RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Tuesday, July 31, 2012

JUALAN LAMBAK RAYA

JUALAN LAMBAK RAYA......

Detail item & harga boleh rujuk di FaceBook den..
FaceBook : RajaBukit



ITEM READY STOCK







                                                NEXT ITEM UNTUK LAMBAK RAYA 2




Wednesday, June 20, 2012

PERKONGSIAN SETERUSNYA






 Akan dikongsikan bersama sedikit masa nanti.....

Wednesday, May 23, 2012

KELEMAHAN EMAS & PERAK

... adalah ia tidak memberi dividen seperti saham, unit trust atau simpanan tetap. Dividen akan 'memberanakkan' (compounding) duit kita setiap tahun sambil kita goyang kaki. Dan seperti kata2 Albert Einstein apabila ditanya apakah the most powerful force in the world..?

Jawapannya the Power of Compounding !

Cara paling menguntungkan dalam pelaburan emas fizikal adalah dengan jual beli emas. Kita pun tahun yang 9/10 rezeki dari berniaga (jual beli) 

Kalau tak suka berniaga?
Anda yang terlibat dalam pelaburan terpaksa melakukan aktiviti jual beli walaupun dengar kadar minima.
Bukan bermakna kita kena jadi agent berniaga emas
Pelabur saham dan hartanah juga mesti terlibat dalam aktiviti jual beli, apatah lagi kalau terlibat dalam pelaburan logam

Takde compounding, tak best?
Untuk mengatasi isu ini, anda kena selalu pantau harga emas dan silver semasa. Ada entry dan exit dengan mengambil oppurtunity yang ada dari fluctuation harga
Bagaimana " membaca " dan mengetahui entry dan exit terbaik dari fluctuation harga ini...?? 

Solution 1: Analisis teknikal!
Dalam email akan datang, saya akan tunjuk satu lagi solution yang bakal menukarkan pelaburan logam yang steril menjadi lebih subur.
Jumpa lagi di email yang akan datang.

PETIKAN DARI EMEL SAUDARA IKRAM ADI (ADMIN PelaburanSilver.com )


KOMEN DEN :

Ada beberapa cara teknik dan cara sebenarnya untuk kita aplikasikan kuasa COMPOUNDING terhadap emas..

1. Semestinya ANALISIS TEKNIKAL (Gold SilverTech Group)

2. SKIL MANIPULASI EMAS (Klik utk bacaan lanjut)

Monday, May 21, 2012

TIPS PELABURAN MINGGU INI

Tips pelaburan ni hanya sesuai untuk PELABUR yang betul-betul ingin memaksimumkan pulangan pelaburan Emas & Perak. Strategi jangka pendek (6bulan) untuk menggandakan keuntungan. Perkiraan ini dibuat berdasarkan analisis semasa, pemerhatian dan jangkaan secara kasar den..

Pasaran emas & perak menjunam dari September 2011 hingga sekarang. Bermacam analisis dikeluarkan otai-otai dan den merumuskan bahawa penurunan dah berlaku ditahap maksimum. Harga emas & perak kini bermain disekitar yang sama dan merupakan harga terendah yang berlaku untuk tahun ini. Hanya menunggu masa untuk kembali mendaki walaupun mengambil masa yang agak lama. Mungkin lebih dari 9 bulan bermula sekarang untuk kedua-dua logam ini kembali mengatasi harga tertinggi.

Sedikit Data :

Berdasarkan data dari kitco,
  1. Penurunan harga Emas sebanyak 20%. Penurunan Perak hampir 71%. Kenaikan yang berlaku bakal menyaingi kembali harga yang jatuh teruk. Potensi Pelaburan PERAK mendahului dgn kelebihan lebih 50%.
  2. Ratio antara Emas : Perak 1 : 39 ke 1 : 56. Menunjukkan perbezaan nilai gram Perak yang jauh lebih baik dari Emas sejak penurunan berlaku. Perak sepatutnya menjadi pilihan utama pelabur yg mementingkan keuntungan. Jika anda mengamalkan konsep TUKAR GANDA, sekarang adalah masa yg sesuai utk menukarkan Emas kepada Perak.

