RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Monday, November 8, 2010

SCAM : Pelaburan EMAS ditempat yang tidak sah

 SCAM : Pelaburan EMAS ditempat Yg tidak SAH
 
ADUAN

I Mdm R, IC no:XXXXXX-XX-XXXX have invested RM10,000 in Bestino Golden Horse Sdn.Bhd (80-B, Jln Sultan Yussuf, 30000, Ipoh, Perak). I signed an agreement with the above party on 23/6/08. In return they gave us a certificate and a gold wafer worth RM9,000 plus to hold as a guarantee for the money that we have invested. We were promised RM300 monthly and we were paid as promised for 6 months.

When the agreement matured after 6 months, they took back the gold wafer and converted it into share units. I received RM300 monthly dividend until May 2009. After that, i didn't receive any payment until now. When i enquired Bestino, they said that their documents have been confisticated by Bank Negara. They promised that they will deposit my money but until now i didn't receive anything. Each time i ask, they keep on going excuses. They sent me a letter asking for time to pay back the money but they didn't state the time frame of when they are going to return back my money.

I am writing this to Consumer Complaints Centre because i am desperate for help. I would like to get back my deposit money, the promised monthly dividend until now and overall interest. Please advise me on what should i do. Thank you.

TINDAKAN 

Aduan tersebut telah dibawah kepada perhatian pihak-pihak Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kemenenterian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan penguatkuasaan.

MAKLUMBALAS DARI PIHAK KPDNKK 

Siasatan telah dijalankan terhadap Syarikat Bestino Golden Horse Sdn Bhd dan didapati Syarikat ini menjalankan perniagaan Jongkong Emas dan mempunyai lombong emas diluar Negara seperti Papua New Guinea. Pengadu ini telah membuat pelaburan sebanyak RM10,000 dengan syarikat ini.

Bank Negara telah mengambil tindakan terhadap Syarikat ini dan semua asetnya dibekukan.Wang pelaburan dari semua pelabur-pelabur dibekukan sehingga arahan lanjut dari Bank Negara.

Hasil rundingan dengan pengurus syarikat ,beliau  bersetuju bayar balik separuh dari jumlah wang yang dilabur oleh pengadu ini, iaitu sebanyak RM5,000.00 dan baki RM5,000.00 akan dibayar setelah mendapat wang pelaburan dari luar Negara.

KEJAYAAN  
Pada 13/7/2010, pengadu telah menerima RM5,000.00 dan baki RM 5,000.00 masih dengan syarikat tersebut. Siasatan masih diteruskan terhadap Syarikat ini oleh Ketua Unit Jualan Langsung Negeri Perak.

Keratan Akhbar
NASIHAT SNTM KEPADA PENGGUNA

Kegiatan ditas adalah skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan. Para pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini kerana dijanjikan pulangan lumayan. Adalah penting bagi seseorang menjadi pelabur yang bijak. Sebelum melabur wang dalam pelaburan para pelabur perlu semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui laman web www.ssm.com.my .  

Pengguna boleh membuat aduan kepada agensi - agensi pemantauan seperti dibawah:

(1) Bank Negara Malaysia
BNMTELELINK 
Tel :             1-300-88-5465      
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my 

(2) Suruhanjaya Sekuriti
Jabatan Hal Ehwal dan Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Tel:             03-6204 8991      
E-mel : aduan@seccom.com.my 

(3) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Bahagian Penguatkuasaan
Talian bebas : 1-800-886-800
Tel :             03-8882 5500      
E-mel: aduan@kpdnkk.gov.my

0 comments:

Post a Comment