektif utama yg perlu kita fokus adalah keuntungan. Untuk mendapatkan gambaran sebenar untung rugi emas pajakan kita tu, RB tunjukkan secara ringkas apa yg perlu kita ambil kira.
(Post ini sekadar menunjukkan untung rugi pajakan, tidak mengambil kira faktor lain spt sebab pajak atau kat mana nak digunakan wang pajakan tu)

KOS PAJAKAN = 
9% setahun ( ambil kira nilai pinjaman maksimum 70% dari marhun @ 75 sen setiap RM 100 dipinjam)

SPREAD = 3-5% jika dibeli sebagai ejen atau terus dari kilang
               5-10% jika membeli emas selain Barang Kemas
               10-20% jika membeli Barang Kemas di kedai emas

PREMIUM = RM 40 ke RM 250 jika membeli dari kedai emas

PENINGKATAN NILAI = 24% hingga 30% bergantung pd keadaan semasa.

KIRAAN UNTUNG RUGI

1. Ambil kira worst case scenario. Beli barang kemas bernilai RM5000 dari kedai emas dan dipajakkan selama setahun.
UNTUNG RUGI = (Nilai emas + Peningkatan Nilai) - (Kos Pajakan + Spread+ Premium)
                         =  RM5000 + 24%) - (9% + 20% + RM250)
                     RM5000 + RM1200 - RM450 - RM1000 - RM250
                         =  RM4500 (Anda kerugian RM450 atau 9%)

2. Kiraan jika anda seorang pelabur yg bijak. Belian jongkong bernilai RM5000 sykt XX dan dipajakkan selama setahun.

UNTUNG RUGI = (Nilai emas + Peningkatan Nilai) - (Kos Pajakan + Spread+ Premium)
                         =  RM5000 + 30%) - (9% + 5% + RM50)
                     RM5000 + RM1500 - RM450 - RM250 - RM50
                         =  RM5750 (Anda Untung RM750 atau 15%)


SO, CAMNA NAK MENDAPAT KEUNTUNGAN DARI PAJAKAN ANDA?

1. Peningkatan nilai- Kenaikan harga emas tidak dapat kita kawal. Jadi, untuk mendapatkan peningkatan nilai maksimum selain dari "initial gain" emas kita, kita perlu menggunakan wang pinjaman sebaik mungkin. Mungkin boleh digunakan sebagai suntikan modal bisnes lain, belian stok emas baru atau invest dalam instrumen lain yg boleh memberikan pulangan yg lebih dari 10% setahun. (Ikuti post akan datang utk dapatkan cara menggandakan nilai & gram emas yg akan RB kongsikan nanti)  

2. Kos Pajakan- Kurangkan kos pajakan dengan pinjaman minimum atau sekadar yg diperlukan oleh anda. Minimum kos pajakan ialah 6% setahun jika anda membuat pinjaman sekitar 50% dari nilai marhun. Atau anda perlu alert dgn promosi Ar Rahnu yg memberikan less upah simpan pd masa tertentu.

3. Spread- Beli emas yg ditawarkan dgn spread yg rendah. Sama ada dari kilang, menjadi agen sykt tertentu atau jual/beli kepada individu tertentu. Walaupun spread hanya memberi kesan sekali dlm setiap belian, ianya amat penting jika pelaburan dibuat dlm jangka masa yg singkat.

4. Premium- Premium biasanya dikategorikan sebagai caj upah atau apa saja kos yg akan diserap semasa proses jualan. Anda boleh mengelakkan caj ini jika membeli melalui sykt atau individu tertentu. Elakkan membeli dikedai emas kerana mereka menggunakan Caj premium ini utk memanipulasikan harga dan meninggikan margin keuntungan mereka. Jika anda tidak mempunyai pilihan selain membeli barang kemas dikedai emas, beli barangan dgn berat semaksimum mungkin untuk memuratakan kos premium. Pilih rekabentuk barang kemas yg ringkas tanpa sebarang hiasan atau campuran logam lain.

