RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Thursday, November 11, 2010

Berhati-Hati Sebelum Membeli Atau Menyimpan Dinar Emas

Bila melibatkan wang, perkara pertama yg WAJIB kita buat ialah berhati-hati. Sedikit syak dengan produk emas yg ditawarkan mungkin menyelamatkan kita dari tertipu.
Kebelakangan ini, Dinar Emas semakin menjadi pilihan sebagai satu aset dan simpanan. Makin ramai individu dan syarikat menawarkan Dinar Emas kepada umum. AWAS, sebilangan PENJUAL EMAS tidak begitu telus dalam menjual produk mereka. Mungkin banyak info yg disembunyikan disebalik keuntungan yg diwar-warkan. Setiap produk Dinar Emas yg dikeluarkan mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan tersendiri walaupun ianya telah dihasilkan mengikut standard yg sama. Sebagai langkah berjaga-jaga, elok kita selidiki dan mengambil kira beberapa faktor sebelum menyimpan Dinar :

1) Siapa yang menjual? Orang baru atau telah lama. Pastikan kita mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang penjual. Bertanya soalan berkaitan emas sebanyak mungkin dari penjual. Pastikan Informasi yang diberikan tidak bercanggah, tidak teragak-agak dan memaksa. Penjual yg benar-benar berilmu dan ikhlas membantu, sentiasa memberikan kita pilihan, menyatakan baik buruk pembelian dan tidak menekan kita untuk membeli. Berurusan hanya setelah kita benar-benar yakin...


2) Dinar bukanlah pilihan pelaburan. Dinar adalah pilihan simpanan yg berupaya menyimpan nilai sebenar kekayaan kita, tetapi dalam jangka masa yg sama, Dinar boleh meningkatkan pulangan simpanan kita. Jongkong, Bar dan Syiling Emas adalah pilihan terbaik pelaburan emas. Oleh itu, jika penjual menyatakan keuntungan semata disebalik pembelian Dinar, pilih option kedua. Cari Penjual atau agen yang lain.

3) Sekiranya syarikat yang menguruskan penjualan, pastikan kesahihan kewujudan syarikat tersebut. Perhatikan prosesnya samada ada "terlalu bagus" atau tidak. Adakalanya yang terlalu bagus, tidak semestinya bagus. Mungkin indah khabar dari rupa. Tunjukkan dan bincangkan operasi syarikat tersebut kepada rakan-rakan atau sesiapa yang mahir tentang Dinar Emas.

4) Lakukan banyak analisa dengan membuat rujukan di internet dan bertanya kepada kawan-kawan atau memasuki forum yang bercerita tentang Dinar Emas. Perhatikan feedback orang lain tentang sesuatu jenis Dinar.

5) Ambil masa untuk menyimpan dalam Dinar Emas, anda tidak perlu rasa terburu-buru. Memang elok jika dapat menyimpannya dengan segera, tetapi anda perlu mempersiapkan diri anda dalam ilmu Dinar Emas, iaitu benar-benar memahami kenapa anda perlu menyimpannya dan dari siapa anda patut mendapatkannya.

6) Banyak-banyak bersabar untuk mendapatkannya, kerana yang baik itu kadang-kadang sukar, tetapi yang tidak baik senang sahaja nak mendapatkannya.

0 comments:

Post a Comment