Ramai yg tahu emas ni bernilai. Tetapi bila melibatkan pelaburan, pilihan yg manakah paling baik agaknya. Pandangan peribadi ni RB kongsikan berdasarkan pengalaman setahun jagung RB bersama emas. Sedikit ilmu dari otai-otai, pembacaan sendiri, seminar-seminar emas dan pengalaman yg RB dah lalui.
Sebenarnya, pilihan terbaik bergantung pd kita sendiri. Sekadar menyimpan, nak gunakan utk muamalat, melabur biasa-biasa atau melabur tahap ekstrem..
Antara peluang yg ada dinegara kita ni selain dari simpanan emas dlm bentuk akaun (Maybank, Public Bank, Cimb & KFH), kita berpeluang menyimpan emas secara fizikal. Pilihan yg RB dapati paling selamat, menguntungkan dan 'thrill'..
SELAMAT kerana semua emas berada dlm tangan kita, tak melibatkan pihak bank klu2 depa bangkrap, boleh disandarkan jika perlukan wang dan bebas risiko.
MENGUNTUNGKAN kerana emas fizikal merupakan 'base asset' dlm semua pilihan pelaburan kita kerana ianya bersifat unik, & ................ (Rujuk artikel RB terdahulu)
THRILL. Memang thrill klu dapat pegang sendiri emas yg kita beli selepas tahu 'nilainya' yg sebenar.
Jadi mana yg TERBAIK? Bar/Jongkong, Dinar atau Barang Kemas? Pada RB, pilihan terbaik adalah Barang Kemas. Kenapa Barang Kemas yg menjadi pilihan terbaik?
1. Barang kemas memang dah digunakan sejak berzaman. Bukan sekadar hiasan, ianya adalah satu bentuk pelaburan yg menjadi pilihan ramai sejak dulu lagi.
2. Tidak terikat dgn trend semasa. Barang kemas sentiasa berada disekeliling. Bar & Jongkong yg dikatakan bentuk pelaburan terbaik sebenarnya adalah trend semasa. Walaupun jongkong telah lama beredar dlm simpanan pelabur, diMalaysia ia adalah satu bentuk pelaburan emas terbaru. Benar jika dikatakan jongkong mempunyai kelebihan berbanding Barang Kemas, tetapi kelebihan hanyalah dari segi teknikal dan fizikalnya. Dari segi nilai dan praktikaliti, Barang Kemas adalah pilihan terbaik untuk kita diMalaysia.
3. Barang Kemas mudah diperolehi, dicairkan dan diterima diseluruh dunia tanpa banyak songeh..
4. Barang Kemas boleh diperolehi dengan harga paling kompetitif. Maksudnya, harga B Kemas tidak terikat sepenuhnya dgn harga pasaran walaupun harganya dah ditetapkan oleh Persatuan. Berbeza dgn harga Jongkong yg agak sukar diturunkan dibawah harga pasaran oleh pengeluar. Hanya dealer yg mempunyai stok lama (belian semasa harga rendah atau melalui buy back) memberi sedikit diskaun kepada pembeli. Jika anda pernah ke Kelantan atau Terengganu, harga yg ditawarkan biasanya lebih murah (RM20-RM30 setiap gram) berbanding harga KL, Johor atau bandar tumpuan yg lain. Harga ditawarkan lebih rendah dgn kualiti yg sama kerana kos operasi, persaingan dan bilangan pembeli didua negeri itu tak putus-putus.
5. Barang Kemas merupakan hiasan golongan wanita.
6. Boleh disandarkan (dipajak) tanpa banyak soal oleh mana-mana institusi kewangan.
7. Masih "bernilai" walaupun putus atau mengalami kerosakan. Kebanyakan jongkong yg mengalami kecacatan tak diterima langsung oleh pengeluar.. Jika diterima, harga belian semula akan jauh lebih rendah dari harga asal.
TIPS RB :
1. Jika Barang Kemas menjadi pilihan, harga terendah & kadar upah termurah adalah kriteria utama. Emas 916 adalah pilihan terbaik. Pilihlah barang kemas yg tidak dicampurkan rekabentuknya dgn bahan lain (emas putih atau permata). Dan pilih BKemas yg padu....
2. Jika ingin mempelbagaikan simpanan, dan Jongkong menjadi pilihan. Pertimbangkan beberapa aspek seperti harga belian, harga jual balik. harga spread, jaminan ketulenan, jaminan jualan balik, jaminan BNM jika ada, assayer bertauliah, mudah dibeli, mudah dijual dan mempunyai sykt yg diakui (ramai dealer).