    P/S : Pelabur yg bijak hanya menggunakan AR Rahnu jika pulangan yg diperolehi menggandakan nilai pelaburan mereka.... Elakkan meminjam dan elakkan AR Rahnu... Kecuali anda tau rahsianya....

    Friday, June 24, 2011

    Gold Bar dalam Ar Rahnu masih selamat

    Salam Semua...
    Walaupun RB dah ketinggalan keretapi, isu ni tetap RB nak kongsikan.. 23 Jun 2011, Rb ke Agro utk tebus beberapa ketul Gold Bar yg lama terperap. Misinya, melupuskan Bar dlm simpanan utk ditukarkan kpd Barang Kemas terpilih..
    Kenapa Barang Kemas? Semua dah tau kan? Pasif income yg boleh bagi pendapatan mingguan.. Berbaloi-baloi klu kena caranya...

    Ok, isu yg nak RB kongsikan sebenarnya berkaitan GOLD BAR dlm Ar Rahnu Agro Bank..  Berdasarkan info yg pegawai tu kongsikan, Agro Bank menyekat pajakan Gold Bar dan Syiling kerana beberapa sebab.. Antaranya ialah :
    1. Siatan Bank Negara keatas satu sykt emas yg menggunakan GBar dalam plan pemasaran 2+1 mereka. Kesinambungan itu menyebabkan kemasukan GB Pamp dipantau dengan ketat..
    2. Trend pemasaran beberapa individu (Dealer) yg menggunakan pendekatan yg sama bagi pemasaran GB sykt induk mereka.. Ada pemajak yg x dpt bayar upah pajak. Punya la gila idea rempit yg diajar oleh DEALER2 penyagak ni. Tau nak jual produk je..
    3. dan yg ke-3, Agro Bank diorg yg punya.. saja buat gempak.. hehe (Gempak yg sebabkn ramai kat luar tu terkincit)
    Berita baiknya, GBar & Syiling dibenarkan OVERLAP hingga polisi baru dikeluarkan. Dan kemungkinan besar penarikan semula memo sekatan pajakan akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

    Kesimpulannya, Agro masih benarkan 
    1. Pemanjangan tempoh pajakan 6+3+2tu mcm biasa..
    2. Membenarkan emas SEDIA ADA di Overlap hingga korang rasa nak tebus balik..
    3. Tiada kemasukan GB & Syiling baru hingga memo lain dikeluarkan..
    4. KEMUNGKINAN GB PG akan diterima kembali dlm masa terdekat..
    Tu info yg RB dapat drpd pegawai bank tu... Apa pun, pi tanya dulu Agro berdekatan utk melicinkan urusan. Nama bank mungkin sama, tp songeh pegawai tiap cawangan berbeza-beza... Mcm-mcm versi yg kita boleh dgr dari mereka...

    Pesan RB : Jika anda seorang PEMAJAK, beralihlah kpd Barang Kemas... Banyak kelebihannya....

    Thursday, June 16, 2011

    Tempat Simpan Emas Terbaik

    Ramai jugak yg bertanya, bila dh beli emas, kat mana nak simpan? Klu barang kemas, boleh jugak dibuat melaram. Tp klu beli gold bar, takkan nak tambah cangkuk buat jd key chain pulak kan...
     
    Kat bawah ni ada 3 tempat terbaik yg RB fikirkan sesuai sangat utk kita simpan emas yg berkepuk-kepuk tu.

    1. Simpan di rumah : Tempat majoriti dari kalangan kita simpan barang berharga mereka. Cuma perkara paling penting, tempat tu selamat dan kita boleh ingat. Rasanya kalo simpan kat luar rumah, lg selamat kot. RB x terdengar lagi perompak yg mencuri kat luar rumah. Semua barang yg depa angkut biasanya amik kt dalam lepas diorg pecah masuk. Hehe.. Korang try la dulu.
    Oklah, RB bagi sket idea apa yg terlintas kat kepala ni, mana tempat yg paling sesuai...Simpan dlm kotak fius, dlm buku/majalah, mainan anak2, box DVD, bekas kain busuk, dlm tong sampah, flush tandas, peti sejuk, bawah tong gas dan ...... Korang takut sangat, lilit je kat pinggang..