CADANGAN DEN :
  1. Beli Perak Secara Averaging setiap minggu sehingga 2 bulan kehadapan dengan modal yg ada. Peram dan jual kembali selepas 6-9 bulan. Keuntungan pastinya melebihi 50%.
  2. Jika anda tidak dapat melepaskan keinginan untuk tetap memiliki emas. Beli emas dengan kesemua modal yang ada. Ar Rahnukan dengan pinjaman maks dan beli Perak dengan wang tersebut. Jualkan sebahagian perak untuk melangsaikan jumlah pinjaman & upah simpan. Pastinya sebaik sahaja pinjaman langsai, nilai pelaburan awal melebihi 50%...

DEN KIRAKAN SEBAGAI CONTOH :

MODAL 10K
Harga BK 916 SG = RM155/g
Rate Ar Rahnu X = RM170/g
Harga Perak PGold = RM350 utk Bar 100g

1. Beli Emas dengan nilai 10k, dapat 65g

2. Ar Rahnukan 70% dan dapat RM7735
    Upah simpan sebulan = RM83
    Bayaran Pinjaman sebulan = RM1372

3. Beli Perak dengan modal pinjaman RM7735
    Dapat 22 jongkong 100g PG

4. Selepas 6 bulan, jualkan 2 keping Silver dan bayar upah simpan & Tukar Surat atau apa saja skill yg anda tahu untuk memanjangkan tempoh pinjaman sehingga 6 bulan seterusnya.

5. Selepas 6 bulan (Setahun dari awal proses), dgn anggaran kenaikan menyamai asas permulaan kiraan iaitu kenaikan silver menjangkau 70%.
   Jual 14 keping Silver untuk menampung bayaran pinjaman dan upah.
   = 14pc x RM350 X kenaikan 70% = RM8330
   Kos pinjaman = 7735 + Upah RM83 x 6 bulan = RM8233

6. Tebus kembali Emas terpajak anda..

Akhir proses, anda mendapat kembali 65g emas + 6pc jongkong 100g Perak dan sedikit duit kopi.
Nilai keuntungan : 65g emas x RM155 x 20% kenaikan = RM12090
                            6 x 100g Perak x RM350 x 70% kenaikan = RM3570
                             Jumlah Keuntungan      = RM5660 @ 56%

Tuesday, May 15, 2012

Ar Rahnu & Murtahin 2012

Jadual kat bawah ni den paparkan sebagai panduan kpd mereka yg berminat utk memilih Ar Rahnu terbaik. Khas untuk rakan2 di area Johor.. Jadual ini belum dikemaskini dengan syarat terbaru AGRO BANK yg baru dikeluarkan.. Den masih belum dapat salinan arahan original dari rakan Agro...


UPDATE 7 MEI 2012

Antara info yg den dapat melalui tt dgn diorg, syarat diketatkan kerana :

1. Polisi Agro @ Bank Pertanian adalah pembiayaan kepada usahawan kecil & usahawan sektor pertanian. Jumlah pinjaman sehingga suku 2012 melalui Ar Rahnu melebihi pinjaman kepada sektor tumpuan. Arahan dari Bank Negara utk selaraskan semula pembiayaan. (Tu sebab had pinjaman berdasarkan umur. Had maksimum 50k hanya untuk individu berumur atas 30 tahun. )

2. Penyelewengan dan sindiket yang melibatkan pemajak & orang dalam di utara. Depa berpakat masukkan gelang sadur (plated gold) ke dalam pajakan. Gelang yg disalut dengan tebal lebih 3 micron ni susah nak detect cara ujian asid. Bacaan pada densimeter depa ubah. Jadi Agro limitkan hanya item Rantai Tangan & Rantai Leher sahaja yg boleh diAr Rahnukan.

