RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Sunday, November 28, 2010

Koleksi Barangan Mewah Sultan Brunei

Emas memang melambangkan kemewahan. Tapi kalau semuanya dah emas, memang terlampau mewah sangat dah tu... Meh kita tengok koleksi Barangan Emas Sultan Brunei ni....

pic113373

pic12287

pic27753

pic32209

pic08909

pic10383

pic15457

pic14945

pic09758

Mmmmmmmmmm, kita dpt tengok je ler....

Saturday, November 27, 2010

Harian Metro 27 Nov 2010

Thursday, November 25, 2010

Faedah Pelaburan Dalam Jongkong Emas Public Gold

Tentunya sahabat sekalian telah menemui pelbagai jenis jongkong, bar atau syiling emas dipasaran bukan? Jadi kenapa produk Public Gold WAJIB menjadi pilihan?


  • Pengeluar gold bar tempatan pertama yang mendapat pengiktirafan assayer mencipta rekod ("The Malaysia Book of Record").
  • Cantik (Boleh dijadikan sebagai hadiah).
  • Kos pelaburan jongkong emas yang paling murah di Malaysia.
  • Perbezaan harga belian dan jualan yang rendah.
  • Anda akan memiliki emas fizikal. Beli emas dan dapat emas.
  • Terdapat sistem penempahan secara online selama 24 jam (Syarikat pertama di Malaysia).
  • Anda boleh menempah harga emas tertentu. (Lock Harga melalui agen dilantik)
  • Memberi jaminan membeli balik emas kami mengikut harga belian walaupun calar, dibuka sarungnya, atau bengkok. (Tiada syarikat lain menjamin belian balik emas mereka walau hanya sarung dibuka)
  • Stok sentiasa ada. (Jongkong dikilangkan sendiri di Pulau Pinang)
  • Mempunyai Sijil Ketulenan Emas yang sah.
  • Mempunyai agen dan cawangan di seluruh Malaysia. (Mudah dibeli dan dijual).

Sunday, November 21, 2010

Penyelesaian Masalah Matawang : Dinar dan Dirham?

Dinar & Dirham
Financial Times – August 13, 2010      Malaysia looks to ancient alternative currency – gold
In a move applauded by some local Muslims, the state government of Kelantan said it was introducing a new monetary system featuring standardized gold and silver coins based on the traditional dinar and dirham coins once used by the Ottoman Empire.
Nik Abdul Aziz, the state’s chief minister, spoke in visionary terms of an economy in which state civil servants would be paid in the new sharia currency, and the poor would be protected against inflation by the intrinsic value of the precious metals used to produce it.
About 1,000 shops and restaurants in the state have said they will accept the new currency, which follows an earlier issue of gold dinars in 2006. The coins comply with traditional Islamic teaching on the use of coins with intrinsic value as a medium of exchange, rather than paper money.
Kerana kejahilan kita, sifat tak ambil thau atau tidak mendapat info berkaitan, kita masih belum menyedari bahawa masalah dan kekangan kewangan yg kita hadapi berpunca dari sistem ekonomi konvensional yg digunapakai seluruh dunia. Hutang kita makin bertambah, inflasi, pengangguran, kadar faedah melambung, harga barangan meningkat, jurang antara dan miskin meningkat, keruntuhan moral sebenarnya secara langsung disumbang oleh kegagalan sistem yg berasaskan konvensional atau RIBA.

Salah satu punca kegagalan utama ialah penggunaan mata wang yg tidak bersandar dan mudah dipengaruhi oleh manipulasi pihak tertentu. Penyelesaian terbaik ialah kembali semula kepada emas yg mempunyai nila yg amat stabil dan diakui sejak dahulu lagi. Mungkin sukar untuk terus menggunakan emas sebagai sandaran kerana faktor tertentu. Tetapi sebagai langkah awal, kita boleh memulakan langkah pertama dgn menyimpan emas sedikit demi sedikit.Oleh itu, simpanlah Dinar & Dirham.........

Thursday, November 18, 2010

SCAM : Bank Negara Malaysia Investigates The Gold Label Sdn Bhd

Scam: Bank Negara Malaysia Investigates The Gold Label Sdn Bhd

Bank Negara Malaysia has commenced investigations into The Gold Label Sdn Bhd under suspicion of conducting illegal deposit taking and money laundering activities in breach of subsection 25(1) Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA) and subsection 4(1) of Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001 (AMLATFA) respectively.
The Gold Label Sdn Bhd

The raid on The Gold Label Sdn Bhd was conducted yesterday at its premises in Northpoint Offices, Tower A Mid Valley City, Kuala Lumpur following complaints received from members of the public. Relevant assets and documents of the company were seized for purpose of investigation. 