    2. Simpan di Safe Deposit Box (SDB): Berbaloi jika nilai kenaikan emas boleh belenkan kos simpan. Box kecik x sampai Rm100 pun stahun. Selain dari kalis api & kecurian, kita boleh insurankan barang yg kita simpan tu. Thrill kan? mcm crite James Bond pulak dah...

    3. Simpan di ar-rahnu: Sama mcm simpan kat SDB cuma Ar Rahnu biasanya bukan sekadar tempat menyimpan, "main" biz dia adalah pajakan. Dgn pajakan hingga 70% pada kadar upah 7.2% stahun, mcm2 benda lg kita boleh buat dgn emas kita tu. Ianya turut dilindungi insuran..


      P/S : RB menawarkan perkhidmatan Simpan Emas Anda.. Tanpa sebarang upah.. hehehe
      Nak tau lebih lagi, tanya Pak Cik Google

        Saturday, June 11, 2011

        Rahsia Kekayaan Pelabur Bijak


        Nasi lemak yg hanya ada sambal tumis, sedikit kacang tanah, satu atau dua hiris timun dan suku telur rebus, di kebanyakan tempat dijual dengan harga RM 1 sebungkus.
        Kita semua pasti tak nak beli nasi lemak biasa-biasa camtu kalau harga sebungkus dijual sehingga RM 2. Dgn harga RM2, kita mungkin boleh dpt telur mata dgn sedikit sambal paru. Klu lagi bernasib baik, dpt free gift ayam goreng potong 18. Hehe

        Anwar, seorang penjual nasi lemak yang biasa-biasa itu sebenarnya tidak tahu pun memasak nasi lemak. Dia cuma mendapatkan bekalan nasi lemak setiap hari dengan kos RM 0.70 sebungkus dari Mak Cik Bedah.
        Seorang lagi penjual nasi lemak yg bernama Najib memperoleh bekalan nasi lemak yang sama dengan kos lebih murah, RM 0.50 sebungkus.

        Tetapi dalam pelaburan, ramai dari kita membeli nasi lemak biasa-biasa dengan harga yang sangat mahal. Harga pasaran yang sebenarnya sepatutnya RM 1, tetapi disebabkan percayakan cakap orang lain bulat-bulat kita pun percaya nasi lemak biasa-biasa itu harganya boleh mencecah RM 5! Jadi, kalau beli RM 3 sebungkus pun masih bagus, sebab nanti harga akan naik jadi RM 5.

        Kita sepatutnya menjadi seperti Anwar, beli nasi lemak dengan harga diskaun 30%. Sekiranya kita berusaha lebih gigih,kita pasti boleh membeli dengan harga diskaun 50%.
        Walaupun kita menyediakan RM 5 untuk sarapan pagi, tidak semestinya kita membelanjakan semua duit tersebut untuk beli nasi lemak. Walaupun kawan kita asyik beritahu kepada kita harga akan naik sampai RM 5 sebungkus.
         “Jangan risau, hari-hari orang makan nasi lemak,”
         Inilah Rahsia Seorang Pelabur yg Bijak.....

        Sumber Asal : Pakdi.net & Pelabur Jutawan

        Ulasan RB :
        Pelabur yg bijak mencari peluang terbaik yg ada. Sedikit usaha membezakan hasil yg kita dapat.
        Sebagai pelabur & penyimpan emas yg bijak, kita mestilah mempunyai ilmu, berusaha mencari yg terbaik atau dgn kata lain..... 
        Cari yg termurah dgn kualiti yg sama, jual dgn keuntungan semaksimum mungkin dan gandakan dgn kaedah terbaik, selamat dan sah... 

        Sunday, June 5, 2011

        Emas Pelaburan diMalaysia.. Mana Yang Terbaik???

        Ramai yg tahu emas ni bernilai. Tetapi bila melibatkan pelaburan, pilihan yg manakah paling baik agaknya. Pandangan peribadi ni RB kongsikan berdasarkan pengalaman setahun jagung RB bersama emas. Sedikit ilmu dari otai-otai, pembacaan sendiri, seminar-seminar emas dan pengalaman yg RB dah lalui.