3. Skim 35:65 yang masih beroperasi & merugikan ramai rakyat yg buta emas. Untuk mengelakkan ini semua terjadi, prosedur diketatkan hanya utk pelanggan setempat, dikhaskan hanya untuk peniaga kecil dan individu yg terdesak. Jadi prosedur berat maksimum 25g untuk RT dan 35g utk RL ditetapkan. Setiap individu hanya dibenarkan bukak satu akaun dan di cawangan terdekat.


Friday, May 4, 2012

Perbandingan Harga

Sekadar Panduan Pembaca Blog den...
PM jika ada sykt lain yg boleh masuk list berdasarkan harga terendah & spread terbaik...


HARGA SEMASA SG
3 pertimbangan utama jika ingin menjadikan BKemas sebagai pelaburan :

1. Harga terendah dgn kualiti yg sama.. (Harga rendah = Lebih byk gram) Kenapa bayar lebih?
2. Spread yg rendah mempercepatkan keuntungan
3. Gerenti Buy Back

Pilihan ditangan anda...

Thursday, May 3, 2012

Carta Perbandingan Emas : Masihkah Emas Pelaburan Terbaik?

Kat bawah ni den paparkan 2 carta perbandingan antara Pulangan Pelaburan Emas dan Pulangan Bagi Pelaburan Lain diMalaysia..



 Menarik bukan?

Kita lihat pula graf emas yg den amik dari kitco...

Jika dikira secara purata, pulangan sebanyak 55% setahun amat berbaloi & mustahil dicapai oleh instrumen lain

Tapi pulangan yg ditunjukkan selama setahun jika dikira berdasarkan tarikh permulaan dari MEI 2011 hingga sekarang, hanya 12% pulangan dgn keadaan penurunan yang amat mengecewakan. Nampaknya emas masih lagi terdedah kepada faktor luaran dan manipulasi tertentu walaupun ianya diwar-warkan sebagai senjata utama dlm pelaburan yg kalis inflasi &  stabil.

Pergerakan selama sebulan terakhir ini amat mengecewakan ramai pelabur dengan harga yg semakin menjunam. Mungkinkah ianya melepasi 1600 atau jatuh lebih teruk dibawah 1500? Jika anda seorang pelabur yg baru mengenali emas, mungkin faktor ini bukan sahaja mengecewakan, tetapi menjadi alasan utk terus meninggalkan emas sebagai medium pelaburan terbaik...


Pendapat den :

1. Emas sememangnya pelaburan jangka panjang. Setahun adalah masa yg singkat utk menuai hasil walaupun berlaku peningkatan..

2. Junaman emas ini akan berakhir dan akan dimulai dgn rally yang mungkin melepasi 1900 sebelum 2013.
3. Berdasarkan pendapat majoriti pakar emas, emas kini berada dalam fasa peningkatan yg hanya mungkin berakhir antara 2 ke 6 tahun... Rally ini mungkin mencapai sehingga 3000 usd/oz sebelum berlaku correction semula.
4. Gunakan skill pengurusan stok dan kaedah terbaik untuk memaksimumkan keuntungan tetapi dengan cara yg paling selamat.

5. Pelajari kemahiran analisis walaupun basic utk mendapatkan entry & exit point dlm pelaburan emas.

 





Tuesday, April 10, 2012

Analisis Emas & Perak Tidak Berguna...

Analisis Emas & Perak Tidak Berguna...

Pernah berminat mendalami ilmu analisis teknikal ?
Pernah masuk seminar analisis teknikal ..bayar sehingga RM 500 untuk sehari seminar dan balik rumah satu haper pun tak faham!!
Nak Tanya soalan tak dapat…penceramah hilang entah kemana..




FAKTA Kenapa analisis teknikal penting untuk pelabur emas dan perak ?

