RSS Feed
Menjual/Membeli Emas (Jongkong, Syiling, Dinar, Barang Kemas & Emas Terpakai)
Khidmat nasihat skill manipulasi dengan cara yg SAH
HUBUNGI RB UTK KETERANGAN LANJUT: 012 7594049

Panduan Ringkas Simpanan & Pelaburan Emas

Emas merupakan kaedah pelaburan terbaik untuk jangka masa sederhana atau panjang. Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan.

Peningkatan nilai emas setiap tahun menjadikan ianya pilihan utama selain pelaburan hartanah atau Unit trust (ASB n the geng)



Sebagai contoh,

- harga untuk 1 ounce (31.10 gram) berdasarkan web kitco

>> 28/1/2001 ialah USD 263.55
>> 28/1/2011 ialah USD1319.00 !!!

>>28/4/2011 ialah USD 1532.70 !!!!!!!!!


Kenaikan sebanyak USD 1055.45 selepas 10 tahun atau purata pulangan 40% setahun!!


Kenaikan sebanyak USD 213.70 dalam masa 3 bulan iaitu purata pulangan mencecah 16.2% !!!!

Berbaloi kan???


Namun tahukah anda bagaimanakan caranya untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita? Apakah pelaburan yang terbaik? Bagaimana memulakannya? Melalui blog ni, RB akan sedaya upaya membantu anda utk mendapatkan maklumat dan berkongsi info terkini berkaitan pelaburan emas.


Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

1. Akaun Bank
Terdapat 4 bank yg menyediakan kemudahan simpanan emas melalui buku akaun. (Public Bank, Maybank, CIMB & KFH)
Hampir kesemua bank ini mengenakan syarat yg sama, iaitu simpanan awal 10g, simpanan seterusnya dan pengeluaran minimum 5g dgn tambahan 1g.

Melalui buku akaun, kita hanya memperolehi keuntungan apabila menjual kembali pada harga yang lebih tinggi dari harga belian. RB tidak mengesyorkan cara simpanan ini kerana kita terikat dgn beberapa syarat dan menutup peluang kita utk memaksimumkan pelaburan emas kita. Dah nama pelaburan, tentu nak keuntungan yg berbaloi-baloi kan?


2. Simpanan/Pelaburan Emas Fizikal
Terdapat beberapa pilihan untuk memulakan pelaburan melalui emas fizikal. Pilihan bergantung pada prioriti pelaburan kita sama ada jangka masa panjang/pendek, modal awal, komitmen bulanan, fokus utama pelaburan, ilmu manipulasi dan bermacam lagi faktor yg sesuai dgn kita.

Melalui simpanan fizikal, kita boleh memilih sama ada ingin menyimpan :
i. Barang kemas
ii. Jongkong/Bar
iii. Syiling, atau
iv. Dinar

Antara kelebihan pelaburan emas fizikal ialah :
i. Beli emas dapat emas
ii. Boleh digunakan sebagai cagaran atau pajakan
iii. Mudah dicairkan (diterima dimana saja)
iv. Aset yg stabil & kalis inflasi, dan yg paling penting
v. Boleh dimanipulasi dgn skill tertentu untuk mendapatkan pulangan yg berganda.
(Nak tau caranya???? Jadilah rakan niaga RB)


Kat mana kita boleh dapatkan emas fizikal?
Terdapat beberapa cara utk kita mula melabur emas fizikal. Antara tempatnya ialah melalui :

1. Kedai Emas
2. Bank tempatan
3. Lelongan emas pajakan
4. Syarikat pelaburan emas

Mungkin pembaca sudah mula mendapat idea bagaimana memulakan pelaburan emas ni. Untuk mendapatkan lebih maklumat dan mengetahui kelebihan/kelemahan setiap cara pelaburan, ikuti entri2 yg RB sediakan.

Bagi yg berminat utk mendapatkan skill manipulasi bersama RB, jgn bertangguh lagi....... Hubungi RB sekarang..



MODUL EMAS RAJA BUKIT

-MODUL EMAS RAJA BUKIT MASIH DALAM PROSES KEMAS KINI-

Monday, November 1, 2010

Bilakah Waktu Terbaik Menyimpan Emas?

Ramai yg bertanya, bilakah waktu terbaik menyimpan emas? Setiap hari, malahan setiap saat emas mengalami kenaikan dan penurunan harga. Biasanya harga emas dinyatakan dalam bentuk USD/oz. Apa sebenarnya yg berlaku? dan Apakah kesannya pada kita?

 Carta Emas Harian 1 Nov 2010

Kecenderungan naik dan turun HARGA ini berkait dengan nilai USD. Nilai sebenar emas tidak mengalami perubahan ketara. Sejak dari dulu, nilai emas hampir tiada perubahan berbanding barangan lain. Berat emas yg sama tetap dapat membeli sejumlah barang yg sama pada hari ini. (Contohnya 1 Dinar Emas sama nilainya dengan seekor kambing, 1 Dirham bersamaan dgn seekor ayam standard).

Satu-satunya nilai yg berubah ialah mata wang. Pengaruh inflasi menyebabkan semua mata wang dunia mengalami penurunan sejak dari dulu lagi. Penggunaan mata wang fiat ini sebenarnya merugikan banyak pihak. Jika mata wang makin hilang nilainya, kenapa kerajaan tidak bertukar kepada emas? Sebenarnya, pelaksanaan penggunaan emas sebagai sandaran mata wang boleh dilakukan tetapi memerlukan perancangan dan memakan masa utk direalisasikan. Memandangkan dunia dan Kerajaan Malaysia belum memulakan usaha kearah tersebut, cara terbaik yg boleh kita lakukan ialah dengan menyimpan emas secara peribadi untuk melindungi nilai wang fiat kita.

JADI, BILAKAH MASA YG SESUAI MEMBELI EMAS?
Jawapannya ialah SEKARANG... Setiap waktu adalah waktu terbaik untuk membeli emas.
Jika anda menyimpan emas fizikal, belian emas secara berkala merupakan kaedah terbaik untuk memuratakan kos belian. Jika anda pelabur, belian emas secara lump sum boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Memandangkan emas sesuai dijadikan pelaburan jangka masa panjang, masalah naik turun harga emas hanya memberikan sedikit kesan kepada pulangan kita.

0 comments:

Post a Comment