RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Wednesday, June 1, 2011

Serambi Emas - Pandangan Peribadi RB

SERAMBI EMAS : SIMPANAN EMAS AR RAHNU ADALAH PERNIAGAAN

Menarik bukan? Simpanan yang menjadi perniagaan yg menguntungkan... Tapi betul ke ianya benar-benar menguntungkan kita?

Tentu ramai  yg pernah terbaca mengenai Serambi Emas. Hampir sebulan lebih mereka melaksanakan marketing yg agresif di akhbar-akhbar tempatan dengan kenyataan panas, "Simpanan Emas  Ar Rahnu adalah perniagaan", hinggalah pihak Agro Bank menyekat kemasukan Gold Bar kedalam pajakan mereka. Secara ringkasnya, Serambi Emas menawarkan pembelian Jongkong Emas Pamp Suisse  melalui sistem pajakan di Agro Bank.

1.  Pembelian Jongkong Pamp Suisse dgn berat minimum 100g hanya secara pajakan.
2.  Harga jualan ialah mengikut kadar marhun pajakan Agro Bank.

Mudah bukan? Jika dilihat secara kasar, pembeli hanya membayar 35% drpd harga yg ditawarkan utk mendapatkan jongkong mereka, TETAPI jika diteliti, pembeli yg tidak mempunyai pengetahuan tentang emas berada dipihak yg paling malang.. Kerugian berganda & berdepan dengan risiko yg amat tinggi. Kenapa RB berpendapat sedimikian?

1. Harga yg ditawarkan ialah berdasarkan nilai marhun semasa. Kita ambil harga pd pertengahan bulan Mei 2011, Nilai Marhun Agro (999 RM 165.80/g). Harga yg dibayar oleh pembeli melalui sistem Serambi Emas ialah RM16580 bagi Jongkong 100g. UOB bank yg menawarkan produk yg sama menjual dgn harga sekitar RM15600 manakal Jongkong 100g Public Gold dijual dengan harga RM16800. Sebaik urusniaga bermula, pembeli telah kerugian hampir RM1000...

2. Melaui konsep 35:65 ini, pembeli akan menyediakan wang pendahuluan RM5800 (35%) utk mendapatkan jongkong mereka. Sebaik sahaja pembayaran berlaku, dealer Serambi Emas dan pembeli akan terus ke Agro Bank utk memajakkan emas 100g "milik" pembeli td utk digadaikan. Hasil gadaian RM 10780 (65%) akan terus dibayar kpd dealer. Urusniaga selesai.
DEALER mendapat keuntungan melalui pembelian emas + komisyen... (Memang berbaloi-balaoi) tetapi
PEMBELI hanya mendapat surat pajakan dgn 'nilai simpanan' 100g... Untuk mendapatkan kembali jongkong mereka, pembeli mestilah membayar secara ansuran selama 6 + 3 + 2 bulan beserta upah simpanan sebanyak RM124.40 sebulan.. Jika pembeli mengambil masa 11 bulan maksimum utk menyelesaikan hutang mereka, RM 1368.40 upah simpanan. Lagi kerugian dipihak pembeli.

3. Bagaimana jika pembeli tidak mampu membayar ansuran dan upah tersebut? Pembeli boleh menjual kembali kpd syarikat tetapi dgn perbezaan buy back hingga 25%. RM 4000 lagi menanti utk jadi habuan Serambi Emas..

Tidak hairanlah jika sistem ini menyebabkan Agro Bank menahan pajakan Gold bar ke dalam pajakan mereka. Sistem yg terang-terangan menindas pembeli emas yg baru berjinak-jinak dgn simpanan emas. Sistem yg digunapakai Serambi Emas sebenarnya amat mirip dgn skim yg ditawarkan oleh ETIKA EMAS yg pernah diserbu oleh Bank Negara atas kesalahan penggubahan wang Haram (AMLA) dan menyalahi Akta Bank (BAFIA). Sumber underground yg RB perolehi mengatakan individu disebalik SERAMBI EMAS & ETIKA EMAS adalah org yg sama...

3 comments:

Anonymous said...

statement pn salah...kaji dulu bro...huhuhhu

Anonymous said...

buat busines elok-elok...jangan rosakkan business org lain
cari rezeki cara baik..baru lah berkat.muhasabah diri

MaLaYNeuM aka Raja Bukit said...

Terima kasih atas nasihat bro..

Post a Comment