1. Analisis teknikal dapat memberi gambaran jelas berdasarkan solid evidence berpandukan teknik-teknik tertentu dalam memilih masa dan harga yang sesuai untuk BUY atau SELL.

2. Penting pelabur emas dan perak FIZIKAL untuk mendapatkan best timing dan best deal.

3. Sangat-sangat penting bagi peniaga atau dealer emas dan perak..semestinya main kilo-kilo walau perbezaan harga 1g cuma RM 1 pun dah banyak kesanya kan?

4. Tindakan tidak dibuat secara terburu-buru mengikut perasaan dan terpengaruh dengan spekulasi semata-mata.

5. Dengan keupayaan mengenalpasti kawasan harga murah ini dapat meminimakan risiko dalam permainan manipulasi emas dengan Ar-Rahnu.

Bukan rahsia lagi bahawa analisis teknikal adalah senjata yang digunakan oleh syarikat dan Dealer besar dalam meletakkan target BUY dan SELL mereka..

dan sebolehnya masyarakat umum tidak mahu didedahkan dengan analisis teknikal dengan terperinci..

KENAPA ??

Jawapannya mudah...

Bila mereka SELL habis-habisan..mereka mahu anda BUY habis-habisan....dan sebaliknya!


Apakah Goldsilvertech??






Goldsilvertech adalah After Sale Support yang saya sediakan bersama-sama dengan e-book ini. Dibuka untuk pembeli awal sahaja dan mungkin terus dibuka tanpa kuota mengikut kesesuaian. Ia merupakan Secret Group Facebook . Saya selaku admin akan add pembeli yang layak ke dalamnya. Ianya exclusive dan tak pernah dibuka sebelum ini walaupun untuk tujuan promosi. Ia khas untuk pembelajaran analisis teknikal secara berterusan. Perbincangan analisis teknikal secara terbuka juga dialu-alukan sesama ahli. dapatkan e-book ini sekarang dan sertai kami
...
Admin Golsilvertech (Treasure Box)


Wednesday, April 4, 2012

Malayn3um Store

Admin bakal melancarkan gedung beli belah melalui ELELONG pada pertengahan April 2012...
Lawati  Malayn3um Store & anda berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa cincin emas 916 Sinar Gold.... Tunggu... (Klik Untuk Melawat Kedai Kami)

Thursday, March 29, 2012

Kuasa Emas & Ar Rahnu





Inilah rahsia  yang disimpan sekian lama & dipandang rendah oleh sebahagian pelabur.. Multiply adalah skill asas dalam permainan Ar Rahnu... Bermacam-macam cara boleh disesuaikan untuk meningkatkan pulangan dari pelaburan emas sehingga MAKSIMUM dengan risiko yg MINIMUM....

Tuesday, March 20, 2012

HUKUM AKAUN PELABURAN EMAS DIMALAYSIA


Oleh :
Zaharuddin Abd Rahman
Wednesday, 22 October 2008 11:36

Soalan 1
Assalamualaikum UZAR, Saya nak kepastian dari UZAR mengenai masalah berikut:
Bagaimana pula pelaburan emas Kijang emas yang telah diperkenalkan oleh Maybank? Bagaimana cara selamat mengikut undang-undang Syariah untuk membeli dan melabur gold tersebut? Sila masuk ke maybank2u.com Terima kasih.
Akaun Pelaburan Emas di Maybank atau Public Bank - Pelaburan di Maybank jika mahu boleh dapatkan emasnya tapi di Public Bank tak pasti emasnya boleh dikeluarkan (Tiada yang sumber memastikan yang emas di PB boleh dikeluarkan). Jika mereka dagangkan hanya berdasarkan harga sahaja adakah ianya SAH disegi Islam?

Soalan 2
Saya telah membuat panggilan telefon (Public Bank customer service 1800883323) untuk mengetahui cara-cara urusniaga pelaburan akuan emas ini.