        Sebenarnya, pilihan terbaik bergantung pd kita sendiri. Sekadar menyimpan, nak gunakan utk muamalat, melabur biasa-biasa atau melabur tahap ekstrem..

        Antara peluang yg ada dinegara kita ni selain dari simpanan emas dlm bentuk akaun (Maybank, Public Bank, Cimb & KFH), kita berpeluang menyimpan emas secara fizikal. Pilihan yg RB dapati paling selamat, menguntungkan dan 'thrill'..
        SELAMAT kerana semua emas berada dlm tangan kita, tak melibatkan pihak bank klu2 depa bangkrap, boleh disandarkan jika perlukan wang dan bebas risiko.
        MENGUNTUNGKAN kerana emas fizikal merupakan  'base asset' dlm semua pilihan pelaburan kita kerana ianya bersifat unik, & ................ (Rujuk artikel RB terdahulu)
        THRILL. Memang thrill klu dapat pegang sendiri emas yg kita beli selepas tahu 'nilainya' yg sebenar.

        Jadi mana yg TERBAIK? Bar/Jongkong, Dinar atau Barang Kemas? Pada RB, pilihan terbaik adalah Barang Kemas. Kenapa Barang Kemas yg menjadi pilihan terbaik?

        1. Barang kemas memang dah digunakan sejak berzaman. Bukan sekadar hiasan, ianya adalah satu bentuk pelaburan yg menjadi pilihan ramai sejak dulu lagi.

        2. Tidak terikat dgn trend semasa. Barang kemas sentiasa berada disekeliling. Bar & Jongkong yg dikatakan bentuk pelaburan terbaik sebenarnya adalah trend semasa. Walaupun jongkong telah lama beredar dlm simpanan pelabur, diMalaysia ia adalah satu bentuk pelaburan emas terbaru. Benar jika dikatakan jongkong mempunyai kelebihan berbanding Barang Kemas, tetapi kelebihan hanyalah dari segi teknikal dan fizikalnya. Dari segi nilai dan praktikaliti, Barang Kemas adalah pilihan terbaik untuk kita diMalaysia.

        3. Barang Kemas mudah diperolehi, dicairkan dan diterima diseluruh dunia tanpa banyak songeh..

        4. Barang Kemas boleh diperolehi dengan harga paling kompetitif. Maksudnya, harga B Kemas tidak terikat sepenuhnya dgn harga pasaran walaupun harganya dah ditetapkan oleh Persatuan. Berbeza dgn harga Jongkong yg agak sukar diturunkan dibawah harga pasaran oleh pengeluar. Hanya dealer yg mempunyai stok lama (belian semasa harga rendah atau melalui buy back) memberi sedikit diskaun kepada pembeli. Jika anda pernah ke Kelantan atau Terengganu, harga yg ditawarkan biasanya lebih murah (RM20-RM30 setiap gram) berbanding harga KL, Johor atau bandar tumpuan yg lain. Harga ditawarkan lebih rendah dgn kualiti yg sama kerana kos operasi, persaingan dan bilangan pembeli didua negeri itu tak putus-putus.

        5. Barang Kemas merupakan hiasan golongan wanita.

        6. Boleh disandarkan (dipajak) tanpa banyak soal oleh mana-mana institusi kewangan.

        7. Masih "bernilai" walaupun putus atau mengalami kerosakan. Kebanyakan jongkong yg mengalami kecacatan tak diterima langsung oleh pengeluar.. Jika diterima, harga belian semula akan jauh lebih rendah dari harga asal.

        TIPS RB :
        1. Jika Barang Kemas menjadi pilihan, harga terendah & kadar upah termurah adalah kriteria utama. Emas 916 adalah pilihan terbaik. Pilihlah barang kemas yg tidak dicampurkan rekabentuknya dgn bahan lain (emas putih atau permata). Dan pilih BKemas yg padu....