Members of the public are reminded to remain cautious and avoid placing money or deposits with companies not licensed by Bank Negara Malaysia. The list of licensed institutions authorized to accept deposits is available on Bank Negara Malaysia's website (www.bnm.gov.my).


Members of the public should be wary of investing in get-rich-quick schemes to avoid losing their savings and money to fraudulent parties. Further information on illegal financial schemes can be obtained from the Financial Fraud Alert site athttp://fraudalert.bnm.gov.my/.
For further enquiries, members of the public can contact Bank Negara Malaysia at the following contact points:

BNMTELELINK (Customer Service Call Centre)
Tel: 1-300-88-5465
Fax: 03-2174 1515
Email: bnmtelelink@bnm.gov.my
(Business hours: Monday - Friday, 9:00 am - 5:00 pm)

Monday, November 15, 2010

Emas DiMalaysia

Perunding Kewangan, penceramah dan pengamal pelaburan alternatif, Jonathan Quek mengatakan Emas yg dilihat sebagai pelaburan kalis inflasi tetap mengekalkan nilainya walaupun keadaan sekeliling yg tidak stabil. Krisis ekonomi US yg meruncing meningkatkan lagi nilai emas dipasaran dunia. Menjadikan emas sebagai alternatif terbaik mengekalkan nilai dan meningkatkan nilai kekayaan individu.



"Pada pandangan Raja Bukit, Emas menjadi pilihan utama pelaburan kerana dengan sedikit manipulasi sistem yg ada dinegara kita, kita boleh meningkatkan nilai pelaburan berkali ganda berbanding instrumen yang lain. Emas juga dilihat sebagai instrumen yg paling selamat selain hartanah dan saham amanah tertentu"

Quek, menyatakan trend pelaburan emas di Malaysia semakin meningkat tetapi permintaan terhadap emas fizikal masih lagi berkurangan. Masyarakat kita masih lagi berkira-kira dan mencari kaedah terbaik melabur dalam portfolio ini.

Pandangan beliau, menyimpan emas fizikal adalah lebih baik berbanding membuka akaun emas. Emas yg berada dalam simpanan sendiri lebih memberikan keselesaan, rasa selamat dan memberikan jaminan jika berlaku krisi ekonomi yg teruk.

Thursday, November 11, 2010

Berhati-Hati Sebelum Membeli Atau Menyimpan Dinar Emas

Bila melibatkan wang, perkara pertama yg WAJIB kita buat ialah berhati-hati. Sedikit syak dengan produk emas yg ditawarkan mungkin menyelamatkan kita dari tertipu.
Kebelakangan ini, Dinar Emas semakin menjadi pilihan sebagai satu aset dan simpanan. Makin ramai individu dan syarikat menawarkan Dinar Emas kepada umum. AWAS, sebilangan PENJUAL EMAS tidak begitu telus dalam menjual produk mereka. Mungkin banyak info yg disembunyikan disebalik keuntungan yg diwar-warkan. Setiap produk Dinar Emas yg dikeluarkan mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan tersendiri walaupun ianya telah dihasilkan mengikut standard yg sama. Sebagai langkah berjaga-jaga, elok kita selidiki dan mengambil kira beberapa faktor sebelum menyimpan Dinar :

1) Siapa yang menjual? Orang baru atau telah lama. Pastikan kita mengenali dan mengetahui serba sedikit tentang penjual. Bertanya soalan berkaitan emas sebanyak mungkin dari penjual. Pastikan Informasi yang diberikan tidak bercanggah, tidak teragak-agak dan memaksa. Penjual yg benar-benar berilmu dan ikhlas membantu, sentiasa memberikan kita pilihan, menyatakan baik buruk pembelian dan tidak menekan kita untuk membeli. Berurusan hanya setelah kita benar-benar yakin...


2) Dinar bukanlah pilihan pelaburan. Dinar adalah pilihan simpanan yg berupaya menyimpan nilai sebenar kekayaan kita, tetapi dalam jangka masa yg sama, Dinar boleh meningkatkan pulangan simpanan kita. Jongkong, Bar dan Syiling Emas adalah pilihan terbaik pelaburan emas. Oleh itu, jika penjual menyatakan keuntungan semata disebalik pembelian Dinar, pilih option kedua. Cari Penjual atau agen yang lain.

