Pasaran emas & perak menjunam dari September 2011 hingga sekarang. Bermacam analisis dikeluarkan otai-otai dan den merumuskan bahawa penurunan dah berlaku ditahap maksimum. Harga emas & perak kini bermain disekitar yang sama dan merupakan harga terendah yang berlaku untuk tahun ini. Hanya menunggu masa untuk kembali mendaki walaupun mengambil masa yang agak lama. Mungkin lebih dari 9 bulan bermula sekarang untuk kedua-dua logam ini kembali mengatasi harga tertinggi.
Sedikit Data :
Berdasarkan data dari kitco,
- Penurunan harga Emas sebanyak 20%. Penurunan Perak hampir 71%. Kenaikan yang berlaku bakal menyaingi kembali harga yang jatuh teruk. Potensi Pelaburan PERAK mendahului dgn kelebihan lebih 50%.
- Ratio antara Emas : Perak 1 : 39 ke 1 : 56. Menunjukkan perbezaan nilai gram Perak yang jauh lebih baik dari Emas sejak penurunan berlaku. Perak sepatutnya menjadi pilihan utama pelabur yg mementingkan keuntungan. Jika anda mengamalkan konsep TUKAR GANDA, sekarang adalah masa yg sesuai utk menukarkan Emas kepada Perak.
CADANGAN DEN :
- Beli Perak Secara Averaging setiap minggu sehingga 2 bulan kehadapan dengan modal yg ada. Peram dan jual kembali selepas 6-9 bulan. Keuntungan pastinya melebihi 50%.
- Jika anda tidak dapat melepaskan keinginan untuk tetap memiliki emas. Beli emas dengan kesemua modal yang ada. Ar Rahnukan dengan pinjaman maks dan beli Perak dengan wang tersebut. Jualkan sebahagian perak untuk melangsaikan jumlah pinjaman & upah simpan. Pastinya sebaik sahaja pinjaman langsai, nilai pelaburan awal melebihi 50%...
DEN KIRAKAN SEBAGAI CONTOH :
MODAL 10K
Harga BK 916 SG = RM155/g
Rate Ar Rahnu X = RM170/g
Harga Perak PGold = RM350 utk Bar 100g
1. Beli Emas dengan nilai 10k, dapat 65g
2. Ar Rahnukan 70% dan dapat RM7735
Upah simpan sebulan = RM83
Bayaran Pinjaman sebulan = RM1372
3. Beli Perak dengan modal pinjaman RM7735
Dapat 22 jongkong 100g PG
4. Selepas 6 bulan, jualkan 2 keping Silver dan bayar upah simpan & Tukar Surat atau apa saja skill yg anda tahu untuk memanjangkan tempoh pinjaman sehingga 6 bulan seterusnya.
5. Selepas 6 bulan (Setahun dari awal proses), dgn anggaran kenaikan menyamai asas permulaan kiraan iaitu kenaikan silver menjangkau 70%.
Jual 14 keping Silver untuk menampung bayaran pinjaman dan upah.
= 14pc x RM350 X kenaikan 70% = RM8330
Kos pinjaman = 7735 + Upah RM83 x 6 bulan = RM8233
6. Tebus kembali Emas terpajak anda..
Akhir proses, anda mendapat kembali 65g emas + 6pc jongkong 100g Perak dan sedikit duit kopi.
Nilai keuntungan : 65g emas x RM155 x 20% kenaikan = RM12090
6 x 100g Perak x RM350 x 70% kenaikan = RM3570
Jumlah Keuntungan = RM5660 @ 56%
0 comments:
Post a Comment