        2. Jika ingin mempelbagaikan simpanan, dan Jongkong menjadi pilihan. Pertimbangkan beberapa aspek seperti harga belian, harga jual balik. harga spread, jaminan ketulenan, jaminan jualan balik, jaminan BNM jika ada, assayer bertauliah, mudah dibeli, mudah dijual dan mempunyai sykt yg diakui (ramai dealer).

        Saturday, June 4, 2011

        Alternatif Pajakan Gold Bar Anda

        Nampaknya kejutan yg dibuat oleh Agro Bank utk tidak menerima Gold Bar dalam pajakan mereka dah makin reda.. Panas lagi gelanggang Maharaja Lawak kot..... hehe.. Pada awal penguatkuasaan yg depa buat tu, satu malaysia kecoh dgn isu ni. Mcm2 versi keluar. Ramai yg terkentut, ramai jugak yg terkincit... Tp yg paling teruk terkena penangan ni semestinya pemajak skim 35:65 dan suku sakat geng SE....

        Pada pemajak yg ada back up plan @ tau kenapa mereka pajak, kejutan Agro tu dah dpt mereka baca. Setahun yg lepas, Bank Rakyat dah buat kejutan yg sama, dan sehingga kini, mereka tetap tidak menerima Gold Bar dalam pajakan mereka. Tentu ada sebabnya kan?

        Nak masukkan Gold Bar (GB) dlm Bank dah tak boleh. Kat mana pulak tempat berpaut seterusnya ni agaknya...

        Selain dari Bank Rakyat & Agro Bank, ada banyak lagi tempat yg menerima pajakan emas especially Gold Bar ni. Ada bermacam Ar Rahnu dibawah kendalian koperasi tertentu di Malaysia ni. Korang search sendiri Ar Rahnu yg ada kat Malaysia ni.... Beberapa Ar Rahnu ada RB dah masukkan link kat Pages (klik utk link)...


        Dan satu lagi berita baik untuk pemegang Gold Bar Public Gold, korang ada satu lagi tempat untuk menyimpan emas. Iaitu public safe dibawah kelolaan Public Gold. Termnya ialah simpanan. Bukan Pajak Gadai. Kirannya pajak konvensional la ni.... Korang baca term kat bawah tu atau hubungi sendiri Public Gold terdekat untuk maklumat lanjut..

        (Maklumat kat bawah ni RB perolehi dlm satu blog. RB belum menghubungi PGold berkenaan simpanan Public Safe mereka ni. Maklumat dibawah hanyalah sekadar panduan awal )


        Public Safe

        1- Public Safe adalah satu kemudahan simpanan yang disediakan oleh Public Gold dan ianya bukan pajak gadai.

        2- Pelanggan boleh memilih samaada ingin menyimpan di dalam peti simpanan selamat dan membayar sewa peti selama setahun, atau menyimpan dan mengambil tunai 70% dari nilai semasa emas dan membayar upah simpan pada bulan ke 6.

        3- Nilai Simpanan di kira berdasarkan harga semasa PG SELL, dan pelanggan boleh mengambil tunai 70% dari harga semasa simpanan dibuat.

        4- Upah yang dikenakan hanya 1% sebulan dan perlu dibayar ketika barang diambil, bukannya secara bulanan.

        6- Pada bulan ke 6, emas perlu diambil dan dibayar upah, jika tidak pelanggan akan didenda sebanyak 3 peratus sebulan dari nilai simpanan emas tersebut. Bermakna, anda perlu ambil dan bayar upah pada bulan ke 6, kemudian anda boleh simpan semula dengan nilai semasa emas yang baru pada waktu itu. Biasanya kalau di arrahnu ianya dipanggil overlap.

        7- Ianya memang bukan islamik kerana ternyata ia bukan pajak gadai islam atau pajak gadai konvensional, tetapi hanya satu kemudahan yang diberi kepada pelanggan dan Dealer2 Public Gold dan saya rasa mungkin emas dengan hallmark selain PG tidak diterima untuk kemudahan ini.

        8- Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung dengan cawangan PG yang berhampiran.

        * Kemudahan ini hanya ditawarkan kepada Master Dealer sahaja, sila berhubung dengan Master Dealer anda untuk sebarang bantuan.