3) Sekiranya syarikat yang menguruskan penjualan, pastikan kesahihan kewujudan syarikat tersebut. Perhatikan prosesnya samada ada "terlalu bagus" atau tidak. Adakalanya yang terlalu bagus, tidak semestinya bagus. Mungkin indah khabar dari rupa. Tunjukkan dan bincangkan operasi syarikat tersebut kepada rakan-rakan atau sesiapa yang mahir tentang Dinar Emas.

4) Lakukan banyak analisa dengan membuat rujukan di internet dan bertanya kepada kawan-kawan atau memasuki forum yang bercerita tentang Dinar Emas. Perhatikan feedback orang lain tentang sesuatu jenis Dinar.

5) Ambil masa untuk menyimpan dalam Dinar Emas, anda tidak perlu rasa terburu-buru. Memang elok jika dapat menyimpannya dengan segera, tetapi anda perlu mempersiapkan diri anda dalam ilmu Dinar Emas, iaitu benar-benar memahami kenapa anda perlu menyimpannya dan dari siapa anda patut mendapatkannya.

6) Banyak-banyak bersabar untuk mendapatkannya, kerana yang baik itu kadang-kadang sukar, tetapi yang tidak baik senang sahaja nak mendapatkannya.

Monday, November 8, 2010

SCAM : Pelaburan EMAS ditempat yang tidak sah

 SCAM : Pelaburan EMAS ditempat Yg tidak SAH
 
ADUAN

I Mdm R, IC no:XXXXXX-XX-XXXX have invested RM10,000 in Bestino Golden Horse Sdn.Bhd (80-B, Jln Sultan Yussuf, 30000, Ipoh, Perak). I signed an agreement with the above party on 23/6/08. In return they gave us a certificate and a gold wafer worth RM9,000 plus to hold as a guarantee for the money that we have invested. We were promised RM300 monthly and we were paid as promised for 6 months.

When the agreement matured after 6 months, they took back the gold wafer and converted it into share units. I received RM300 monthly dividend until May 2009. After that, i didn't receive any payment until now. When i enquired Bestino, they said that their documents have been confisticated by Bank Negara. They promised that they will deposit my money but until now i didn't receive anything. Each time i ask, they keep on going excuses. They sent me a letter asking for time to pay back the money but they didn't state the time frame of when they are going to return back my money.

I am writing this to Consumer Complaints Centre because i am desperate for help. I would like to get back my deposit money, the promised monthly dividend until now and overall interest. Please advise me on what should i do. Thank you.

TINDAKAN 

Aduan tersebut telah dibawah kepada perhatian pihak-pihak Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kemenenterian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan penguatkuasaan.

MAKLUMBALAS DARI PIHAK KPDNKK 

Siasatan telah dijalankan terhadap Syarikat Bestino Golden Horse Sdn Bhd dan didapati Syarikat ini menjalankan perniagaan Jongkong Emas dan mempunyai lombong emas diluar Negara seperti Papua New Guinea. Pengadu ini telah membuat pelaburan sebanyak RM10,000 dengan syarikat ini.

Bank Negara telah mengambil tindakan terhadap Syarikat ini dan semua asetnya dibekukan.Wang pelaburan dari semua pelabur-pelabur dibekukan sehingga arahan lanjut dari Bank Negara.

Hasil rundingan dengan pengurus syarikat ,beliau  bersetuju bayar balik separuh dari jumlah wang yang dilabur oleh pengadu ini, iaitu sebanyak RM5,000.00 dan baki RM5,000.00 akan dibayar setelah mendapat wang pelaburan dari luar Negara.

KEJAYAAN  
Pada 13/7/2010, pengadu telah menerima RM5,000.00 dan baki RM 5,000.00 masih dengan syarikat tersebut. Siasatan masih diteruskan terhadap Syarikat ini oleh Ketua Unit Jualan Langsung Negeri Perak.

Keratan Akhbar
NASIHAT SNTM KEPADA PENGGUNA

Kegiatan ditas adalah skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan tunai setiap bulan. Para pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini kerana dijanjikan pulangan lumayan. Adalah penting bagi seseorang menjadi pelabur yang bijak. Sebelum melabur wang dalam pelaburan para pelabur perlu semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) melalui laman web www.ssm.com.my .  

Pengguna boleh membuat aduan kepada agensi - agensi pemantauan seperti dibawah:

(1) Bank Negara Malaysia
BNMTELELINK 
Tel :             1-300-88-5465      
E-mel : bnmtelelink@bnm.gov.my 

(2) Suruhanjaya Sekuriti
Jabatan Hal Ehwal dan Pelaburan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Tel:             03-6204 8991      
E-mel : aduan@seccom.com.my 

(3) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Bahagian Penguatkuasaan
Talian bebas : 1-800-886-800
Tel :             03-8882 5500      
E-mel: aduan@kpdnkk.gov.my

Saturday, November 6, 2010

KITA Dan EMAS

Dimana KITA sekarang???

