RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

MODUL EMAS RAJA BUKIT

Sudah hampir setahun RB menulis dlm blog ni. Byk yg telah RB kongsikan berkaitan emas & perak. (Terima kasih kpd yg sudi melayari blog ERB ni) Selama RB mengenali dua logam berharga ni, byk maklumat & info yg tak ternilai RB dapat sama ada dari sifu2, bengkel dan seminar, pembacaan, rakan2 pelabur dan customer yg bermacam ragam. Ilmu yg paling berharga adalah pengalaman dari pelaksanaan semua teori yg RB dapat tu...

Kepada rakan yg mengikuti blog ni, RB nak hadiahkan ilmu yg RB rasakan amat berguna sebagai panduan utk memaksimakan keuntungan dari pelaburan ini. Berdasarkan pengalaman dan praktikal yg RB pernah laksanakan, MODUL EMAS RAJA BUKIT akan RB kongsikan kepada anda semua.....

Sebahagian drpd Modul ini RB akan dedahkan secara umum dan sebahagian lagi hanya akan dikongsi secara face to face kerana kekangan tertentu yg perlu RB patuhi.. Secara ringkasnya, modul ni RB susun seperti berikut...

6 MODUL UTAMA YG AKAN DIKONGSI

SKILL BIZ

PAJAKAN

SKILL  OPM

PELBAGAI SKILL MANIPULASI

SKILL  PELABURAN PERAK

MAKLUMAT BONUS

P/S :
1. Apa saja yg RB tulis dlm modul ini adalah merupakan apa yg telah dilakukan secara praktikal dan merupakan langkah sebenar yg RB laksanakan dlm pelaburan emas & perak.
2. Maklumat yg merupakan hak cipta individu @ sykt tertentu hanya akan dikongsi secara personal.
3. Sebarang peniruan, penerbitan semula @ ulang cetak mana2 bahan dlm modul ini perlu mendapat keizinan RB atau diletakkan link utama bahan tersebut diambil.
4. Kesemua cara, kaedah dan skill yg dikongsikan terbukti keberkesanannya semasa tarikh, keadaan semasa dan prosedur semasa RB praktikkan. Keberkesanannya tidak dijamin kepada pembaca.
5. RB membuka ruang kepada pembaca utk mengkritik dan memberikan komen membina supaya modul yg ditulis ini lebih lengkap dan mempunyai kebolehpercayaan secara praktikal....