        Wednesday, June 1, 2011

        Serambi Emas - Pandangan Peribadi RB

        SERAMBI EMAS : SIMPANAN EMAS AR RAHNU ADALAH PERNIAGAAN

        Menarik bukan? Simpanan yang menjadi perniagaan yg menguntungkan... Tapi betul ke ianya benar-benar menguntungkan kita?

        Tentu ramai  yg pernah terbaca mengenai Serambi Emas. Hampir sebulan lebih mereka melaksanakan marketing yg agresif di akhbar-akhbar tempatan dengan kenyataan panas, "Simpanan Emas  Ar Rahnu adalah perniagaan", hinggalah pihak Agro Bank menyekat kemasukan Gold Bar kedalam pajakan mereka. Secara ringkasnya, Serambi Emas menawarkan pembelian Jongkong Emas Pamp Suisse  melalui sistem pajakan di Agro Bank.

        1.  Pembelian Jongkong Pamp Suisse dgn berat minimum 100g hanya secara pajakan.
        2.  Harga jualan ialah mengikut kadar marhun pajakan Agro Bank.

        Mudah bukan? Jika dilihat secara kasar, pembeli hanya membayar 35% drpd harga yg ditawarkan utk mendapatkan jongkong mereka, TETAPI jika diteliti, pembeli yg tidak mempunyai pengetahuan tentang emas berada dipihak yg paling malang.. Kerugian berganda & berdepan dengan risiko yg amat tinggi. Kenapa RB berpendapat sedimikian?

        1. Harga yg ditawarkan ialah berdasarkan nilai marhun semasa. Kita ambil harga pd pertengahan bulan Mei 2011, Nilai Marhun Agro (999 RM 165.80/g). Harga yg dibayar oleh pembeli melalui sistem Serambi Emas ialah RM16580 bagi Jongkong 100g. UOB bank yg menawarkan produk yg sama menjual dgn harga sekitar RM15600 manakal Jongkong 100g Public Gold dijual dengan harga RM16800. Sebaik urusniaga bermula, pembeli telah kerugian hampir RM1000...

        2. Melaui konsep 35:65 ini, pembeli akan menyediakan wang pendahuluan RM5800 (35%) utk mendapatkan jongkong mereka. Sebaik sahaja pembayaran berlaku, dealer Serambi Emas dan pembeli akan terus ke Agro Bank utk memajakkan emas 100g "milik" pembeli td utk digadaikan. Hasil gadaian RM 10780 (65%) akan terus dibayar kpd dealer. Urusniaga selesai.
        DEALER mendapat keuntungan melalui pembelian emas + komisyen... (Memang berbaloi-balaoi) tetapi
        PEMBELI hanya mendapat surat pajakan dgn 'nilai simpanan' 100g... Untuk mendapatkan kembali jongkong mereka, pembeli mestilah membayar secara ansuran selama 6 + 3 + 2 bulan beserta upah simpanan sebanyak RM124.40 sebulan.. Jika pembeli mengambil masa 11 bulan maksimum utk menyelesaikan hutang mereka, RM 1368.40 upah simpanan. Lagi kerugian dipihak pembeli.

        3. Bagaimana jika pembeli tidak mampu membayar ansuran dan upah tersebut? Pembeli boleh menjual kembali kpd syarikat tetapi dgn perbezaan buy back hingga 25%. RM 4000 lagi menanti utk jadi habuan Serambi Emas..

        Tidak hairanlah jika sistem ini menyebabkan Agro Bank menahan pajakan Gold bar ke dalam pajakan mereka. Sistem yg terang-terangan menindas pembeli emas yg baru berjinak-jinak dgn simpanan emas. Sistem yg digunapakai Serambi Emas sebenarnya amat mirip dgn skim yg ditawarkan oleh ETIKA EMAS yg pernah diserbu oleh Bank Negara atas kesalahan penggubahan wang Haram (AMLA) dan menyalahi Akta Bank (BAFIA). Sumber underground yg RB perolehi mengatakan individu disebalik SERAMBI EMAS & ETIKA EMAS adalah org yg sama...