Dari maklumbalas yang diberikan ialah:

Jualbeli emas hanyalah berdasarkan harga semasa dan tidak mewakili emas fizikal.

Keuntungan pelaburan adalah dari perbezaan harga beli dan jual.

Setakat ini nilai pelaburan tidak mewakili emas fizikal dan tiada emas yang boleh dikeluarkan. Mereka ada rancangan perlaksanaan pembelian emas secara fizikal tetapi mungkin tahun depan.

Bagaimana pula Maybank yang Emasnya boleh diperolehi jika ada permintaan.

Minta komen ustaz kerana ramai pengguna-pengguna Islam terkeliru diatas pelaburan ini yang dianjurkan oleh institusi yang disahkan oleh kerajaan.

JAWAPAN
Tidak dinafikan, tatkala nilai matawang USD dan lain-lain semakin tidak menentu ketika ini, membeli emas dengan tujuan pelaburan adalah tindakan positif menurut banyak pendapat. Ini mungkin disebabkan emas yang mempunyai nilai lebih stabil berbanding matawang kertas ( paper or fiat money), ditambah pula dengan permintaan emas yang sentiasa ada.
Bagi mengulas isu yang ditanyakan, setelah merujuk dan melakukan pembacaan maklumat dari web bank yang terbabit, saya berpendapat seperti berikut :-
Apabila seseorang pelanggan ingin membuka akaun pelaburan emas, ia beerti ia bersetuju untuk membeli emas, simpan dan mungkin menjualnya apabila harga emas meningkat.
Oleh kerana itu, hukum bagi sebarang jenis akaun pelaburan jenis emas ini bergantung kepada beberapa keadaan, bagi memberikan sedikit kefahaman kepada pembaca berkenaan keadaan-keadaan berbeza ini, ia adalah seperti berikut :-

• HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.
Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.

• HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.
 Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

HALAL DAN SAH :
Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-
a.    Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.
b.    Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191) 

DALAM KES AKAUN PELABURAN EMAS DI BANK ?
Setelah melihat serba ringkas info akaun pelaburan emas di kedua-dua bank terbabit melalui web mereka. Saya kira Maybank menawarkan akaun pelaburan emas yang HALAL dengan TIGA lagi syarat tambahan lagi, iaitu :

1-      JANGAN DIGUNAKAN UNTUK AKTIVTI RIBA : mestilah emas sebenar (fizikal) yang berada simpanannya bagi pihak pelanggan tadi TIDAK digunakan untuk kegunaan aktiviti ribawi mereka. Justeru, satu jaminan atau pengesahan dari pihak bank mestilah diperolehi sama ada secara lisan atau bertulis atau disahkan oleh Majlis Syariah bank berkenaan.
Apabila kita menyimpan emas fizikal yang telah kita beli di bank tersebut, aqad simpanan itu juga sepatutnya mesti dikenal pasti dengan jelas. Apakah jenis aqadnya? Adakah ia Wadiah? atau Qard dan sebagainya.

2-      JUMLAH EMAS MENCUKUPI KETIKA TRANSAKSI : Mestilah dipastikan wujud jumlah emas mencukupi ketika proses jual beli dibuat pada satu-satu masa.
Maksud saya, sebagai contoh : Bank mempunyai 100 kilo emas sahaja, dalam masa yang sama (satu waktu), 100 kilo emas itu digunakan untuk dua atau lebih pelanggan yang berlainan.
Pelanggan Ahmad membeli 100 kilo emas pada jam 2.30 petang, demikian juga sdr Ah Chong tepat jam 2.30 petang juga membeli dan membuka akaun yang sama di kaunter berlainan, padahal bank hanya mempunyai 100 kilo emas sahaja. Tatkala itu, transaksi orang kedua tidak sah. Hanya yang pertama sahaja yang sah.