Pemerhati/Pembeli/Pelabur atau Tokey Emas???

Agaknya dimanakah kita berada? Meh kita sama-sama tengok kat kategori mana kita sekarang.

1. Tak Tau, Tak Ambil Tahu @ Buat-Buat Tak Tau                                                                            – Orang yang paling rugi. Semestinya bukan pembaca blog ni. Selepas membaca blog ni, sekurang-kurangnya gunakanlah ilmu yg ada utk sebarkan tentang emas. Dengan bertukar pendapat, mungkin lebih banyak info yg kita boleh kongsikan dengan masyarakat sekeliling kita. 

2. Dah Tau, Tapi Tengok Je Dulu (Pemerhati)                                                                  Dah tau, tapi masih berkira-kira dan teragak-agak untuk memulakan langkah pertama. Sebenarnya anda lebih rugi dari golongan pertama. Sikap bertangguh merugikan kita dalam semua kerja. Xpe, tengoklah dulu yeee...

3. Dah Tau, Dah Mula Menyimpan Berdikit-Dikit (Pembeli)                                                                Syabas. Anda telah memulakan langkah yg betul, tetapi masih lagi rugi berbanding pelabur kat bawah. 

4. Gunakan Emas Sebagai Pelaburan (Pelabur)                                                                                        Anda memang hebat. Dengan kaedah yang betul, anda pastinya dapat menggandakan pulangan pelaburan anda ditahap maksimum. Tambah ilmu, tambah rakan sealiran dan kongsi ilmu anda. Tapi anda masih lagi rugi, hehe.....

5. Tokey Emas                                                                                                                                        Untung berbaloi-baloi.... Raja Bukit la tu... Nak tau rahsianya????? 

Jangan Bertangguh Lagi, Call RB aka Cikgu Mat untuk berkongsi peluang menjadi TOKEY EMAS yg berjaya : 012-7594049 / eragon_jjd@yahoo.com.my

Wednesday, November 3, 2010

Artikel Berkaitan Wang Kertas & Dinar (Majalah Solusi) Oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman




Monday, November 1, 2010

Bilakah Waktu Terbaik Menyimpan Emas?

Ramai yg bertanya, bilakah waktu terbaik menyimpan emas? Setiap hari, malahan setiap saat emas mengalami kenaikan dan penurunan harga. Biasanya harga emas dinyatakan dalam bentuk USD/oz. Apa sebenarnya yg berlaku? dan Apakah kesannya pada kita?

 Carta Emas Harian 1 Nov 2010

Kecenderungan naik dan turun HARGA ini berkait dengan nilai USD. Nilai sebenar emas tidak mengalami perubahan ketara. Sejak dari dulu, nilai emas hampir tiada perubahan berbanding barangan lain. Berat emas yg sama tetap dapat membeli sejumlah barang yg sama pada hari ini. (Contohnya 1 Dinar Emas sama nilainya dengan seekor kambing, 1 Dirham bersamaan dgn seekor ayam standard).

Satu-satunya nilai yg berubah ialah mata wang. Pengaruh inflasi menyebabkan semua mata wang dunia mengalami penurunan sejak dari dulu lagi. Penggunaan mata wang fiat ini sebenarnya merugikan banyak pihak. Jika mata wang makin hilang nilainya, kenapa kerajaan tidak bertukar kepada emas? Sebenarnya, pelaksanaan penggunaan emas sebagai sandaran mata wang boleh dilakukan tetapi memerlukan perancangan dan memakan masa utk direalisasikan. Memandangkan dunia dan Kerajaan Malaysia belum memulakan usaha kearah tersebut, cara terbaik yg boleh kita lakukan ialah dengan menyimpan emas secara peribadi untuk melindungi nilai wang fiat kita.

JADI, BILAKAH MASA YG SESUAI MEMBELI EMAS?
Jawapannya ialah SEKARANG... Setiap waktu adalah waktu terbaik untuk membeli emas.
Jika anda menyimpan emas fizikal, belian emas secara berkala merupakan kaedah terbaik untuk memuratakan kos belian. Jika anda pelabur, belian emas secara lump sum boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Memandangkan emas sesuai dijadikan pelaburan jangka masa panjang, masalah naik turun harga emas hanya memberikan sedikit kesan kepada pulangan kita.