RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Wednesday, December 15, 2010

Pelaburan Perak Di Malaysia

Ibarat Irama dan Lagu, Emas dan Perak x dapat dipisahkan. Tapi tanpa kita sedari, kita meminggirkan Perak setiap kali kita berbicara tentang emas. Sebagai seorang pelabur, potensi yg ada pada perak sepatutnya kita gunakan dengan sebaiknya. Peningkatan harga perak berbanding emas sejak 10 tahun yg lalu menunjukkan kenaikan yg seiring, malah melebihi kenaikan harga emas

Berdasarkan pemerhatian sejak  Jan 2001 hingga sekarang Dis 2010 (10 tahun), 
  • Harga Emas meningkat dari 250 kepada 1400 USD/auns (560%)
  • Harga Perak meningkat dari 5 kepada 30 USD/auns (600%)
Peningkatan yg stabil dan seiring ini menjadikan populariti Perak menyaingi kehebatan Emas. Jonathan Quek dalam tulisannya,  ‘Silver, the New Gold’, menyatakan Perak telah memulakan langkah untuk terus unggul menjadi antara pilihan terbaik selepas emas. Malangnya kebanyakan muslim di Malaysia masih lagi terikat dengan emas tanpa memberikan peluang kepada Perak sebagai pelaburan alternatif mereka. Kajian rambang Raja Bukit menunjukkan, pelabur cina di negara kita lebih gemar menyimpan perak dan menjadikan perak antara sebahagian 'portion' dalam portfolio pelaburan mereka.

Antara produk Perak yang boleh diperolehi di Malaysia seperti:



1) PUBLIC GOLD
Pada Mac 2010, pengeluar emas pelaburan tempatan telah melancarkan Public Silver. Hingga kini, Public Gold menawarkan pelaburan jongkong perak dengan 3 berat berbeza (250g, 500g dan 1kg). Jongkong tersebut dikeluarkan dengan ketulenan 999.



2) Dirham Kelantan
Sejarah awal menunjukkan Dinar dan Dirham menjadi mata wang utama umat Islam sejak dulu lagi. Hari ini, Kelantan telah menjadi negeri Islam pertama yg memperkenalkan Dinar dan Dirham didunia sebagai mata wang shariah. Perak juga bakal mengikut jejak Kelantan dalam pengeluaran Dinar dan Dirham mereka sendiri.


3) Dirham keluaran Dinar Gold Enteprise
Dirham ini dikeluarkan oleh orang perseorangan (Tn Haji Omar Yaacob) dibawah sykt Dinar Gold Enteprise yang berpusat di Kulim Kedah. Dirham yg dikeluarkan boleh diperolehi dlm bentuk 1, 5 dan 10 Dirham.





Berikut antara Dirham keluaran luar negara yg memang diakui. Dirham ini boleh diperolehi melalui Bank tertentu, Agen  atau Syarikat Pengedar di Malaysia.



1) US Silver Eagle


2) Canadian Maple Leaf


3) Australian Perth Mint

0 comments:

Post a Comment