3-      CARA PEMBAYARAN YANG HALAL : Pembayaran yang dibuat oleh pihak pelanggan pula WAJIBLAH menggunakan sama ada tunai, debit akaun sertamerta, kad debit dan kad kredit Islam bank tempatan, cek tempatan.
Sebarang pembayaran menggunakan cek antarabangsa dan kad kredit Islam yang mengambil masa lebih 3 hari untuk settlement adalah TERLARANG menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa.
Mengapa 3 hari?  ia adalah tempoh maksimum menurut ‘uruf bagi memastikan syarat ‘Taqabud fil hal' tercapai, ia adalah fatwa yang dipetik dari pandangan Mazhab Maliki dan juga fatwa kebanyakan ulama fiqh sedunia, termasuk Syeikh Dr Abd Sattar Abu Ghuddah.

4-   PEMEGANG AKAUN PELABURAN EMAS MESTILAH MEMBAYAR ZAKAT : Apabila cukup hawl atau tempoh setahun bulan Islam dan apabila nisab simpanannya mencapai atau melebihi nisab wajib keluar zakat emas iaitu 85 gram.
Namun akaun pelaburan Public Bank saya kurang pasti kerana tidak dinyatakan sama ada sijil atau bukti pembelian itu boleh ditukarkan kepada emas fizikal pada bila-bila masa yang dikehendaki. Malah penyoal menyatakan beliau telah menelefon pihak bank dan terbukti sijil atau bukti pembelian itu tersebut TIDAK BOLEH ditukar kepada emas fizikal. Tatkala itu, bagi saya transaksi ini bermasalah dari sudut hukum Islam.
Jika sijil tersebut tidak boleh ditukar kepada emas fizikal, tatkala itu ia memberikan kesan kepada proses ‘Taqabud al-hukmi' yang disyaratkan dalam jual beli item ribawi dan merosakkan aqad ini, dalam kes ini antara emas dan wang Ringgit Malaysia.

KESIMPULAN
Bagi sesiapa yang ingin membuka akaun ini, saya nasihatkan menyemak terlebih dahulu perkara yang telah saya sebutkan di atas. Ditambah pula, akaun pelaburan emas dan kijang emas ini tidak diletakkan di bawah skim pelaburan Islam maybank dan public bank. Ia sekali lagi menimbulkan tandatanya. Saya tidak ada kemudahan untuk menyemak hal itu ketika ini kerana kesukaran komunikasi dengan pihak bank terbabit, terutamanya berada di perantauan.
Jika anda sudah punyai jawapan kepada syarat dan persoalan yang saya utarakan di atas. Baik jika dapat anda memaklumkan kepada saya dengan tepat dan jitu. Saya juga berminat untuk membuka akaun ini jika semua persoalan di atas telah LULUS.

Sumber Asal :
Zaharuddin Abd Rahman  http://www.zaharuddin.net/

Monday, February 13, 2012

LELONGAN SEBELUM REGE EMAS MENCANAK NAIK

Rangkaian Emas Raja Bukit
ERB MILLENIUM GOLD (JM-0607971-P)

012-7594049
Kos Pos RM6-RM10
COD area Taman Daya (1.30-2.30pm) Masai, Seri Alam, PGudang (3.00-10.00pm)
 
KLIK GAMBAR UNTUK MENDAPATKAN DETAIL ITEM & REGENYA








14 Feb 2012 0816hrs

MKS Precious Metals Sdn Bhd

Physical Gold RM Kilo 999'9 - 168 509
Spot 916 154

916
terpakai 154+8 = 162
baru 154+18 = 172

999
terpakai 168+8 = 176
baru 168+18 = 188

FGJAM Recommended Retail Gold Price

999 Gold : RM205.00/gm
916 Gold : RM194.00/gm
835 Gold : RM178.00/gm
750 Gold : RM159.00/gm
375 Gold : RM86.00/gm

Last updated on 13 Feb 2012.